Pages

Perempuan memang banyak songeh

Tuesday, August 16, 2011

Ok, entri hari ini berkenaan dengan sesuatu yang cukup vain dan mengada-ngada. Khas untuk perempuan sebab aku rasa perempuan je yang boleh relate benda ni. Jadi untuk readers lelaki, you have been warned ok. Sila skip kalau tak nak baca benda-benda whiny dan menyampahkan.

Ok.




Alkisah y'all,


You know I have been trying to change my lifestyle to a healthier one, kan? Those who know me personally will testify that I have always been a jolly person, I do what I want to do without really caring about my body. And yes, that includes sesi pemakanan riang ria tanpa rasa bersalah, at some times boleh late late nights yang tido cuma 2-3 jam membuat benda tak berfaedah seperti menggoreng gitar bermain lagu Creep dan mencipta lagu-lagu picisan sendiri sampai jari naik kematu dan sebagainya. Itu belum kira kerja di opis sampai lewat malam lagi. Senang cerita, gua dulu workaholic yang tak pandai jaga diri.




So masuk tahun ni, lepas my life threathening scare mid last year tu, gua macam nekad nak ubah sikit-sikit. Mula-mula gua hijrah kerja. Ini perubahan besar gila! sampai sekarang gua sayu pikir my comfy cubicle and my good friends tapi KITA PERLU TERUS HIDUP, yo.



Tukar kerja means tukar pattern hidup. Takde dah balik lewat malam. Skang ni by 6.30 gua dah boleh gerak. Lokasi pun di tengah KL Golden Triangle so gua dah senang nak jumpa kawan-kawan dekat di hati gua. Maka maknanya gua tengok dunia lah sikit. Cuma gua belum pandai nak pegi socialize myself just yet. Susah nak tukar perangai hermit ni jadi extrovert. Oh I am an extrovert in most cases but you know how they say you can be in a big crowd but still feel lonely? Gua feel awkward beb. Gua tau gua ni macam berbelit-belit sket, kan? Well, gua akui gua kompleks dan mengelirukan. Itu pasal gua prefer layan angin dan malam dan ruang dari orang haha.






Anyhow,
Dari seorang sloth yang gile kentang, gua cuba la menjinakkan diri dengan exercising and being a little picky on what I eat and when I eat. So yada yada bla bla bla jaga food bla bla bla bla joget-joget hiphop bla bla bla bla brisk walk bla bla bla-




Memang nampak la hasilnya



In two months I've lost about 2 dress sizes. Untuk orang pemalas piaw macam gua yang memang tak percaya sebarang bantuan kurus lain dan bermatian taknak makan pills or Herbalife or whatever other dieting shit, ni kira kejayaan beb. I'm doing it the hard way. Well, not as hard as my friend Adiem lah, dia naik turun gym sampai lepas berbuka pun cardio 2 jam... gua tak lah sekental tu lagi but well, still a feat lah kan.




Pah and Kak Wats, if you are reading this, sure korang pun faham kan.. when I was there mana I peduli benda-benda macam ni. Lagi nyampah bila orang sibuk nak kurus ade lah hahahhaha








So skang ni bila orang dah sibuk cakap weh ko dah kurus la, ko dah kecik sket bla bla bla sepatutnya gua kena la rasa bangga kembang semangkuk kan? Selalunya pompuan memang macam tu kan? Bangga happy gile rasa diva vass



tapi



gua macam sedih dan bengang siot.









Kenapa?




Sebab baju-baju kurung dan baju keindahan gua dah mula berbentuk khemah, beb!




Cukup khemah?










Ko bayangkan. Kalau baju keje boleh gak sarung coat or jacket untuk sorok kegelebehan, kalau shirts boleh pakai obi belts, tapi kalau baju kurung?


Dah la koleksi baju kurung gua tak banyak sangat, pastu material semua memang sempoi buat gua gembira, tetiba pakai jadi khemah? Fuuuuuuuuuu rage. Tailor gua yang hebat gila tu jauh di Shah Alam beb, and gua takut la gak kang dah hantar pegi alter, tetiba lepas raya gua naik balik ke kan... mampus. Itu jugak sebab kenapa gua tak nak menipu diri gua dengan bershopping baju baru. Mana la tau kang gua rebound balik, sendiri sedih huhu.








Satu lagi masalah: seluar.


Siot btol. Seluar jeans gua semua dah turun paras hipster dah beb. Panjang meleret, gua tunduk je confirm nampak seluar dalam. Siot betul la. Kalau pakai top panjang sikit pun (macam t-shirt pun), lu boleh nampak the pants riding low. Silap hari gua pakai boxers dah boleh jadi hiphop dah ni. Tua-tua hiphop kejadah?




Seluar kerja lagi la, slacks manade belt loop kan. Maka kalau gua tunduk memang la menempah. Bebaru ni gua tengok balik gambar kursus kat opis ni, ade la aktiviti berlari-lari anak tonggeng-tonggeng kutip benda etc (skill building stuff) dan lo and behold, ada satu gambar tu dengan obviousnya menunjukkan gua dari belakang tengah ghairah membuat aktiviti dengan seluar riding low, menampakkan seluar dalam berwarna pink yang gatal. Ye warna pink sebab aritu gua berperasaan gedik sikit. Weh kat keje weh, sungguh tak appropriate kot. Dahla baju corporate gila tetiba nampak wtf aaarrrggghhhhhhhhhhhh!

Sebab itu gua stress.



Kejap-kejap,
gua bersyukur beb.



Gile ko tak bersyukur? After years of being a denial slob, skang ni gua dah boleh berubah ke arah 'kebaikan' sikit sikit. Tapi gua rasa blom bersedia nak buat total wardrobe makeover la.
Macamana?




Akak-akan yang selalu diet-diet Collatrim lah apa trim tu, uols uols yang gila gym tu, ada masalah ni tak?
Share sikit babes.







Susah-susah gua kemban je kang.





Tetap tak nak kalah. Feeling kemban Puteri katanya




P/s: Thanks to my PJ gang, my Vouchers and my family for your encouragement. I rasa awkward sikit la, tak biasa kena puji or motivate macam ni (berbunyi poyo tapi benar) but your words of encouragement and cheers membantu. Thanks a bunch and please dont expect a supermodel by the end of the year, gile jauh perjalanan gua. Tapi tak supermodel pun, superstar dalam hati ho yeeaaahhhhh!

9 comments:

school of thoughts said...

maaf ye... akan tetapi, aku gelak guling2 siottt!!!! cis. satu lagi karya agung yana! hikhhikhik.

Oh, btw, aku tak penah downsize, kcuali dari masa pregnant ke normal size...

roxychick said...

woo hooo!!
syabbas inspector sahabbb! :P

that's an achievement yo!
so ever proud of you!

dan ya.. aku ingat...
"i gemuklah.. i gemukkkkkk!"
suara gedik habis.

tapi jangan nak mengada-ngada belasah semua bila pegi kokopelli ok?! :P

yeeeppaaaaaa!

azyze said...

aida:
cheh. kelakar kan, kelakar bila ko nampak seluar dalam pink aku tu. hayo hazab!

roxy:
thanks babe, skang ni nak kena do at least 10 by the end of sept. i wanna pun unrealistic targets tapi rasa mcm loser gila haha. anyway, kokopelli tetap kokopelli. tu blom cite williams lagi hahhahha

Anonymous said...

alkesahnye...kesinambungan sms pg tadi ni...hehehe...

ape2 pun i suke tgk u dh kurusss......dh boring dh asyik2 dgr org ckp "i gemukk la...i tk nk amik gamba, i xsuke amik gamba...i gemokk"....hahaha

kak wats!

azyze said...

K.wats:
Siot je statement hahaha. Macam pernah lu dengar, tapi di mana ya?

My name starts with M said...

omg lama gile aku tak baca blog kawan2... dan entry ini buat aku senyum sampai telinga!!!!! WELL DONE ELY!!!! 2 dress size, BYK KOT! selamat bershopping! silalah bershopping! tgh sales ni!! hehehe. yea!!!

azyze said...

mas;
hahaha. maybhe macam aku tersenyum bangga baca entry ko mula2 pakai tudung lah kot. naaah, not shopping anything lah skang ni. nanti yoyo kang payah hahhaah

Tini said...

Nuks, ko dan Iks akan aku jadikan idola untuk aku kurus selepas beranak nanti, Chaiyukk!!

azyze said...

tini:
aku belum 'kurus' ok hahhaahhaa
bila bersalin ni?
lamanya tak gi makan nasik lemak fullamak!