Pages

Kayu pengukur

Saturday, August 27, 2011

"Hang ni pelik lah."

Saya jungkit kening."Pasai pa pulak?"

Dia menjuih bibir pada beg duit saya.

"Pasai pa dengan purse aku? Okay apa, hitam, simple, tak gedik."

"Apa punya cokkia brand hang pakai ni?"

"Takdak brand. Aku tak suka. Biaq la."

Dia geleng kepala."Dah besaq, kerja stabil, gaji boleh tahan, takkan tak mampu nak beli yang ada brand sikit? Baru la orang respect sikit. Kalau aku, segan aih nak bok kluaq bayaq duit kat cashier."

Saya tengok dompet saya. Malu ke? Beg duit hitam panjang yang ultra nipis ini, yang saya beli dari blog Korea, yang memang simple habis dan tak pretentious ini? Ini jadi pengukur status saya?

"Ini pengukoq status aku?"

Dia tak berkata apa. Instead, dia tunjuk t-shirt hitam saya, seluar jeans saya yang kian melondeh, sneakers buruk saya dan beg tangan saya."'nuff said," dan dia berlalu pergi sambil catwalk macam artis.

Saya berdiri sendirian di depan La Senza yang kini terasa seperti Pusat Pakaian Hari-Hari.
Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments: