Pages

inconsistency yang konsisten

Sunday, August 28, 2011

Caca-marba.
Masa aku mula-mula kenal perkataan ni, aku darjah 6. Aku buat karangan dan bila aku tunjuk kat cikgu BM aku, dia cakap aku boleh ganti perkataan berterabur dan bercampur-aduk dengan caca marba. Cikgu Sohaidi, aku ingat lagi, dia beritahu aku perkataan tu macam it's a secret vocab yang dia nak kongsi dengan aku saja. Dia memang selalu kongsi perkataan-perkataan baru dengan aku. Aku tak tau lah kalau dia ambil extra effort tu dengan kengkawan lain, tapi aku memang rasa macam kitorang dalam a secret one special word a day society or something. Cikgu aku memang cool.

Masa aku dengar caca-marba, memang aku gelak gila sebab bunyi dia macam merepek. Tak dengar macam perkataan Melayu pun, lepas tu aku teringat kat peach melba lah, tarian chacha lah. Aku siap boleh kata, ntah bila ntah aku nak guna perkataan ni lagi. Takkan kot. Ni perkataan orang skema ni. Takpe, boleh sampai dalam peti kosakata otak aku. Kot-kot la satu hari nanti nak guna. Chances are tak guna pun kot sebab bunyi kelakar gile hahahaha

Little did I know

Caca-marba menghantui aku sepanjang pengajian aku di universiti, hinggalah perjalanan aku belajar menjadi penulis.

Aku orang yang semak dan kelang kabut, tapi perfectionist jika benda yang aku buat itu ada passion. Apparently, penulisan aku juga begitu. Storyline dan moodboard aku juga begitu. Editing style aku juga begitu.

"Elle, your assignment seems all over the place."

"Kenapa tak record the takes you did masa shoot video ni? Pastu masa extract kenapa tak label by sequence? Hasil kamu bagus tapi working style kamu memang caca marba."

"Weh, ko memang takde playlist ke untuk on air arini? Takkan ko pakai pilih je lagu ikut sukati ko?"

"Your headlines and copy seems too... distinct. Customers tak suka macam ni. You need to be more linear and commercial with your writing, dear."

If I had seringgit for everytime I heard that, I'd be able to put the down payment for a car dah by now.

So it came as no surprise that a client of mine recently mentioned my caca marba-ness during our phone conversation.

"Elle, I nak bagi job kat you ni, because I dah kenal you lama and I know your abilities. Err... you masih caca marba macam dulu lagi ke? Hihihi."

Oh, nampak sangat kecaca-marbaan aku masih menjadi isu. Maka sudah tentu lah aku perlu buktikan yang aku tak lagi seebok dulu. Yang aku sekarang dah teratur dan organized.

"Babe, I've changed for the better. Dulu muda lagi, keje pun ikut suka hati. Skang dah pandai dah susun kerja and manage everything in tandem with my schedules," kata aku sambil tersenyum sebab orang kata when you smile the person at the other end boleh dengar senyuman tu.

"Eh, you! I nak you yang disorganized tu, yang tu la yang creative and full of ideas!"

Pulak dahhhh!
Published with Blogger-droid v1.6.5

2 comments:

The Man said...

ketidaksempurnaan juga suatu sifat.
sifat yang ada indahnya, ada padanannya. dengan sifat lain atau dengan masa lain. who knows?

azyze said...

dewa:
yeah, that's why imperfection, to me IS perfection. orang yang tak ada flaws, something wrong somewhere, huh?