Pages

Hi, I lah Syafwifa Aidid, penulis novel tu

Wednesday, August 10, 2011

"Aku rasa aku nak start tulis novel yang dah berzaman aku tangguh tu lah."

Dia pandang saya, mulutnya muncung-muncung sikit. Bukan merajuk, tapi tengah nak juih sisa McFlurry tepi bibir dia.

"Bagus jugak. Cerita cinta ke?" tanya dia, tangan terus mencedok aiskrim.

"Aku ada 2 cerita yang aku abandon. Satu cerita pop yang aku rasa macam dah loya gila nak sambung sebab bukan jiwa aku. Satu lagi this english historical romance kinda thing. Maybe aku sambung yang tu kot."

Dia jungkit kening. "Historical romance tu ape, weh?"

"Alah, ko tak layan punya."

"Ish ko ni, buat ape tulis novel yang orang tak nak baca. Ko nak tulis, tulis la yang boleh jual, yang orang ramai beli. Ko tulis je novel cinta bahasa melayu. Ala, macam yang glemer sekarang. Macam ni," cepat je tangan dia menyeluk beg. Dikeluarkan novel tebal berkulit putih dengan corak hati dan ntah apa lagi ntah, kerawang-kerawang. Tajuk pun jiwang - Cinta Musim Kemarau or something like that.

"Bukan genre aku lah."

"Ko nak ikut genre kau, sampai tua pun tak siap novel tu. Ko tengok ni, best tau!" katanya sambil senyum-senyum belek novel sendiri.


Betul jugak apa dia kata. Mungkin aku patut ambik dia jadi spesimen contoh aku. Dia budak perempuan 24 tahun yang rajin beli novel Melayu, rajin tengok slot Zahra ke hape ntah kat TV, segala jenis drama brsiri dia ikut, pendengar muzik Top 40 dan Carta Era ynag tegar... memang dia sama macam average budak pompuan Malaysia lah.

Sambil tangan mengoles wasabi dan kicap ke sushi, aku kata "Hmmm... kalau macam tu, Didi, aku kena la ada nama gedik jugak. Takkan nak guna Azyze. Tak feminin jiwang langsung."

Dan dan tu jugak dia excited. Mata terbeliak, mulut kenyeh besar. "Aku tau! nanti kita fikirkan sama. Esok aku emel ko ok! Yayyyyy nanti kau dah glemer boleh la aku kata aku yang cipta nama ko!"



Pagi tadi, aku bukak emel.


"Weh, ni ha nama yang aku dah shortlist untuk ko. Ada yang totally different tapi sesuai dengan personaliti ko. Good luck and aku claim 50% hakcipta nama ni hihihi.

Ella Syafrina
Haini Liana
Latisha Elia
Janis Rizyana
Lia Azlaila
Syafwifa Aidid"




Sekarang jugak aku rasa nak muntah.

Sorry Didi, REJECT!

9 comments:

mizzyN said...

Ala derr guna nama ko tolak siti pun dah glam dah. Kalau dah laku mcm novel fixi nama ko Senah Kasim pun laku. Lagi satu betul gak kata kwn ko kens jual novel yg laku2 di pasaran, tapi pada aku la baik ko tulis benda yg ko tau and ada jiwa. Lepas2 tu baru ko mula tulis novel utk mass market. At least masa novel komersial ko laku ko bleh promo sekali novel sukati ko.

azyze said...

mizzy:
hmmm tu la.
Ikut hati aku, memang berkubur la. Dulu ada 2 novel very Ahadiat Akashah influenced, tulis zaman skolah. Aku tak hantar kat mana-mana pun pasal tak yakin hahahah.

We'll see lah. Kot-kot ada rezeki aku jadi novelis haha

mizzyN said...

Janis? Janis joplin?

azyze said...

aku rasa la. pasal aku ada cerita kat di aku suka lagu JJ.

school of thoughts said...

teringat time kt mrsm dulu... ada 2 novel kecik aku tulis pakai tgn (time tu laptop mahal). hilang entah kemana...rugi2... and yes, mmg citer ebok zaman ahadiat la... geli plak bila dipikirkan..

azyze said...

Aida:
aku punya pun tulis tangan, guna buku tulis skolah.2 books tampal hehe

school of thoughts said...

sama... 2 books tampal pasal tak jumpa yg tebal... wahahahaha... mana pegi ntah. hari tu ada mood nak retype cantik2... mood hilang... selamat la buku tu pun hilang...

My name starts with M said...

aku penah baca x novel kau? aku rasa mcm pnah baca novel kwn2 tp x ingat sape nye.. kau ke ain.. ke pijot? x ingat..

kalo guna nama ori ko takleh ke? mcm bes je. i mean commercial dah.

azyze said...

mas:
ooo nama aku commercial ek? haha. habis la anonymity aku. sekarang pun aku dah berterabur kat internet huhu :p
aku rasa ko baca tapi blom start lagi kot