Pages

Hapdet-hapdetan

Monday, August 22, 2011

Ya.
9 malam terakhir Ramadhan.
Banyak benda nak kena kejar, banyak benda nak setelkan sebelum Syawal.
Benda materi, benda jiwa.




1. Dah berjaya delete!
Ya. Saya dah deletekan semua berkaitan si dia! Fuisssshhhhh rasa macam sebeban dah diangkat dari dada! Selamat tinggal nombor telefon, FB, YM, Whatsapps, mesej yang dekat seribu tu. Selamat datang peace and keterujaan untuk hidup semula. Mana datang superhuman strength ni saya pun tak tahu tapi yang pasti semuanya dah selesai! I'm moving on. Biar tinggal memori dalam kepala hotak aje. Tang lain, Ctrl Alt Del. Goodbye lelaki almost ku. Hidup dengan tenang, moga jumpa apa kau cari.
Lega gila!



2. Kekecundangan terawih
Malu sebenarnya. Miss 3 kali terawih. Memang separa disengajakan. Maksudnya sibuk buat benda lain sampai tertinggal. Tak dapat capai target nak buat full. Konon. Minta maaf tuhan. Saya cuba lagi untuk beberapa malam terakhir ini.


3. Raya bukannya pasal baju
Tahun ini tak ada baju raya. Eh, ada, sehelai baju kurung untuk pagi raya. Itu pun mak mati-mati nak jahitkan jugak supaya kami semua sedondon pagi raya nanti. Kalau ikutkan saya, ahhhhh apape yang ada, sudah. Tidak ada jeans, tops, kasut, baju dalam, seluar dalam mahupun mekap raya. Jangan membazir. Lagipun dah tua-tua ni memang tebiat la kalau semuanya nak baru kan?

(ini sebenarnya bertajuk dah lari bajet nak bagi duit raya. sekian)




4. Aktiviti selepas raya
Sudah dapat roh baru, maka saya dah berjanji dengan diri nak pergi buat benda-benda yang saya tak buat sebelum ini.Seperti memancing. Betul-betul memancing. Bukan takat baling dalam air ngan tolong reel in je. Dari cucuk cacing (kesiannye cacing tu sob! sob!) sampai lah cabut ikan dari mata kail (ni selalu kecundang sebab kesian tengok ikan tu huhuhu). Yes I memang macam ganas tapi hati I kiut hahaahahah

Selain memancing, nak start camping balik. Dah lama gila tak camping, and I mean real camping tahap masak guna mestin kat unggun api dan sebagainya. Nak test skill tebang buluh buat rak kasut and meja bangku semua still boleh pakai lagi ke tak. Rasanya dah berhabuk gila. Silap-silap nak buat simpul-simpul yang terer zaman Pengakap dulu pun tak lepas. Aritu mak tanya, mata lalat ingat lagi tak? Nak suruh jahit. Haraaammmmmmmmm tak jalan. Maaf, mak ku.

Memandangkan aktiviti-aktiviti macam ni takde geng kerana geng saya kena charge handphone, laptop dan ipad sebab nak FB segala bagai, maka saya dengan yakinnya akan pergi jugak camping dan mancing ni sendiri. Ah tak kesah lah. Sorang-sorang pun feel apa. Malam, boleh main gitar tepi unggun api sampai pagi. Kalau takut sangat, errr.... masuk khemah, sumbat telinga dengan mp3 sajor.


5. Puisi untuk loser
Sekarang ni tengah dalam proses mengumpul puisi-puisi busuk lama yang terperuk di celah entah mana. Kalau dah belek dan cukup pilihan tak berapa busuk untuk dikompilasikan, maka akan saya beranikan diri menghantarnya pada mana-mana penerbit karya yang sanggup gamble dengan budak tua tapi hijau macam saya. Kang kalau dah jadi, saya roger. Kalau tak jadi pun korang confirm akan baca something kat sini. Sapa sudi nak jadi pembaca / editor saya sebelum manuskrip terbang ke publisher, sila angkat tangan!


Kalau lah kot-kot tak sempat nak ucap lagi lepas ni, selamat selesaikan malam-malam Ramadhan. Dan selamat hari raya juga. Makan sedap-sedap tu, jangan lupakan yang jauh di mata. Gelakkan lah barang sekali dua sebab diorang kena makan ketupat instant nona ngan serunding lemau manakala kita indah menghadap rendang, lemang dan laksa, kari serta lontong yang gila ohsem.


Bye sayang-sayangku.

4 comments:

mizzyN said...

Cute hati :)

Saya nak baca manuskrip awak, cepat email!!!

azyze said...

nadh:
sabaq la, dok compile lagi ni... some stuff from the blog, some from buku2 conteng time skolah, so from writing on scraps whenever i'm away.
dah ada kang aku hantaq

school of thoughts said...

manuskrip? elle si penulis skrip skrg? homai!!! loike la. cptla elle. aku takmo ayat skema dlm skrip leh? heheheh...

oh, suka part geng camping. En Naza saya ada, leh je kita semua g. sehari semalam cukup la kan... heheheh,

azyze said...

aida:
manuskrip maksudnya bahan penulisan yang belum finalized jadi bahan terakhir lagi. it could be anything, buku, skrip, novel, etc hehe

oh ya, abang naza kan ada! terlupa dah ada volunteer menghitam legamkan diri hahaahah. orait, lepas raya kita roger2! yay!