Pages

Entri Ramadhan: irama keinsafan

Monday, August 08, 2011

Saya perasan kan,
kebanyakan dari kita, bila sebut lagu ketuhanan, mesti cari nasyid. Bukan la nasyid tu tak best, best... tapi tipikal sangat. Memang la kalau dah nasyid, mesti la ketuhanan. Tapi kadang-kadang nasyid ni terlalu meleleh. Well, untuk korang mungkin tak tapi saya susah nak hadam lagu-lagu nasyid kontemporari. Kalau Raihan, Rabbani (1421 gempak!) saya layan la. Selain dari tu, lambat sikit lah babe.


Saya lebih banyak mencari tuhan dalam lagu-lagu yang tidak ditulis with god in mind, atau ditulis dengan banyak tabir. Lagu yang jika sekali dengar, macam lagu untuk kekasih, tapi bila amati dan hadamkan, jelas seolah ianya memperkatakan hubungan kita dengan tuhan. Tentunya lagu-lagu macam ni tak mengenal batas melodi mahupun bahasa. Lagu inggeris, lagu Hindi pun ada hahaahahah! Betul! Tapi kena faham makna lah. Kalau korang bantai Kuch-Kuch Hota Hai siap berjoget bagai tapi sepatah haram tak faham, itu bukan ketuhanan, itu ke-kubur namanya heheeheh.


Baru tadi seorang teman rapat saya menghantar emel. Tanya dia, apa koleksi lagu keinsafan yang sesuai untuk didengar sepanjang Ramadhan? Dalam koleksinya banyak lagu-lagu berunsur ketuhanan dari negara seberang.... sungguh lah lain dari playlist saya, tapi saya kongsikan juga lah since dia dah tanya. Kalau tak kang tercalar pulak kaliber saya sebagai jukebox rasmi kengkawan kan hehe.

Let me share some of the songs yang ada dalam playlist jiwa saya. Lagu-lagu ini indah didengar saat jiwa berkecamuk, hati panas, hilang punca, mahupun di saat-saat anda sendirian mengkagumi keEsaanNya. (Selalunya malam, dalam bilik gelap)



Doa – Harmoni
Lagu yang cukup tajam. Ni memang obviously lagu rintihan pada tuhan. Saya banyak dengar lagu-lagu nasyid zaman 80an sebab lagu di zaman ini lebih direct dan marhaen dari lagu-lagu leleh sekarang.
"Tuhanku, aku hilang bentuk, kembara di negri asing… Tuhanku, pintumu ku ketuk, aku tak bisa berpaling…”


Jangan Menyerah – Dmasiv
Saya tahu lagu ini kerana ada seseorang yang menujukannya untuk saya. Dengar je terus menangis. Terus rasa macam taknak give up in life.


Kepadamu Kekasih – Hattan, M. Nasir, Jamal
Sungguh menginsafkan… antara lagu yang tak tinggal dengar, sekali dengan Doa.

Rindu – M. Nasir
Versi akustik yang sungguh mencengkam. Pendek je lagu ni, tapi ekspresi M. Nasir cukup berdarah, boleh buat jiwa meruntun. Bunyi macam untuk kekasih tapi pada saya ia macam merindukan tuhan yang tiba2-tiba seolah tak menjawab kerinduan kita pada dia…


Kau Yang Satu – Ramli Sarip
“Kau yang maha esa…. Kau yang maha pengasih, Kau yang maha pengampun….”
Sadis dan menginsafkan...


You pulled me through – Jennifer Hudson
Seperti J.Hud yang tersungkur dengan kematian ahli keluarganya yang sadis, kita juga akan terjelepuk sekali-sekala. Tapi Dia ada untuk membantu kita bangkit dan berjalan semula. Insyaallah.


Smile – Robert downey jr
Saya suka version ini sebab terasa macam dinyanyikan oleh orang yang berusaha nak senyum walaupun tengah menangis. Lumrah hidup.


Hero – Nickelback & Saliva
Ni lagu rock, ost spiderman lagi. Tapi pada saya, saya selalu fikir yang saya perlukan hero (iaitu Tuhan) dan saya yakin dia akan datang. Lirik dia, fuhhhh. Saya memang senang relate dengan lagu rock cenggini so takde masalah. Might be awkward for some people though.


Good Morning – India Arie
Lagu ni pasal kekecewaan, tapi kita bangkit juga setiap hari, kita sabar, kita lalui and one day kita akan okay. Soothing sgt.


I’m Glad There Is You – Jamie Cullum
Asalnya ni lagu cinta, tapi saya melihat dalam konteks untuk Dia, yang Maha Esa. Sesuai didengarkan di tengah malam dengan lampu tutup, atau di saat luar hujan, layan perasaan. Mendengar lirik lagu ini, rasa macam ni lah bila memula perasan yg solat semua dah tak rasa mcm malas mahupun terbeban. Dulu punyalah liat. Tetiba skang ni tanpa disedari, semuanya senang. I’m glad there is Him, tak sedar, tau2 saya dah nampak jalan yang saya cari tu…


Both Sides Now – Joni Mitchell
“I look at clouds, from both sides now….” Hidup bukan one sided je. Kita kena faham semuanya dan walaupun adakalanya kita semakin keliru, kita harus redha.


Sesat di kuala lumpur – Kembara
‘Sesat di kuala lumpur, dosa dan pahala bercampur, namun kita perlu hidup, kita perlu terus hidup.” Anthem jiwa-jiwa kacau di Kuala Lumpur.


Across The Universe – Beatles
Ketuhanan gile (tapi diorang towards hindu gods lah). Kita, dengar dalam konteks Allah la. Antara lagu paling puitis yang buat saya nak kagum dan nak nangis at the same time masa first time dengar dulu. Terlalu cantik. One of my favourite lyrics of all time. Saya selalu berharap suatu hari nanti saya boleh menulis sebaik ini dan menyentuh jiwa insan seluruh dunia dengan keajaibannya.


The Sweetest Gift – Sade
Lirik sungguh mengharukan. Macam doa kat tuhan. Sade buat kita rasa doa itu memang boleh sampai kalau kita percaya.


Alhamdulillah – Too Phat (versi inggeris)
Saya tahu versi Melayu popular gila dan menginsafkan bla bla bla, tapi actually saya lebih suka versi Inggeris. Takde Dian yang leleh dan lirik dia sungguh jujur. Yang BM tu macam nak ambik hati orang Melayu sangat, cover line pun boleh tahan.


Tears In Heaven – Eric Clapton
Fuh satu lagi lagu jiwang. “ I must be strong, and carry on. Coz I know I don’t belong here in heaven…”


Kisah Klasik Untuk Masa Depan – Sheila On 7
Tak ketuhanan langsung pun, tapi bila dah nangis tu, lagu ni buat lagi banjir huhu.


Cinta Sempurna - Yuna
Lagu ini seolah kita menangisi kecelaruan fikiran kita dan ketidaksempurnaan kita kepada tuhan huhu


Dan


Ik’tiraf – Raihan
Nangis nangis nangis nangis nangis!




Mungkin anda tak jumpa apa yang saya jumpa dengan lagu-lagu ini, tapi, manalah tahu…
Selamat mendengar dan selamat beribadah sayang-sayangku sekelian :)

2 comments:

dewajiwa said...

lately, selain lagu Akan Ku Jumpa nyanyian Azfar (feat. Nadia Aqilah Bajuri) yang tidak pernah lekang dari playlist iTune dan iPod saya ialah lagu dari Coolio -- C U When U Get There.

lagu yang menginsafkan saya sampai terkedu bila terdengar sekali-sekala ialah lagu dari M. Nasir, Cermin Mimpi.

azyze said...

Dewa:
hmmm x pernah dgr la lagu azfar tu. I'll go find it. And yes, m nasir mmg legend dalam bab maksud tersirat ni. I learned so much from him and arwah loloq.