Pages

Can I borrow some change?

Thursday, August 11, 2011

Dari malam sampai pagi, dua hari lepas, saya baca semula semua posting blog ini.

Sungguh banyak yang dah berubah.

Bukan sekadar isi blog, tapi peribadi saya sendiri. Semua dah berubah.

Gaya penulisan dan penggunaan bahasa. Dulu lebih best, dulu lebih naive, dulu lebih... imaginatif.
Sekarang dah terlalu diasak realiti rasanya.

Fizikal dan mental pun dah banyak berubah.
Dulu dengan semak, kelam kabut, membesar bagai johan, rambut kusut masai, dorky, gelak krokk krokk. Sekarang dah matang sikit, lebih dewasa dalam beberapa perkara walaupun masih kebudak-budakan dalam beberapa segi lain (tak mahu ubah yang itu!). Kengkawan yang dah lama tak jumpa kebanyakannya bertanya kenapa saya 'nampak lain'.

Baru-baru ini terjumpa A'an, rakan di UiTM dulu. Dia buat muka terkejut beruk tengok saya. "Mana seluar oren? Apasal baju keje korporat ni?"

Tergelak besar saya. Sampai tua pun orang akan masih ingat seluar oren saya tu agaknya hahahaha.


Saya dah banyak berubah.
Rupa dah lain, gaya dah lain, hati pun dah lain.


Saya dah banyak berubah.
Saya harap ke arah kebaikan.

2 comments:

mizzyN said...

Seluar oren itukah?

azyze said...

yes, the infamous sluar oren. i do have it still walaupun dah buruk hahhaah