Pages

Selamat Hari Raya

Tuesday, August 30, 2011




klik gambar kalau rabun






inconsistency yang konsisten

Sunday, August 28, 2011

Caca-marba.
Masa aku mula-mula kenal perkataan ni, aku darjah 6. Aku buat karangan dan bila aku tunjuk kat cikgu BM aku, dia cakap aku boleh ganti perkataan berterabur dan bercampur-aduk dengan caca marba. Cikgu Sohaidi, aku ingat lagi, dia beritahu aku perkataan tu macam it's a secret vocab yang dia nak kongsi dengan aku saja. Dia memang selalu kongsi perkataan-perkataan baru dengan aku. Aku tak tau lah kalau dia ambil extra effort tu dengan kengkawan lain, tapi aku memang rasa macam kitorang dalam a secret one special word a day society or something. Cikgu aku memang cool.

Masa aku dengar caca-marba, memang aku gelak gila sebab bunyi dia macam merepek. Tak dengar macam perkataan Melayu pun, lepas tu aku teringat kat peach melba lah, tarian chacha lah. Aku siap boleh kata, ntah bila ntah aku nak guna perkataan ni lagi. Takkan kot. Ni perkataan orang skema ni. Takpe, boleh sampai dalam peti kosakata otak aku. Kot-kot la satu hari nanti nak guna. Chances are tak guna pun kot sebab bunyi kelakar gile hahahaha

Little did I know

Caca-marba menghantui aku sepanjang pengajian aku di universiti, hinggalah perjalanan aku belajar menjadi penulis.

Aku orang yang semak dan kelang kabut, tapi perfectionist jika benda yang aku buat itu ada passion. Apparently, penulisan aku juga begitu. Storyline dan moodboard aku juga begitu. Editing style aku juga begitu.

"Elle, your assignment seems all over the place."

"Kenapa tak record the takes you did masa shoot video ni? Pastu masa extract kenapa tak label by sequence? Hasil kamu bagus tapi working style kamu memang caca marba."

"Weh, ko memang takde playlist ke untuk on air arini? Takkan ko pakai pilih je lagu ikut sukati ko?"

"Your headlines and copy seems too... distinct. Customers tak suka macam ni. You need to be more linear and commercial with your writing, dear."

If I had seringgit for everytime I heard that, I'd be able to put the down payment for a car dah by now.

So it came as no surprise that a client of mine recently mentioned my caca marba-ness during our phone conversation.

"Elle, I nak bagi job kat you ni, because I dah kenal you lama and I know your abilities. Err... you masih caca marba macam dulu lagi ke? Hihihi."

Oh, nampak sangat kecaca-marbaan aku masih menjadi isu. Maka sudah tentu lah aku perlu buktikan yang aku tak lagi seebok dulu. Yang aku sekarang dah teratur dan organized.

"Babe, I've changed for the better. Dulu muda lagi, keje pun ikut suka hati. Skang dah pandai dah susun kerja and manage everything in tandem with my schedules," kata aku sambil tersenyum sebab orang kata when you smile the person at the other end boleh dengar senyuman tu.

"Eh, you! I nak you yang disorganized tu, yang tu la yang creative and full of ideas!"

Pulak dahhhh!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Kayu pengukur

Saturday, August 27, 2011

"Hang ni pelik lah."

Saya jungkit kening."Pasai pa pulak?"

Dia menjuih bibir pada beg duit saya.

"Pasai pa dengan purse aku? Okay apa, hitam, simple, tak gedik."

"Apa punya cokkia brand hang pakai ni?"

"Takdak brand. Aku tak suka. Biaq la."

Dia geleng kepala."Dah besaq, kerja stabil, gaji boleh tahan, takkan tak mampu nak beli yang ada brand sikit? Baru la orang respect sikit. Kalau aku, segan aih nak bok kluaq bayaq duit kat cashier."

Saya tengok dompet saya. Malu ke? Beg duit hitam panjang yang ultra nipis ini, yang saya beli dari blog Korea, yang memang simple habis dan tak pretentious ini? Ini jadi pengukur status saya?

"Ini pengukoq status aku?"

Dia tak berkata apa. Instead, dia tunjuk t-shirt hitam saya, seluar jeans saya yang kian melondeh, sneakers buruk saya dan beg tangan saya."'nuff said," dan dia berlalu pergi sambil catwalk macam artis.

Saya berdiri sendirian di depan La Senza yang kini terasa seperti Pusat Pakaian Hari-Hari.
Published with Blogger-droid v1.6.5

mad max

Thursday, August 25, 2011

He sat staring at the ceiling. Smoke danced above his head. He looked like a young Brando, sitting there with his tousled hair and classic features. He didn't belong.

"You should stop smoking, you know. It'll kill you."

He looked at me, eyes hazy."Death and taxes, babe."

I shook my head sideways. He never listened to anyone. In fact, he'd almost always do the opposite. He used to drive me crazy with his ridiculous antics. Lookin back, I realized now that we weren't so different after all. I rebelled against most that tried to institutionalize me too. Although our degree of rebelling differ, we were the same. I should've seen that before.

"At the rate you are going, I'll be a regular visitor at the cancer ward in, say, 2 years?"

He dragged in a lungful of smoke. Out came long blows of Os, teasing me. He laughed.

"Don't worry babe. I promise you cancer won't have a chance with me," he said, as he rested his hands on my shoulders.
"You won't see me in them pathetic green uniforms. I'd rather get hit by a bus."

He bent down and planted a kiss on my cheek. As he walked out of the door towards the lawn, he cheekily blew me another kiss, wafting acrid smoke my way.

I shrugged. 29 and still too carefree, too naive, too can't give a fuck about anything, I thought.


But he was right. Cancer never did get the best of him.

My beloved rebel died in a hiking accident while trekking in Annapurna, Nepal. What a way to go, huh?

I can imagine him smiling from above, mocking me, "Toldja I was gonna exit the building in the most extraordinary way!"

You bastard.

Thanks for being a great friend and mentor. I'll miss our banters.
R.I.P Maximilian.
1979-2011
Published with Blogger-droid v1.6.5

A Geeky Greek

And he came to me in the still of the night
A shroud of mist
Cold to the eyes
Yet, sensuously
Warm, tender and sweet in the wake of his touch

At that moment
I understood the monstrosity of it all

A pin drop
Ringing clangs in my ear
He shouldn't be here
I might fall
For him

Random rambutans

Wednesday, August 24, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.5

Your Book Describes You

Tuesday, August 23, 2011

Wah lamanya tak buat benda ni!!!!


1. Grab the nearest book.
2. Open the book to page 123.
3. Find the fifth sentence.
4. Post the text of the sentence in a reply to my journal and in your journal along with these instructions.
5. Don't search around and look for the "coolest" book you can find. Do what's actually next to you.


My sentence:
The new architecture could achieve no special successes in Austria, if for no other reason because since the completion of the Ring its tasks, in Vienna at least, had become insignificant in comparison with the plans arising in Germany.

- Mein Kampf tulisan Adolf Hitler

Hapdet-hapdetan

Monday, August 22, 2011

Ya.
9 malam terakhir Ramadhan.
Banyak benda nak kena kejar, banyak benda nak setelkan sebelum Syawal.
Benda materi, benda jiwa.




1. Dah berjaya delete!
Ya. Saya dah deletekan semua berkaitan si dia! Fuisssshhhhh rasa macam sebeban dah diangkat dari dada! Selamat tinggal nombor telefon, FB, YM, Whatsapps, mesej yang dekat seribu tu. Selamat datang peace and keterujaan untuk hidup semula. Mana datang superhuman strength ni saya pun tak tahu tapi yang pasti semuanya dah selesai! I'm moving on. Biar tinggal memori dalam kepala hotak aje. Tang lain, Ctrl Alt Del. Goodbye lelaki almost ku. Hidup dengan tenang, moga jumpa apa kau cari.
Lega gila!



2. Kekecundangan terawih
Malu sebenarnya. Miss 3 kali terawih. Memang separa disengajakan. Maksudnya sibuk buat benda lain sampai tertinggal. Tak dapat capai target nak buat full. Konon. Minta maaf tuhan. Saya cuba lagi untuk beberapa malam terakhir ini.


3. Raya bukannya pasal baju
Tahun ini tak ada baju raya. Eh, ada, sehelai baju kurung untuk pagi raya. Itu pun mak mati-mati nak jahitkan jugak supaya kami semua sedondon pagi raya nanti. Kalau ikutkan saya, ahhhhh apape yang ada, sudah. Tidak ada jeans, tops, kasut, baju dalam, seluar dalam mahupun mekap raya. Jangan membazir. Lagipun dah tua-tua ni memang tebiat la kalau semuanya nak baru kan?

(ini sebenarnya bertajuk dah lari bajet nak bagi duit raya. sekian)




4. Aktiviti selepas raya
Sudah dapat roh baru, maka saya dah berjanji dengan diri nak pergi buat benda-benda yang saya tak buat sebelum ini.Seperti memancing. Betul-betul memancing. Bukan takat baling dalam air ngan tolong reel in je. Dari cucuk cacing (kesiannye cacing tu sob! sob!) sampai lah cabut ikan dari mata kail (ni selalu kecundang sebab kesian tengok ikan tu huhuhu). Yes I memang macam ganas tapi hati I kiut hahaahahah

Selain memancing, nak start camping balik. Dah lama gila tak camping, and I mean real camping tahap masak guna mestin kat unggun api dan sebagainya. Nak test skill tebang buluh buat rak kasut and meja bangku semua still boleh pakai lagi ke tak. Rasanya dah berhabuk gila. Silap-silap nak buat simpul-simpul yang terer zaman Pengakap dulu pun tak lepas. Aritu mak tanya, mata lalat ingat lagi tak? Nak suruh jahit. Haraaammmmmmmmm tak jalan. Maaf, mak ku.

Memandangkan aktiviti-aktiviti macam ni takde geng kerana geng saya kena charge handphone, laptop dan ipad sebab nak FB segala bagai, maka saya dengan yakinnya akan pergi jugak camping dan mancing ni sendiri. Ah tak kesah lah. Sorang-sorang pun feel apa. Malam, boleh main gitar tepi unggun api sampai pagi. Kalau takut sangat, errr.... masuk khemah, sumbat telinga dengan mp3 sajor.


5. Puisi untuk loser
Sekarang ni tengah dalam proses mengumpul puisi-puisi busuk lama yang terperuk di celah entah mana. Kalau dah belek dan cukup pilihan tak berapa busuk untuk dikompilasikan, maka akan saya beranikan diri menghantarnya pada mana-mana penerbit karya yang sanggup gamble dengan budak tua tapi hijau macam saya. Kang kalau dah jadi, saya roger. Kalau tak jadi pun korang confirm akan baca something kat sini. Sapa sudi nak jadi pembaca / editor saya sebelum manuskrip terbang ke publisher, sila angkat tangan!


Kalau lah kot-kot tak sempat nak ucap lagi lepas ni, selamat selesaikan malam-malam Ramadhan. Dan selamat hari raya juga. Makan sedap-sedap tu, jangan lupakan yang jauh di mata. Gelakkan lah barang sekali dua sebab diorang kena makan ketupat instant nona ngan serunding lemau manakala kita indah menghadap rendang, lemang dan laksa, kari serta lontong yang gila ohsem.


Bye sayang-sayangku.

And that's how the cookie crumbles

Buka puasa.
Saya, mak dan adik-adik.
Bapak dah selesai, dia sudah pun berada di depan TV menonton drama bersiri Cina. Bunyi tung tang tung tang lawan pedang terdengar sayup-sayup.

Adik-adik masih lagi meratah lauk pauk.
Sayur dan ikan sudah selesai dibalun. Udang Masak Thai yang dah tinggal satu pertiga mangkuk berpotensi habis dalam masa 5 minit.

Am ambil 5-6 ketul. "Kak Yana, terer ah masak. Adik sahkan you're lulus. Boleh kawen dah ni," sengeh dia sambil mengopek udang.

"Ooo ye ke?" saya senyum tapi malas-malas nak jawab.

Mak mencelah. "Haa tu la, rugi ja. Pandai masak but wasting your time cooking for us. Pi la masak for a guy, mesti dia terpikat."

Saya nak dekat tersedak. Mak aiiiii, masak je boleh terpikat ke? Hahaha. Mak was taking the 'A way to a man's heart is through his gastronomical fetishes' a little too literal nampaknya haha.


Tak puas melihat saya diam, mak menyambung. "Yana tak dak ka sapa-sapa? Pi la cari boyfriend..."

Adoi. Dia bukak dahhhhhhh cerita boyfriend.

"Alah mak, lelaki sekarang lebih menjahanamkan dari membimbing," saya jawab sambil muka acuh tak acuh.

Huh, silap besar la bagi jawapan macam tu. Sebab

Mak terus bermuka excited dan dengan gembiranya berkata "Hah, Yana nak ustaz ke? If you want I can find for you. Tapi kena ready lah. Betui ni, mak boleh carikan!"


And there I was, munching prawns, thinking:

There goes my D'Angelo - Jamie Foxx - John Legend lovemaking playlist. Damnnnnn.

Lagu petang Sabtu 2

Saturday, August 20, 2011

My first Amy discovery, way back in 2007.

Rest in peace, lady.



Lagu petang Sabtu

Perempuan memang banyak songeh

Tuesday, August 16, 2011

Ok, entri hari ini berkenaan dengan sesuatu yang cukup vain dan mengada-ngada. Khas untuk perempuan sebab aku rasa perempuan je yang boleh relate benda ni. Jadi untuk readers lelaki, you have been warned ok. Sila skip kalau tak nak baca benda-benda whiny dan menyampahkan.

Ok.




Alkisah y'all,


You know I have been trying to change my lifestyle to a healthier one, kan? Those who know me personally will testify that I have always been a jolly person, I do what I want to do without really caring about my body. And yes, that includes sesi pemakanan riang ria tanpa rasa bersalah, at some times boleh late late nights yang tido cuma 2-3 jam membuat benda tak berfaedah seperti menggoreng gitar bermain lagu Creep dan mencipta lagu-lagu picisan sendiri sampai jari naik kematu dan sebagainya. Itu belum kira kerja di opis sampai lewat malam lagi. Senang cerita, gua dulu workaholic yang tak pandai jaga diri.




So masuk tahun ni, lepas my life threathening scare mid last year tu, gua macam nekad nak ubah sikit-sikit. Mula-mula gua hijrah kerja. Ini perubahan besar gila! sampai sekarang gua sayu pikir my comfy cubicle and my good friends tapi KITA PERLU TERUS HIDUP, yo.



Tukar kerja means tukar pattern hidup. Takde dah balik lewat malam. Skang ni by 6.30 gua dah boleh gerak. Lokasi pun di tengah KL Golden Triangle so gua dah senang nak jumpa kawan-kawan dekat di hati gua. Maka maknanya gua tengok dunia lah sikit. Cuma gua belum pandai nak pegi socialize myself just yet. Susah nak tukar perangai hermit ni jadi extrovert. Oh I am an extrovert in most cases but you know how they say you can be in a big crowd but still feel lonely? Gua feel awkward beb. Gua tau gua ni macam berbelit-belit sket, kan? Well, gua akui gua kompleks dan mengelirukan. Itu pasal gua prefer layan angin dan malam dan ruang dari orang haha.






Anyhow,
Dari seorang sloth yang gile kentang, gua cuba la menjinakkan diri dengan exercising and being a little picky on what I eat and when I eat. So yada yada bla bla bla jaga food bla bla bla bla joget-joget hiphop bla bla bla bla brisk walk bla bla bla-




Memang nampak la hasilnya



In two months I've lost about 2 dress sizes. Untuk orang pemalas piaw macam gua yang memang tak percaya sebarang bantuan kurus lain dan bermatian taknak makan pills or Herbalife or whatever other dieting shit, ni kira kejayaan beb. I'm doing it the hard way. Well, not as hard as my friend Adiem lah, dia naik turun gym sampai lepas berbuka pun cardio 2 jam... gua tak lah sekental tu lagi but well, still a feat lah kan.




Pah and Kak Wats, if you are reading this, sure korang pun faham kan.. when I was there mana I peduli benda-benda macam ni. Lagi nyampah bila orang sibuk nak kurus ade lah hahahhaha








So skang ni bila orang dah sibuk cakap weh ko dah kurus la, ko dah kecik sket bla bla bla sepatutnya gua kena la rasa bangga kembang semangkuk kan? Selalunya pompuan memang macam tu kan? Bangga happy gile rasa diva vass



tapi



gua macam sedih dan bengang siot.









Kenapa?




Sebab baju-baju kurung dan baju keindahan gua dah mula berbentuk khemah, beb!




Cukup khemah?










Ko bayangkan. Kalau baju keje boleh gak sarung coat or jacket untuk sorok kegelebehan, kalau shirts boleh pakai obi belts, tapi kalau baju kurung?


Dah la koleksi baju kurung gua tak banyak sangat, pastu material semua memang sempoi buat gua gembira, tetiba pakai jadi khemah? Fuuuuuuuuuu rage. Tailor gua yang hebat gila tu jauh di Shah Alam beb, and gua takut la gak kang dah hantar pegi alter, tetiba lepas raya gua naik balik ke kan... mampus. Itu jugak sebab kenapa gua tak nak menipu diri gua dengan bershopping baju baru. Mana la tau kang gua rebound balik, sendiri sedih huhu.








Satu lagi masalah: seluar.


Siot btol. Seluar jeans gua semua dah turun paras hipster dah beb. Panjang meleret, gua tunduk je confirm nampak seluar dalam. Siot betul la. Kalau pakai top panjang sikit pun (macam t-shirt pun), lu boleh nampak the pants riding low. Silap hari gua pakai boxers dah boleh jadi hiphop dah ni. Tua-tua hiphop kejadah?




Seluar kerja lagi la, slacks manade belt loop kan. Maka kalau gua tunduk memang la menempah. Bebaru ni gua tengok balik gambar kursus kat opis ni, ade la aktiviti berlari-lari anak tonggeng-tonggeng kutip benda etc (skill building stuff) dan lo and behold, ada satu gambar tu dengan obviousnya menunjukkan gua dari belakang tengah ghairah membuat aktiviti dengan seluar riding low, menampakkan seluar dalam berwarna pink yang gatal. Ye warna pink sebab aritu gua berperasaan gedik sikit. Weh kat keje weh, sungguh tak appropriate kot. Dahla baju corporate gila tetiba nampak wtf aaarrrggghhhhhhhhhhhh!

Sebab itu gua stress.



Kejap-kejap,
gua bersyukur beb.



Gile ko tak bersyukur? After years of being a denial slob, skang ni gua dah boleh berubah ke arah 'kebaikan' sikit sikit. Tapi gua rasa blom bersedia nak buat total wardrobe makeover la.
Macamana?




Akak-akan yang selalu diet-diet Collatrim lah apa trim tu, uols uols yang gila gym tu, ada masalah ni tak?
Share sikit babes.







Susah-susah gua kemban je kang.





Tetap tak nak kalah. Feeling kemban Puteri katanya




P/s: Thanks to my PJ gang, my Vouchers and my family for your encouragement. I rasa awkward sikit la, tak biasa kena puji or motivate macam ni (berbunyi poyo tapi benar) but your words of encouragement and cheers membantu. Thanks a bunch and please dont expect a supermodel by the end of the year, gile jauh perjalanan gua. Tapi tak supermodel pun, superstar dalam hati ho yeeaaahhhhh!

tank top, undies and nothing else

Sunday, August 14, 2011

So I was walking around in one of the hypermarkets today, buying things to cook for buka puasa.

There was this lady, sweet looking 40ish year old lady, wearing baju kurung with a proper bawal tudung, sifting through the pile of pathetic looking lemongrass right next to me.


She said "Sekarang ni nak cari benda yang segar susah kan?"


I nodded and smiled. "Ak'ah."


She continued "Akak kan, selalunya ambik serai belakang rumah je, tapi suami akak dah tebang semua serai akak. Dia kata dia tak kenal yang mana serai yang mana rumput hihihhiihihi!"


That was kinda funny so I laughed with her. "Lelaki, kak. Biasa la."


The sweet kakak went on to describe her kids to me, how her five and seven year olds are her joy, how she doesn't understand abortion and abandonment of kids, and how she cherishes her kids so much she'd die for them in a second.


She sounded like the sweetest, most awesomest mother for the 5 minutes we talked


until


her kids came runing towards her with a trolley.


"Berapa kali ibu nak kata jangan lari lari. Ni ibu nak kata LANCAU NI-



I exited the area pronto.

Smarty pants

Saturday, August 13, 2011

Benda yang saya suka:
Bau rumput dan pokok basah sebaik selepas hujan
Benda yang saya tak suka:
Bau rumput dan pokok basah disulami dengan bau taik kucing yang fresh sebaik selepas hujan

Can I borrow some change?

Thursday, August 11, 2011

Dari malam sampai pagi, dua hari lepas, saya baca semula semua posting blog ini.

Sungguh banyak yang dah berubah.

Bukan sekadar isi blog, tapi peribadi saya sendiri. Semua dah berubah.

Gaya penulisan dan penggunaan bahasa. Dulu lebih best, dulu lebih naive, dulu lebih... imaginatif.
Sekarang dah terlalu diasak realiti rasanya.

Fizikal dan mental pun dah banyak berubah.
Dulu dengan semak, kelam kabut, membesar bagai johan, rambut kusut masai, dorky, gelak krokk krokk. Sekarang dah matang sikit, lebih dewasa dalam beberapa perkara walaupun masih kebudak-budakan dalam beberapa segi lain (tak mahu ubah yang itu!). Kengkawan yang dah lama tak jumpa kebanyakannya bertanya kenapa saya 'nampak lain'.

Baru-baru ini terjumpa A'an, rakan di UiTM dulu. Dia buat muka terkejut beruk tengok saya. "Mana seluar oren? Apasal baju keje korporat ni?"

Tergelak besar saya. Sampai tua pun orang akan masih ingat seluar oren saya tu agaknya hahahaha.


Saya dah banyak berubah.
Rupa dah lain, gaya dah lain, hati pun dah lain.


Saya dah banyak berubah.
Saya harap ke arah kebaikan.

Metallica mai ka?

Wednesday, August 10, 2011

Hah, betul ke Metallica nak datang Malaysia November ni?!!
Wohoo!

Tengok kat website, macam tak tapi rumours dah kencang ni.

Duit macam takde nak berjimba, tapi...
Sekali seumur hidup kot!
Ahhh silap-silap ku moshpit kan jua diriku ini hahahaha

Hadoi, kengkawan semua tak layan la pulak...
Sape nak teman gua, jom!

Published with Blogger-droid v1.6.5

Hi, I lah Syafwifa Aidid, penulis novel tu

"Aku rasa aku nak start tulis novel yang dah berzaman aku tangguh tu lah."

Dia pandang saya, mulutnya muncung-muncung sikit. Bukan merajuk, tapi tengah nak juih sisa McFlurry tepi bibir dia.

"Bagus jugak. Cerita cinta ke?" tanya dia, tangan terus mencedok aiskrim.

"Aku ada 2 cerita yang aku abandon. Satu cerita pop yang aku rasa macam dah loya gila nak sambung sebab bukan jiwa aku. Satu lagi this english historical romance kinda thing. Maybe aku sambung yang tu kot."

Dia jungkit kening. "Historical romance tu ape, weh?"

"Alah, ko tak layan punya."

"Ish ko ni, buat ape tulis novel yang orang tak nak baca. Ko nak tulis, tulis la yang boleh jual, yang orang ramai beli. Ko tulis je novel cinta bahasa melayu. Ala, macam yang glemer sekarang. Macam ni," cepat je tangan dia menyeluk beg. Dikeluarkan novel tebal berkulit putih dengan corak hati dan ntah apa lagi ntah, kerawang-kerawang. Tajuk pun jiwang - Cinta Musim Kemarau or something like that.

"Bukan genre aku lah."

"Ko nak ikut genre kau, sampai tua pun tak siap novel tu. Ko tengok ni, best tau!" katanya sambil senyum-senyum belek novel sendiri.


Betul jugak apa dia kata. Mungkin aku patut ambik dia jadi spesimen contoh aku. Dia budak perempuan 24 tahun yang rajin beli novel Melayu, rajin tengok slot Zahra ke hape ntah kat TV, segala jenis drama brsiri dia ikut, pendengar muzik Top 40 dan Carta Era ynag tegar... memang dia sama macam average budak pompuan Malaysia lah.

Sambil tangan mengoles wasabi dan kicap ke sushi, aku kata "Hmmm... kalau macam tu, Didi, aku kena la ada nama gedik jugak. Takkan nak guna Azyze. Tak feminin jiwang langsung."

Dan dan tu jugak dia excited. Mata terbeliak, mulut kenyeh besar. "Aku tau! nanti kita fikirkan sama. Esok aku emel ko ok! Yayyyyy nanti kau dah glemer boleh la aku kata aku yang cipta nama ko!"



Pagi tadi, aku bukak emel.


"Weh, ni ha nama yang aku dah shortlist untuk ko. Ada yang totally different tapi sesuai dengan personaliti ko. Good luck and aku claim 50% hakcipta nama ni hihihi.

Ella Syafrina
Haini Liana
Latisha Elia
Janis Rizyana
Lia Azlaila
Syafwifa Aidid"




Sekarang jugak aku rasa nak muntah.

Sorry Didi, REJECT!

haiku 2

Tuesday, August 09, 2011

I am but a child
Naive and full of questions
Help me find your heart

Haiku 1

Oh jangan tidur
Celikkan mata hati
Generasiku

Terima kasih pakcik teksi!




Cara menahan cab. Kau hado?







Hampir setiap hari aku mesti naik cab.
Takde la mahal mana pun, ade la dalam RM4.50 pagi-pagi, dari train ke office sebab pagi-pagi aku tak sanggup nak jalan kaki 30 minit dari KLCC pegi ofis. Basah peluh lah aku nanti, kan. Kengkadang balik dari LRT ke rumah aku naik cab gak. Mahal sikit, RM6.80 per trip. Saje je, nak perabih duit. Aku kan kaya. Wuissshhh kayaaaaaaaa.... budi bahasa hahaaha.



Tapi tu tengok la, ikut mood aku. Kengkadang bila aku rasa macam terlebih semangat rakyat kebanyakan 1 Malaysia, aku blasah je naik bas bergayut-gayut. Kalau naik bas, harus lah bas berhentikan aku kat jalan besar, jadi aku kena la jalan kaki masuk ke dalam kawasan perumahan aku.



Kalau time siang memang aku tak kesah, tapi kalau dah malam sangat memang aku cuak gak. Walaupun aku ni ada rupa perempuan kental dengan spek mata nerd berserta sneakers (pakai to and fro office, kat opis aku dah standby heels heheh), tapi dalam hati memang berdebar pasal short cut nak balik umah aku dari bus stop tu kena lalu belakang rumah orang la, celah dapur orang la... Pastu naik jambatan kat sungai kecik la, jalan lecak takde lampu la... haaaaaa bunyi sungguh kekampungan kan, takde macam KL langsung kan? (Hahahahah itulah kehebatan kawasan perumahan aku, kau hado sungai kat tengah-tengah area kau?)



Anyway,
disebabkan aku kurang yakin dengan habitat di sekeliling kawasan sungai kecik tu, maka aku memang lebih konfiden untuk naik teksi je bila balik. Dan kalau dah kerap naik teksi, macam-macam jenis driver lah yang aku jumpa.




Ada yang pakai smart macam nak pergi kerja pejabat, dengan lisu baju tajam, seluar slack hitam, bau semerbak sampai aku pun confuse samada aku yang kerja office atau aku yang pemandu. Ada yang muka bangun tidur, dengan baju tak berbutang dan singlet macam 4 hari tak basuh.




Ada yang bila kita naik, dia diam dari awal sampai habis. Ada yang rajin berborak, sampai kadang-kadang aku rasa bersalah bila telinga aku bersumbat earphone. Ada pulak tu, macam dengki gila tengok aku pakai earphone, saje je dia kuatkan lagi volume radio dia. Stres tu stres (ganggu aku layan playlist start the day / end the day aku) tapi aku anggap je la dia nak share kegembiraan bergelak ketawa pagi-pagi dengan Kak Engku, Krill dan SY. Layankan aje la.





Kadang-kadang, kalau bertuah, aku akan dapat pemandu teksi yang best. Peramah tapi tak terlalu chatty, bila berborak pun tentang benda-benda umum dan memandu pun tak terlalu laju, tak terlalu perlahan. Selalunya aku akan bagi lebih kat pemandu-pemandu macam ni pasal aku rasa diorang bagi servis yang lebih dari pemandu teksi average lain. Keep the change lah kiranya.





Kengkadang diorang selalu tak nak ambik 20 sen atau 10 sen (contohnya charge RM4.10) tapi aku selalu insist. Maka akan terjadilah perdebatan kecil, “takpe bang, ambik je” “takpe dik tak payah” sampailah aku paksa jugak. Aku tau diorang tak nak berkira tapi diorang pun cari rezeki jugak, sama je macam aku. Seposen kalau 10 kali, dah seringgit kan.





Alkisahnya,dua hari lepas aku naik teksi di stesen Wangsa Maju untuk balik ke rumah. Lebih kurang pukul 7 malam kot masa tu.



Habit aku bila naik teksi adalah terus tengok kad biru pemandu untuk mengenalpasti a) bangsa / agama (supaya senang aku tau nak guna bahasa Melayu / English ngan nak wish apa bila keluar cab) dan b) Nombor IC supaya aku tahu berapa umur dia (nak panggil pakcik? Abang?)




So pemandu cab tersebut adalah seorang pakcik Melayu yang tua sikit dari bapak aku. Muka periang dan sungguh kebapaan. Bila aku mula-mula naik, dia dah senyum. Aku dah agak perjalanan kitorang mesi relaks sebab dia nampak tenang.



Tak ku duga, perbualan kitorang sungguh…..hadoyai.


Pakcik: Kamu ni selalu ke balik lambat?

Aku: Eh, ni kira awal la ni pakcik. Dulu pukul 9 baru keluar office.
Pakcik: La, lambatnya. Muda-muda ni jangan jadi kebiasaan balik lambat-lambat. Nanti dah 30 nanti kamu menyesal. Baru perasan kamu takde kehidupan bermasyarakat.




Pada waktu ni aku terdiam. Mula-mula nak bagitau dia yang aku setahun lagi je dah nak naik 30. Tapi lepas tu aku terfikir, weh, pathetic jugak kan, memang pun sejak start keje aku bukannya ada social life sangat pun. Asyik keje je. Apa pakcik tu kata betul lah.




Pakcik: Kamu dah kahwin ke belum, ni?





Hallamak, pakcik ni cerita jodoh lah pulak…..





Aku: Err, belum.
Pakcik: Umur kamu? 25?
Aku: Wuish hahahaha, saya dah 29 dah, pakcik.
Pakcik: Tak kahwin-kahwin lagi? Kamu ni, jangan lah memilih sangat. Nak cari lelaki yang sempurna memang susah sekarang ni. Kita terima seadanya je.





Eh? Ape cer plak pakcik ni? Hahahah


Aku: Ehhhh pakcik, saya ni lah orang paling sempoi sekali pakcik. Saya manade memilih-memilih ni. Janji dia sekepala, pasut boleh pimpin saya ke jalan kebenaran, tu dah kira orait dah tu. Saya je yang tak best, jadi lelaki yang tak pilih saya (gelak over sikit dari biasa)



Pakcik:Eleh, pakcik nengok kamu ni, dengan pakai kot, dengan kemas-kemas kamu ni, mesti kerje bagus. Boipren kamu tu lembap benar. Takpe, dia yang rugi. Kamu cari je la boipren baru.





Masa ni aku macam nak kata je yang a) aku takde pun boyfriend sekarang ni, dan b) kalau lah lelaki sekepala yang boleh layan merepek aku tapi at the same time matang enough to guide me tu boleh pakai main petik-petik je tepi jalan, dah lama kot aku kahwin haha.

Aku: Hmmm tengok lah pakcik.

Kami dua-dua diam. Aku buat-buat tengok phone. Macam tak tau nak cakap apa. Korang tau je la, topic bercinta ni sensitive sikit. Mak bapak aku pun baru-baru ni sibuk soal siasat aku. Padahal diorang tak tau aku ni dok menyembuh luka di dada hahaha.



Tiba-tiba

Pakcik: Ha, anak pakcik ade! Kamu nak? 32 tahun,keje engineer kat Petronas. Tapi dia dekat Terengganu la sekarang. Kamu nak meh pakcik kenalkan! Hensem boleh tahan tapi dia tu suka main muzik. Kengkadang lebih main muzik dalam bilik dari bergaul. Kamu nak? Pakcik orait je. Pakcik sporting! (senyum lebar)

Herkkk, pakcik teksi pun sama nak menjodohkan aku jugak?!
*Matila pitam*

p/s: tak, aku tak ambik pun contact number anak pakcik tu. Sebab aku skema hahahahahah. Sekian.

Entri Ramadhan: irama keinsafan

Monday, August 08, 2011

Saya perasan kan,
kebanyakan dari kita, bila sebut lagu ketuhanan, mesti cari nasyid. Bukan la nasyid tu tak best, best... tapi tipikal sangat. Memang la kalau dah nasyid, mesti la ketuhanan. Tapi kadang-kadang nasyid ni terlalu meleleh. Well, untuk korang mungkin tak tapi saya susah nak hadam lagu-lagu nasyid kontemporari. Kalau Raihan, Rabbani (1421 gempak!) saya layan la. Selain dari tu, lambat sikit lah babe.


Saya lebih banyak mencari tuhan dalam lagu-lagu yang tidak ditulis with god in mind, atau ditulis dengan banyak tabir. Lagu yang jika sekali dengar, macam lagu untuk kekasih, tapi bila amati dan hadamkan, jelas seolah ianya memperkatakan hubungan kita dengan tuhan. Tentunya lagu-lagu macam ni tak mengenal batas melodi mahupun bahasa. Lagu inggeris, lagu Hindi pun ada hahaahahah! Betul! Tapi kena faham makna lah. Kalau korang bantai Kuch-Kuch Hota Hai siap berjoget bagai tapi sepatah haram tak faham, itu bukan ketuhanan, itu ke-kubur namanya heheeheh.


Baru tadi seorang teman rapat saya menghantar emel. Tanya dia, apa koleksi lagu keinsafan yang sesuai untuk didengar sepanjang Ramadhan? Dalam koleksinya banyak lagu-lagu berunsur ketuhanan dari negara seberang.... sungguh lah lain dari playlist saya, tapi saya kongsikan juga lah since dia dah tanya. Kalau tak kang tercalar pulak kaliber saya sebagai jukebox rasmi kengkawan kan hehe.

Let me share some of the songs yang ada dalam playlist jiwa saya. Lagu-lagu ini indah didengar saat jiwa berkecamuk, hati panas, hilang punca, mahupun di saat-saat anda sendirian mengkagumi keEsaanNya. (Selalunya malam, dalam bilik gelap)



Doa – Harmoni
Lagu yang cukup tajam. Ni memang obviously lagu rintihan pada tuhan. Saya banyak dengar lagu-lagu nasyid zaman 80an sebab lagu di zaman ini lebih direct dan marhaen dari lagu-lagu leleh sekarang.
"Tuhanku, aku hilang bentuk, kembara di negri asing… Tuhanku, pintumu ku ketuk, aku tak bisa berpaling…”


Jangan Menyerah – Dmasiv
Saya tahu lagu ini kerana ada seseorang yang menujukannya untuk saya. Dengar je terus menangis. Terus rasa macam taknak give up in life.


Kepadamu Kekasih – Hattan, M. Nasir, Jamal
Sungguh menginsafkan… antara lagu yang tak tinggal dengar, sekali dengan Doa.

Rindu – M. Nasir
Versi akustik yang sungguh mencengkam. Pendek je lagu ni, tapi ekspresi M. Nasir cukup berdarah, boleh buat jiwa meruntun. Bunyi macam untuk kekasih tapi pada saya ia macam merindukan tuhan yang tiba2-tiba seolah tak menjawab kerinduan kita pada dia…


Kau Yang Satu – Ramli Sarip
“Kau yang maha esa…. Kau yang maha pengasih, Kau yang maha pengampun….”
Sadis dan menginsafkan...


You pulled me through – Jennifer Hudson
Seperti J.Hud yang tersungkur dengan kematian ahli keluarganya yang sadis, kita juga akan terjelepuk sekali-sekala. Tapi Dia ada untuk membantu kita bangkit dan berjalan semula. Insyaallah.


Smile – Robert downey jr
Saya suka version ini sebab terasa macam dinyanyikan oleh orang yang berusaha nak senyum walaupun tengah menangis. Lumrah hidup.


Hero – Nickelback & Saliva
Ni lagu rock, ost spiderman lagi. Tapi pada saya, saya selalu fikir yang saya perlukan hero (iaitu Tuhan) dan saya yakin dia akan datang. Lirik dia, fuhhhh. Saya memang senang relate dengan lagu rock cenggini so takde masalah. Might be awkward for some people though.


Good Morning – India Arie
Lagu ni pasal kekecewaan, tapi kita bangkit juga setiap hari, kita sabar, kita lalui and one day kita akan okay. Soothing sgt.


I’m Glad There Is You – Jamie Cullum
Asalnya ni lagu cinta, tapi saya melihat dalam konteks untuk Dia, yang Maha Esa. Sesuai didengarkan di tengah malam dengan lampu tutup, atau di saat luar hujan, layan perasaan. Mendengar lirik lagu ini, rasa macam ni lah bila memula perasan yg solat semua dah tak rasa mcm malas mahupun terbeban. Dulu punyalah liat. Tetiba skang ni tanpa disedari, semuanya senang. I’m glad there is Him, tak sedar, tau2 saya dah nampak jalan yang saya cari tu…


Both Sides Now – Joni Mitchell
“I look at clouds, from both sides now….” Hidup bukan one sided je. Kita kena faham semuanya dan walaupun adakalanya kita semakin keliru, kita harus redha.


Sesat di kuala lumpur – Kembara
‘Sesat di kuala lumpur, dosa dan pahala bercampur, namun kita perlu hidup, kita perlu terus hidup.” Anthem jiwa-jiwa kacau di Kuala Lumpur.


Across The Universe – Beatles
Ketuhanan gile (tapi diorang towards hindu gods lah). Kita, dengar dalam konteks Allah la. Antara lagu paling puitis yang buat saya nak kagum dan nak nangis at the same time masa first time dengar dulu. Terlalu cantik. One of my favourite lyrics of all time. Saya selalu berharap suatu hari nanti saya boleh menulis sebaik ini dan menyentuh jiwa insan seluruh dunia dengan keajaibannya.


The Sweetest Gift – Sade
Lirik sungguh mengharukan. Macam doa kat tuhan. Sade buat kita rasa doa itu memang boleh sampai kalau kita percaya.


Alhamdulillah – Too Phat (versi inggeris)
Saya tahu versi Melayu popular gila dan menginsafkan bla bla bla, tapi actually saya lebih suka versi Inggeris. Takde Dian yang leleh dan lirik dia sungguh jujur. Yang BM tu macam nak ambik hati orang Melayu sangat, cover line pun boleh tahan.


Tears In Heaven – Eric Clapton
Fuh satu lagi lagu jiwang. “ I must be strong, and carry on. Coz I know I don’t belong here in heaven…”


Kisah Klasik Untuk Masa Depan – Sheila On 7
Tak ketuhanan langsung pun, tapi bila dah nangis tu, lagu ni buat lagi banjir huhu.


Cinta Sempurna - Yuna
Lagu ini seolah kita menangisi kecelaruan fikiran kita dan ketidaksempurnaan kita kepada tuhan huhu


Dan


Ik’tiraf – Raihan
Nangis nangis nangis nangis nangis!




Mungkin anda tak jumpa apa yang saya jumpa dengan lagu-lagu ini, tapi, manalah tahu…
Selamat mendengar dan selamat beribadah sayang-sayangku sekelian :)

Texas Ranger (tidak seksi langsung)


Apekah Google oii...

mengapakah bila hamba mentaip Where, belum sempat hamba habiskan ayat tersebut. kau paculkan tekaan-tekaan yang sungguh mengsiotkan?

Mengapakah orang search "Where Is Chuck Norris"?




Mengaaapppppaaaaaaaaa Chuck Norris, mengapaaaaaaaa?


Hahahahahahahhahahaaa!

Lament of the brokenhearted

Sunday, August 07, 2011

I feel so lonely. I miss you.

It's been some time, I know I should move on.
Well, easier said than done.

You know, when we were together, it felt too good to be true. I prayed to the Almighty to show me the right path: if you are the best for me then protect our relationship, but if we were not meant to be, please show me signs so I could survive without scalding my heart too much.

Well, He sure did show me, huh?


I should forget you. Move on.
But it is, you know, easier said than done.


I keep myself busy, writing a lot, going out with friends, spending more time with my family, seeking solace thru music... but when I lay down in bed right before I sleep or when I wake up in the morning, the emptiness creeps in. A flashcard floats in my mind, a harsh neon blinking 'it's over, he doesn't care'.

I know this is part and parcel of life. You love, you lose, you heal. I'm old enough to know that you don't always get what you want, and that at some few points in life, people you trust the most are going to let you down. I know that and I have made peace with the fact.

But

Remember how you told me that you felt I'm too careful, too scared to let you in, too sceptical about love and too untrusting? And how I told you that my heart is like a well protected castle; I have a moat with alligators, and sharp lances and brick walls; and it's never too easy to penetrate, but once you are in, you'll always be a part of it?

Well you did get in. You broke down all barriers, you got me talking about things I fear and things I dream of, things I never have told a soul. You got inside... and you screwed it up. And now I am left with a broken down castle -- bricks blown to pieces, moat destroyed, warriors dead, and my heart trampled.

Such is the way of life, huh?

I'm not bitter over our parting. Maybe your method was pretty harsh and unfair, but I've come to terms that I have flaws that I need to address, and you have issues you need to face too. I'm not good enough for you and I guess God is saving me for something and someone better.

A dear one said to me recently, Allah tak bagi apa yang kita rasa terbaik, tapi dia akan bagi apa yang terbaik untuk kita.

And I guess he's right.
I'm not your terbaik, and neither are you, my terbaik.

But I miss our good mornings and good nights, the calls throughout the day, the smses and the whatsapp messages, the laughters and the tears we shared... I miss them. I can't bear to delete the almost 1000 messages we sent each other because it had a part of us in there. I still keep your number, I still check my phone the first thing in the morning for your misscalls and I still try to avoid the places we went to.

I know I shouldn't dwell. I know I should exorcise you from my mind and soul. I know this is not healthy.

But some things are easier said than done.


Ramadhan is a tsunami of emotions for me this year... I got heartbroken but I'm closer to God and those who love me, I'm getting in the groove with my new job, I'm already in pace with my new lifestyle... I'm still cheerful and fun outside but pretty melancholy inside, just like Pagliacci, but I'm learning to adept and change.

Now, if only I can ease this loneliness...


God, please give me the strength to accept the things that I cannot change, and to change what I should and could to be a better person. Grant me peace and serenity, grant me a soul not easily scarred.

Sigh.
I should stop.


Thank you for making me happy, giving me so much during our brief time together. I have learned a few things with you, some of them hard to swallow, but necessary. You will always be my 'almost', and I guess you will always be a part of me. But don't feel bad if one day you're no longer a part of my soul... for that part I'm reserving for that one person He has yet to send my way.


Zuhur is coming soon and it's my time to talk to the Man. I hope you don't miss yours (I used to miss mine too but I guess I've changed for the better?), I hope you don't smoke as much, please take care of yourself and I wish you the best.


Me? I'm learning to let you go.
But some things are easier said than done.

Assalamualaikum.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Rebiu : 21 oleh Adele

Friday, August 05, 2011

Adele 2011




Adele adalah enigma yang cukup mengkagumkan. Pada usia semuda 19, dia sudah mampu memberi impak yang mendalam pada setiap yang mendengar album sulungnya. 19 merupakan taruhan yang cukup berani dan ternyata, permainan jiwa Adele menerusi genre ala Motownnya membuahkan hasil.




Album sulung Adele, 19 (2009)


Pada masa pengikut muzik mula teruja dengan keranggian 60-an Amy Winehouse (r.i.p Amy!), hadir Adele mengukuhkan lagi genre yang suatu masa dahulu dikenali sebagai 'muzik orang hitam'. Semangat kedua wanita British ini bagai melakar jalan yang luas untuk soul, swing dan blues kembali mencuri perhatian pendengar, terutamanya bagi generasi Y -- mereka ini mungkin tak pernah kenal The Platters, Supremes, Clapton, Wonder dan ratu-raja Motown tapi adanya penyanyi muda seangkatan mereka yang membolos tembok pop-dance di UK (dan serata dunia), muzik genius ini kini dikongsi merentas sempadan usia dan geografi.











19 membawa nadi soul dan Motown dengan sisipan elemen beats yang segar. Adele pandai bermain dengan perasaan pendengar melalui luahan lirik yang mudah namun tepat ke sasaran serta melodi yang berhantu. Sukar menerima bahawa karya cemerlang adalah nukilan seorang gadis yang belum pun menjejak dewasa, tapi itulah keistimewaan Adele.

Mengapa Adele ada kuasa magis terhadap kita? Apa yang best sangat tentang Adele yang membuatkan kita terpukau?

Sebetulnya, Adele menulis mengikut pengalaman peribadi. 19 adalah cerita cinta remajanya yang kecundang. Ingat Chasing Pavements? Jiwa remaja yang kacau dan tak ketentuan. Mencari hala tuju di persimpangan. Sebab itu 19 jadi sukses yang hebat. Dan di dalam album barunya, formula sama terus digunapakai.





" Saya mungkin berbunyi old-soul, tapi saya cuma budak 22 tahun yang cheeky, periang dan sarkastik!" - Adele




Walaupun 19 dan 21 membawa tema yang sama, namun melalui 21 Adele menjadi semakin raw, semakin mencengkam, semakin melankoli namun tetap telus dengan kejujuran tanpa batasan.


Jika anda seperti saya, mudah mengkompartmen memori dengan muzik, maka album 21 adalah album terbaik untuk anda capai saat anda disinggahi kekecewaan bercinta kerana sejarah album ini mungkin tidak lari jauh dari kisah sedih anda.





Sejak 2009, Adele memenuhkan 2 tahun dengan mempromosi album beliau. Luka yang diceritakan dalam 19 pulih dan seperti hati fragile wanita lain, dia kembali dipujuk cinta, kali ini dengan seorang lelaki yang lebih tua darinya (sehingga kini tak siapa tahu identiti lelaki misteri ini). Cinta baru merubah dirinya dari gadis menjadi wanita, namun ah, sudah dijangka, ia kecundang lagi.

2 tahun beremuk rendam dalam kekecewaan, Adele bangkit dengan merakam segala butir perit kisah cinta tak kesampaiannya dalam 21.



Album ini seperti menaiki rolerkoster putus cinta - bermula dengan kemarahan yang lantang, berubah ke kecewa, langsung melempias ke sifat terdesak "aku boleh berubah untuk kau, percayalah!" dan akhirnya tiba di garisan penamat bila mana dengan luluh dan penuh defeat, kita redha dengan perpisahan yang ditakdirkan dan hanya mampu mendoakan kebahagiaan si dia.






Rebiu tracks:


Pembukaan album 21 adalah lagu panas hati, Rolling In The Deep. Ditulis sebaik sahaja selesai bergaduh dengan bekas kekasihnya (dan mereka broke-up pada masa itu), Adele lari ke studio dan terus merakam amarahnya. Rolling In The Deep yang anda dengar itu adalah versi demo yang terus dijadikan album cut kerana mengikut produser, tak ada take lain yang sebaik demo saat Adele betul-betul mengamuk. Track dengan beat pantas dan mood blues gospel ini diiringi piano dan gitar yang mencermin api yang membuak dalam hatinya.



Trek 2, Rumor Has It menyambung amarah dengan merujuk kepada gosip kawan-kawan mengenai perpisahannya. Unsur swing-jazz neo-moden sungguh ketara dalam lagu yang dicipta bersama Ryan Tedder ini (Tedder penyanyi dalam lagu Rocketeer tu). Sekali dengar macam lagu konfiden dengan ke-best-an diri sendiri, dua kali dengar baru anda jumpa sinikalnya.


Trek 3, Turning Tables mula mencorak fasa kecewa dan pergaduhan tiada henti. Piano melankoli membuat trek ini berhantu, dan liriknya juga cukup 'merungsingkan'. Saya suka lirik


Next time I'll be braver / I'll be my own saviour / When the thunder calls to me
Next time I'll be braver / I'll be my own saviour / Standing on my own two feet


Memang tepat untuk kita yang pernah kecewa dan berjanji untuk tidak sekali-kali menyerahkan hati kepada lelaki/ perempuan lain untuk direnyukkan sekali lagi.






Trek ke empat, Don't You Remember bernada ala folk-country. Ini mungkin pengaruh muzik Americana yang banyak didengari Adele ketika beliau menetap di US untuk sesi jelajahnya. Lagu ini cukup berat di jiwa. Adele mengakui kekurangan dirinya dan minta agar si dia ingat saat-saat gembira bersama. Siapa yang tak pernah buat refleksi sebegini?




Terjemahan emosi terbaik adalah bila Adele beraksi di pentas



Set Fire To The Rain antara yang paling puitis liriknya. Antara kegemaran saya (selain Dont You Remember dan Someone Like You), lagu berentak separa rancak ini mula menunjukkan kerapuhan hati yang cuba dirasionalkan dan perasaan benci-sayang yang sungguh kuat. Apa yang kita buat dengan memori sebegini? Memetik kata2 glemer Usop Wilcha, "Kite bakor je!"






Adele mula memujuk dengan He Won't Go, I'll Be Waiting dan Take It All. Memujuk hati, atau memujuk si dia, itu subjektif. Saya sinonimkan lagu-lagu ini dengan And I Am Telling You (I'm Not Going) dari filem Dreamgirls. Denial pun ada, bersungguh pun ada, tapi yang pastinya kecewa.





Satu-satunya lagu yang tidak ditulis berkenaan percintaan beliau adalah One & Only yang ditulis khas untuk rakan karibnya. Tapi serious, lagu ini pun sama pecah hatinya kalau anda memang tengah frust. Piano, riff simple dan suara Adele yang cukup 'sakit' ... layan beb.





Lovesong pula satu-satunya lagu cover dalam album ini. Asalnya lagu dari otai punk-rock British, The Cure, lagu ini diberi nafas baru dengan rentak yang lebih raw. Lirik The Cure yang berdarah, dikombinasikan dengan terjemahan nyanyian yang weeping dari Adele, aduh.... pandai Adele memilih lagu, dengar ini dan saya yakin The Cure bangga dengan si molek ini. Memang menangis, memang kental...dengan jiwa tersendiri.



Album ini ditutup dengan Someone Like You. Trek yang cukup berbeza dengan pembuka album ini, SLY mencermin keredhaan dengan takdir dan suratan. Tiba satu saat dalam kita, benci dan kecewa mula melusuh dan yang tinggal hanya acceptance.



Adele menyanyikan Someone Like You di rumahnya. Sungguh meremangkan bulu roma!


Saya suka keikhlasan trek ini, dari petikan piano (sahaja, tak ada instrumen lain) hinggalah persembahan jiwa Adele, semuanya bercantum menjadi encore yang cukup bertepatan. Masanya untuk let go, untuk move on. Seperti yang saya selalu katakan, aku mudah memaafkan tapi jauh sekali untuk melupakan. Cinta itu masih ada di dalam sanubari tapi aku redha dengan pemergian kau. Ingat lah kenangan manis kita sekali-sekala dan semoga kau bahagia.





Lebih kurang macam itu lah.







Anthem cinta kecundang yang dibawakan Adele ini memang berat, tapi tak bermakna album tak sesuai untuk anda yang tengah sakan bercinta. If you can't appreciate the heartbreaking lyrics, anda pasti terpukau dengan melodic transtitionsnya yang konsisten dan susun atur album yang mantap (Rick Rubin yang produce album ini, jadi harus lah best kan?)

Esok kecewa, dah tau album apa nak cari, kan?

Saya nantikan album seterusnya dari goddess ini. Sementara itu (mungkin kena tunggu lagi 2 tahun kot!), biarlah saya layan perasaan dengan 21.

Aiight.

Kepada DIA




Laa takhaaf Wa laa tahzan.

Innallah ma'ana.

Bodoh tak aku?

Bodoh jugak la.

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah


Sekian.

Dah lama tak buat benda-benda macam ni

Thursday, August 04, 2011

Huiyooo, lama betul saya tak buat meme. Semenjak tua ni meme rasa macam buang masa sikit. Tapi bila lama tak buat, rindu pulak nak menjawab soalan-soalan bodoh orang pada saya haha.
Ingat kan trend buat meme ni dah lama mati, tapi arini saya telah di-tag oleh Budak Perak.

Kelakar pulak bila kena jawab meme bertelo Perak sedangkan saya bukan orang Perak pun haha. Tapi, ahh, belasah aje la.


Budak Perak, thanks for the tag :)



First sekali, kome orang Perak ke?
Bukan. Teman beranak di KL, membesar di KL, mak bapak teman orang Penang. Tap ade la sedara mara kat Perak.


Jujur lah, siapa yang last sekali text kome?
Bank. Iye, bank.


Kome tido bukak pintu ke tutup?
Haish, tutup le. Sentiasa tutup. Kalau siang-siang teman dalam bilik pun masih teman tutup. Rase macam invasion of privacy pulak kalau dibior bukak pintu tu. Tapi tingkapnye teman bukak luas- luas la.


Kome rajin minum teh?
Rajin bebeno! Memang teh tu kecintaan teman le. Teh o suam kurang manis ataupun teh o ais, itu je yang teman order kalau makan di luar. Cuma sekali sekala bila tekak mengada-ngada baru teman order air lain.


Esok kome ade apape plan berjimba ke?
Esok... macam tak ade. Besar kemungkinan teman nak ngajak kengkawan teman berbuka lepas tu terus pergi terawih. Lepas tu baru ke mamak untuk sesi berborak dan catch-up.


Mana lagi kome takut: kulit gelap ke bibir pecah?
Soalan ape ni? Hmmm kulit teman memang udah gelap pun jadi bibir pecah le kot.


Kome terkejut idak kalau tetiba mak kome kata dia mengandung lagi?
Mau idak. Mak teman udah tak ade ovarinye. Mengandung apenye?


Kome lebih suka pergi cuti pantai ke cuti hutan?
Hmmm, terpulang sebenonye. Teman suka dua-dua. Pantai best sebab boleh berenang, lepak tengahari sorang-sorang sambil cari ilham menulis, layan perasaan. Kalau ke hutan pun teman ok je, boleh camping. Siang memang banyak bende la nak buat, masak la, mandi sungai la hahaha. Cuma bila malam tu takde ape nak buat sangat la. Kalau di pantai teman suke duduk melepak sambil layan kopi dan perasaan sebelum mata mengantuk mintak tido.


Kome teringin idak nak kawen?
Harus le teringin. Ape punye soalan la kome ni.


Sekarang ni kome pakai jeans ke, baju tido ke, ape?
Teman pakai coat ala Adele yang teman suke gile!


Macamana agaknye kalau kome kawen dengan orang yang kome last sekali mesej? Er... teman... teman... teman suke kot!


Orang terakhir yang kome kongsi rahsia?
Orang yang teman hantar mesej tadi :)


Sekarang ni kome dengar lagu ape?
Hari ni teman layan rock kapak, M. Nasir, Adele, dan sekarang tengah dengar album The Futurist oleh Robert Downey Jr. Iye RDJ yang berlakon Iron Man tu. Memang tak ramai orang tau dia ada album. Kalau kome bukan peminat kental dari zaman 90-an, memang kome takkan tau.


Kat mana tempat last kome tertido, selain katil kome?
Kat opis hahaha. Ngantuk sangat masa tu, teman tersengguk depan komputer.


Kome rasa kan, ade tak seseorang yang akan kekal dalam hati kome sampai bila-bila?
Ada. Memang ada.


Kome rasa, berbaloi ke ada relationship?
Terpulang sebenarnya. Kalau teman, relationship yang baik memang teman rasa berbaloi. Kadang-kadang kita terjerumus dalam relationship yang jahanam jadi yang tu memang la tak best. Tapi teman rasa ada benda yang kita boleh belajar dari relationship macam tu. Cuma, berapa cepat kita bangun balik dari sungkur cenggitu la yang tak pasti sangat.


Kome percaya dengan CINTA?
Ya.


Bila kali terakhir kome jumpa bapak kome?
Pagi tadi.


Kome ada apape memori yang kome nak padam dari ingatan?
Ada. Of course ada.


Ada tak sesape yang kome nak ajak lepak untuk berborak dan berkongsi cerita?
Ada, tapi dia jauh.


Pernah idak sesape panggil kome prince atau princess?
Hahahhahaha tak kot. Belle pernah (rasa special gila masa tu haha).


Kome rasa boleh ke bebudak remaja betul-betul jatuh cinta?
Boleh, tapi susah nak cari yang betul-betul setia.


Secepat mana mood kome bertukar?
Hmmm... tengok la jugak. Selalunya teman happy je, tapi kadang-kadang ade bende yang boleh buat teman rasa nak cekik orang lepas tu nak peluk lepas tu nak tido je terus.


Sekarang ni kome mood ape?
Tertanya-tanya dan tak pasti. Sebabnya...tak payah le kome tau.


Kome nak sesape telefon kome ke sekarang ni?
Kalau teman kata nak sesangat, kome kata teman ni gedik. Tapi memang nak. Hahaha.

Apa yang sentiasa kome bawak dengan diri kome?
Kepercayaan dan maruah <------- chewah, skema idak?


Katil kome selese tak?
Selesa. Emmm boleh la. Tapi dah berapa malam dah teman tido tak selese. Ntah kenapa ntah.


Kome rasa kome ni understanding tak?
Boleh tahan la. Kengkawan teman kata ye. Adik-beradik teman mungkin atas pagar. Orang lain teman tak tau.

Kome ni boleh kira manusia yang periang ke?
Selalunya iye. Di pejabat, iye. Dengan kawan-kawan iye. Semenjak dua menjak ni, sangat-sangat. Tapi sejak semalam, teman rasa macam... entah lah. Mungkin nak sedih balik kot... teman serahkan pada Tuhan je la. Kalau sedih, itu dugaan teman le di bulan puasa macam ni.


Siape ade dalam gambar profil kome?
Takde sesape. Teman sengsorang je.


Kome single ke masa Valentines Day haritu?
Single mingle ready to bingle.


Ape filem terakhir kome tengok?
Kat TV aritu... Rebound. Sungguh comel ceritanya.


Kome dengar lagu-lagu tak selepas kome abes?
Abes ape? Abes buat kerje? Selalunya teman dengar lagu masa nak pegi keje, balik keje, masa kerje, lepas mandi, sebelum tido....


Berapa lama masanya untuk kome tido?
Hmmm... tak tentu. Kadang-kadang tak sampai seminit dah gol. Kengkadang tu sampai dua jam dok kalih situ sini pun tak lelap-lelap jugak.


Kome banyak cakap idak?
Menurut orang di sekeliling dan seseorang lagi baru-baru ini, ye teman memang banyak cakap.


Boleh kome describe cinta dalam 2 perkataan aje?
Bahagia. Derita.


Ok, itu je teman nak tanya.
Ok.

My new mantra




A very good friend of mine send me this and the moment I read it it kinda hit hard.



I think I've been neglecting much of my free-spirited self. Time to give the skema, nerdy Elle a rest and start enjoying life again. I'm trying to put aside my 'crisis of the heart' and give the simple, problem-free self I was once another go.



I noticed that I have drifted away from the jolly, creative ol' me the past few years. Reading back old entries, I kept thinking, where did this funny, cheerful chick went to? Why am I so melancholic nowadays? Could be that I have mellowed with age, turned into a bottom pit soul?



Maybe.




But you know what, it's high time I started to live again.



Ke tebing masa

Wednesday, August 03, 2011

Seriously.
I am scared shitless.

Kamu tahu, perasaan macam berdiri di tepi tebing curam. Mata terikat kejap. Yang saya rasakan cuma angin kencang, rasanya ia akan menolah saya jatuh.

Apa yang ada di bawah?

Ombak yang berdentum membadai batuan tajam yang bakal mencarik hati saya?
Atau mungkinkah bebuih pantai lembut berlantai pasir bakal mendakap saya?

Saya takut saya kecewa buat kesekian kalinya.
Tapi pada masa yang sama saya dapat rasakan yang ini bukan seperti yang dahulu-dahulu.
Kali ini ianya terlalu lain untuk diabaikan.
Kamu tahu, adakalanya kita akan rasa sesuatu yang betul-betul menghenyak hati dan buat kita tergamam, terbodoh seketika. Jadi hilang pertimbangan, hilang rasa malu, hilang ragu, hilang semua batas-batas yang telah kita tanam rapat mengelilingi hati kita.

Di belakang saya ada noda yang mengejar.

Saya perlu terjun dari tebing tinggi ini.


Tapi,
adakah dia akan menanti dengan hati terbuka, mencapai dan menangkap saya kelak?
Atau mungkinkah saya akan berderai jatuh dan tak bangun lagi?


Persoalan percaya, yakin, muktamad mula muncul.


Bagaimana?

Saya takut, tapi saya tahu yang sudah tiba masanya saya terjun ke dalam dilema ini.

Apa yang menanti saya, sungguh tak saya ketahui.
Tapi apa pun yang ada, saya takkan menyerah kalah selagi ada kudrat.

Waiting to wait

Tuesday, August 02, 2011

Today I am going to write about one of my best hobbies of all time: procrastination.

Yes, I am so engrossed with procrastinating things that I have actually become a slave to it. Who is stupid enough to let their hobby pull them around with a ring thru the nose? Yes, I am that pitiful bitch.

You see, to me putting things off is my way of being rebellious, in a nice way. I could tell people to eff themselves, or to wreak havoc, or burn buildings or something when I am wronged or when something doesn't bode well with me, but that is not so plausable. I was born a responsible person, or even if I wasn't, I have been mould into an obedient person throughout my childhood and it's stuck to me.

I mean, do you know anyone else who:
- never had any dimerits in school
- only had to stand on their chair once in school, and that wasn't their fault
- cruised through university without even one saman from the ever-annoying overzealous pak guard
- feels guilty if she crosses the road when the walking light is still red
-almost never cut queues
- has always done what her parents expected of her?

Who who who?
Takde kan?

Okay, maybe I'm stretching the last point a little too thin. I'm sure my mother and father are pretty dissatisfied with me throughout my 29 years of living with them, and I'm sure growing up I was a pain in the ass but I never really crossed any major borderlines with them, y'know. I think, the worst thing I possibly ever did was probably flunk my Arab classes, and shaving the sides of my head when I was in Form 3. Tu je.








Before Selma and Rihanna, I dah buat dah in like, 1997 dulu ok. Mine looks a lot like this.









I would do this in a heartbeat now, but unfortunately I have a pinggan nasi tambah shaped face.





So after all of these being nice and obedient, I have no inkling on how to actually pull of shits. Oh sure I know the methods to being a jerk or an obtuse biatch but the thing is I DONT KNOW HOW TO BRING MYSELF to do them. I'm too goverened by my fear of disappointing my parents, fear of screwing up my future, fear of abolishing my hard-earned respect (pttuuiiiii!) and most of all, I am just being me.

So what do I do when I feel like going a little south in my mind?

Procrastinate.

The most subliminal form of rebellion.

Like, how I'm putting off going to driving classes and getting a licence.
How I'm pretending that renovating my pad into a liveable place is not that important.
How not paying bills on time is not that big of a deal.
And how I'm pretending as if the article my boss asked me to write is not due until next year.




I hope my boss is not reading this.
If she is, daammmmnnnnnnnnnnnn!

Untuk kamu yang tak tahu pun keujudan blog ini

Selamilah seribu kemanisannya
Biar aku tak dekat denganmu
Sekelumit jauh tidak sekali
Selaut jarak bukan penghalang nyata
Kerana yang benar adalah
telah kututup hati dan mata
kecuali untukmu wahai kekasih.

water under the bridge

Monday, August 01, 2011

Selamat berpuasa kawan-kawan.

Tahun ini saya rasa macam lain sikit.

Panggilan Ramadhan tahun ini macam terlalu kuat... mungkin dah tiba masanya untuk betul2 berubah. Insyaallah.

Semoga Ramadhan tahun ini melimpahi rahmat dan nikmatnya untuk korang semua.
Published with Blogger-droid v1.6.5