Pages

Punggah!

Friday, July 08, 2011

Fergie Ferg pun basah ketiak okay




Sekarang ni gua make a point untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu during workdays, pastu weekends gua terkinja2 menghiphop dance kan diri gua kat umah. Nak get back in shape balik ni punya lah payah. Terutamanya sebab gua memang tak pernah fit pun rasanya haha. Orang berbekalan bahan bakar simpanan tahap ajaib macam gua ni, fuish, memang terkedek-kedek la. Setakat ni gua brisk-walking ngan buat medium intensity cardio workout je. Nak jogging beriya-ya tu rasanya, weh, jangan lah mengada-ngada nak adventurous sangat. Kang semput kat KLCC park tu, sapa pulak la nak usung gua kan :P


Al-kisahnya,

Semalam gua sempat la buat a few rounds sebelum matahari melabuh tirainya (chewah). Kemudian, dari KLCC Park tu gua jalan je pegi LRT Ampang Park. Kebiasaannya memang by the time gua balik tu, peluh dah mencurah-curah macam air terjun di musim monsun. Baju dah basah depan belakang, rambut dah melekit-lekit kusut macam buat workout 4 jam haha. Tapi memandangkan tempoh gua dalam tren tak sampai 20 minit, gua redah je.

Masuk tren, gua berdiri depan mamat yang sungguh lah kacak. Kebetulan pulak. Perlu ke time tengah serabai lah tren ni nak penuh? Disebabkan gua sungguh penat dan gua juga tahu gua dah macam mak lampir, maka gua pun buat-buat tak perasan la kekacakan mamat tu. Gua pandang atas, pandang bawah, pandang tepi, baca dinding lrt tu pat lima puluh kali. Sampai lah akhirnya mata gua turun balik pandang dia (dah tak boleh dielakkan).

Dem, dia dok senyum pandang gua!

Seperti biasa, gua dalam insiden-insiden seperti ini akan berubah menjadi bongok. Tetiba semua witty remarks macam kena padam dari otak. Hati kata say something! tapi otak takleh nak proses. Maka yang terkeluar dari mulut gua adalah

"Sorry kalau busuk sket. Just came back from the park."

Mamat tu senyum lagi, bukak mulut. Nak cakap sesuatu kat gua. Gua macam tak percaya. Dari gaya dia jungkin bahu, gua dapat bayangkan yang dia akan cakap takde hal lah dan kemudian proceed dengan perbualan riang ria sepanjang perjalanan ke Wangsa Maju yihaa


Tetiba makcik sebelah dia potong lebih awal --

"La, ingatkan mat indon tadi tu yang bau hapak."



Cilakakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!





Fuh, sib baik mimpi je.
Minggu depan nak kena bawak t-shirt extra lah.










4 comments:

dex said...

mimpi jadi kenyataan? hehe
ps: part berbual riang jela

mizzyN said...

Tshirt lebih x bawak xpe, penting pakai deoderen.

Ps: word verif butpree lol lol

azyze said...

Dex:
Hahahah ada2 je ko ni. Perjumpaan jadi ke?

Nadh:
ye itu wajib! hihihii

dex said...

perjumpaan itu selagi tiada follow up, aku assume tak jadi jek