Pages

Cerita kerja

Thursday, July 21, 2011

Semenjak semakin tua ni, masa semacam makin mencemburui. Makin lama benda makin pantas terjadi, waktu makin pantas berputar. Kalau dulu rasa macam makkkk aiiiii bila nak selesai 24 jam ni, sekarang ni kerusi baru nak panas tiba-tiba dah masuk maghrib. Macam tak menyempat-nyempat pula nak buat kerja, nak berjimba apatah lagi.

Mungkinkah itu tanda pengkerepotan jasad dan minda sudah bermula? Hahahahaha.

(Ye, sedar diri)


Dunia baru yang saya jejaki selepas meninggalkan kerusi empuk di Petaling Jaya sememangnya berbeza. Segalanya baru, segalanya mencabar. Mungkin kerana 5 tahun berkerja atas paksi dan perjalananan masa sendiri, 5 tahun duduk di hadapan komputer dengan tugas yang sungguh one man show telah menjadikan saya seorang anti-sosial berjaya yang cukup komplasen.

Bila menyertai syarikat yang langsung tak ada kena mengena dengan ruang lingkup hidup saya sebelum ini (dunia invesmen sememangnya TIDAK PERNAH saya suka mahupun pedulikan sebelum ini), segalanya terasa seperti tunggang terbalik. Dah lama tak berlari-lari anak ke sana sini, naik turun bangunan. Dulu duduk setempat perah otak untuk menulis, sekarang perlu kembali jumpa orang dan bermingle-bingle sambil menyerlahkan keperibadian terbaik sepanjang masa.




Yes uols, akaklah orang ittew! (muka kekwat)



Without the writer-licenced eccentricity, saya sekarang sudah diperbaharui menjadi wanita perhubungan awam yang meriah, pengketawa, kelakar dan sentiasa seceria budak dua tahun terlebih makan gegula. My Public Relations lecturers would be proud haha.


Tiba-tiba saya yang selama ini sempoi dan berpenampilan ikut sukati aku la pasal aku kerja dengan departmen kreatif sekarang sudah berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi setiap hari y'all. Dulu mungkin satu seluar slack boleh tahan 5 tahun, sekarang tiap-tiap hari pakai slack (sapa yang kenal saya memang tahu kebencian saya terhadap sebarang pakaian rasmi pejabat).







Kasut serius bersentuhan dominatrix yang murah nak mamps hahahah



Koleksi kemeja semakin bertambah, koleksi t-shirt seperti susut (mak dah kutip dan buang kah?) Kalau dulu balik-balik belek sneakers, sekarang nampak kedai kasut wanita je terus terkujat-kujat. Lama pulak tu survey kasut tumit tinggi, siap boleh fikir: eh, ni tinggi sangat tak nak buat naik turun tren. Perrrggghhhhhhhh gua dah jadi minah keletuk-keletak skang. Sib baik belum boleh pakai stilettos lagi. Kalau tak, terpaksa lah 'gua sempoi beb' tukar jadi "kitten heels, what's that?' hehehehe.


Yang paling kelakar sekali (well, kelakar lah bagi saya), ada seorang manager yang dengan yakin kata saya ni 'stylo and urban'. Gileeeeeeee ah! Saya? Saya yang dulu pakai seluar trek oren dan t-shirt Fila biru pergi kuliah dikatakan stylo? Saya yang dulu selalu pergi kerja pakai t-shirt Threadless kusam dengan jeans lusuh dan sneakers koyak ni urban?


Okay la, saya mengaku saya bukannya betul-betul subscribe to the whole corporate wear standards -- instead of stripes I wear checks, instead of pants suits I wear cropped sports jackets with bell-slacks, instead of blazers I wear black linen vests, instead of handbags and pretty briefcases I use a man bag, and instead of white, grey and blue I wear every other colour of the rainbow. Mungkin sebab tu la nampak lain sikit kot. Tapi sampai tahap 'stylo and urban', aish, belum lagi kot. I guess these financial people are very, er, financial lah hehehehhee








Man Beg yang super slim tapi ajaib gile










T-shirt zombi Threadless skang ni dah jadi workout shirt je. Ye, sekarang breakfast cereal okeh. Nasi lemak? Ape tu?Hahahahahah



I must admit though, I'm beginning to like this new world. Mungkin sebab dulu takut sangat dengan nombor, jadi saya yakinkan diri saya yang masuk dunia invesmen/perbankan ni memang akan membunuh. Sebenarnya tak lah membunuh mana sangat pun. Mungkin etika dan cara berkerja tu lain, serta perwatakan mereka berbeza dari dunia gila-gila kreatif saya, tapi alhamdulillah setakat ini saya okay. Masuk bulan ke-4 ni, saya sudah berjaya pasang lagu-lagu gembira di komputer untuk 'hiburan' semua orang (yyeeaaaahhhh!), saya sudah berjaya menyesuaikan abang-abang dan kaka-kakak invesmen dengan pemakaian saya yang sedikit di luar kotak (haha) dan yang paling penting, sudah berjaya menyisipkan perkataan-perkataan jalanan di dalam perbualan seharian dengan boss tanpa rasa cuak mahupun terlebih berhati-hati.



(Gua ajar boss gua guna 'collabo' dan lampik. Gile kentang yyeeeaaahhhhh! Bulan depan gua terapkan 'dope' pulak lah heheeh)



(p/s: lampik = lambat pick-up)



Buat apa saya pindah tempat baru tapi nak bersedih, beza-membeza, stress... kan? I'm here to learn, and learn I shall. Kat sini banyak orang-orang power yang buat saya rasa kerdil dan segan dengan tahap kebijaksanaan saya yang almost zero ni, tapi environment yang produktif, teamwork tanpa mengenal batasan dan keterujaan berkerja demi kejayaan membuat saya rasa cukup bersemangat ke pejabat setiap hari.


Walaupun sakit otak sikit kerana birokrasi dan kegomenan sesetengah benda, saya gembira sebab banyak benda yang dulunya saya tak dapat nikmati, termakbul kini. Contohnya, balik rumah sebelum matahari hilang, tiap-tiap malam dapat makan malam dengan mak bapak (instead of balik terus koma) dan sudah ada tenaga dan masa untuk 'me time'. Bagi orang yang asyik terperap di opis buat kerja sampai malam-malam buta, this change is best woh.

4 comments:

dex said...

positive. i like. *clap clap*

azyze said...

dex:
tengkyu tengkyu :)

Anonymous said...

seluar oren & baju sejuk fila?
macam pernah berkawan dengan lembaga tu kat uitm dulu... hahaha..

azyze said...

anon:
siapakah kamu?
oh em gi ada orang uitm yang baca blog ini? huiyooo hahaahhahaah!

kenalkan diri beb :)