Pages

electric!

Thursday, July 28, 2011

Half filled but Damnit the crowd is the shizz!

Harimau Malaya we're with u!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Set fire to the rain

Wednesday, July 27, 2011

Adele kata:

Jadi aku nyalakan api pada rerintik hujan
Dan ku biarkannya membasahi saat ku sentuh wajahmu
Peritnya membakarmu, ku tangisi


Sekian.

Cerita kerja

Thursday, July 21, 2011

Semenjak semakin tua ni, masa semacam makin mencemburui. Makin lama benda makin pantas terjadi, waktu makin pantas berputar. Kalau dulu rasa macam makkkk aiiiii bila nak selesai 24 jam ni, sekarang ni kerusi baru nak panas tiba-tiba dah masuk maghrib. Macam tak menyempat-nyempat pula nak buat kerja, nak berjimba apatah lagi.

Mungkinkah itu tanda pengkerepotan jasad dan minda sudah bermula? Hahahahaha.

(Ye, sedar diri)


Dunia baru yang saya jejaki selepas meninggalkan kerusi empuk di Petaling Jaya sememangnya berbeza. Segalanya baru, segalanya mencabar. Mungkin kerana 5 tahun berkerja atas paksi dan perjalananan masa sendiri, 5 tahun duduk di hadapan komputer dengan tugas yang sungguh one man show telah menjadikan saya seorang anti-sosial berjaya yang cukup komplasen.

Bila menyertai syarikat yang langsung tak ada kena mengena dengan ruang lingkup hidup saya sebelum ini (dunia invesmen sememangnya TIDAK PERNAH saya suka mahupun pedulikan sebelum ini), segalanya terasa seperti tunggang terbalik. Dah lama tak berlari-lari anak ke sana sini, naik turun bangunan. Dulu duduk setempat perah otak untuk menulis, sekarang perlu kembali jumpa orang dan bermingle-bingle sambil menyerlahkan keperibadian terbaik sepanjang masa.




Yes uols, akaklah orang ittew! (muka kekwat)



Without the writer-licenced eccentricity, saya sekarang sudah diperbaharui menjadi wanita perhubungan awam yang meriah, pengketawa, kelakar dan sentiasa seceria budak dua tahun terlebih makan gegula. My Public Relations lecturers would be proud haha.


Tiba-tiba saya yang selama ini sempoi dan berpenampilan ikut sukati aku la pasal aku kerja dengan departmen kreatif sekarang sudah berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi setiap hari y'all. Dulu mungkin satu seluar slack boleh tahan 5 tahun, sekarang tiap-tiap hari pakai slack (sapa yang kenal saya memang tahu kebencian saya terhadap sebarang pakaian rasmi pejabat).







Kasut serius bersentuhan dominatrix yang murah nak mamps hahahah



Koleksi kemeja semakin bertambah, koleksi t-shirt seperti susut (mak dah kutip dan buang kah?) Kalau dulu balik-balik belek sneakers, sekarang nampak kedai kasut wanita je terus terkujat-kujat. Lama pulak tu survey kasut tumit tinggi, siap boleh fikir: eh, ni tinggi sangat tak nak buat naik turun tren. Perrrggghhhhhhhh gua dah jadi minah keletuk-keletak skang. Sib baik belum boleh pakai stilettos lagi. Kalau tak, terpaksa lah 'gua sempoi beb' tukar jadi "kitten heels, what's that?' hehehehe.


Yang paling kelakar sekali (well, kelakar lah bagi saya), ada seorang manager yang dengan yakin kata saya ni 'stylo and urban'. Gileeeeeeee ah! Saya? Saya yang dulu pakai seluar trek oren dan t-shirt Fila biru pergi kuliah dikatakan stylo? Saya yang dulu selalu pergi kerja pakai t-shirt Threadless kusam dengan jeans lusuh dan sneakers koyak ni urban?


Okay la, saya mengaku saya bukannya betul-betul subscribe to the whole corporate wear standards -- instead of stripes I wear checks, instead of pants suits I wear cropped sports jackets with bell-slacks, instead of blazers I wear black linen vests, instead of handbags and pretty briefcases I use a man bag, and instead of white, grey and blue I wear every other colour of the rainbow. Mungkin sebab tu la nampak lain sikit kot. Tapi sampai tahap 'stylo and urban', aish, belum lagi kot. I guess these financial people are very, er, financial lah hehehehhee








Man Beg yang super slim tapi ajaib gile










T-shirt zombi Threadless skang ni dah jadi workout shirt je. Ye, sekarang breakfast cereal okeh. Nasi lemak? Ape tu?Hahahahahah



I must admit though, I'm beginning to like this new world. Mungkin sebab dulu takut sangat dengan nombor, jadi saya yakinkan diri saya yang masuk dunia invesmen/perbankan ni memang akan membunuh. Sebenarnya tak lah membunuh mana sangat pun. Mungkin etika dan cara berkerja tu lain, serta perwatakan mereka berbeza dari dunia gila-gila kreatif saya, tapi alhamdulillah setakat ini saya okay. Masuk bulan ke-4 ni, saya sudah berjaya pasang lagu-lagu gembira di komputer untuk 'hiburan' semua orang (yyeeaaaahhhh!), saya sudah berjaya menyesuaikan abang-abang dan kaka-kakak invesmen dengan pemakaian saya yang sedikit di luar kotak (haha) dan yang paling penting, sudah berjaya menyisipkan perkataan-perkataan jalanan di dalam perbualan seharian dengan boss tanpa rasa cuak mahupun terlebih berhati-hati.



(Gua ajar boss gua guna 'collabo' dan lampik. Gile kentang yyeeeaaahhhhh! Bulan depan gua terapkan 'dope' pulak lah heheeh)



(p/s: lampik = lambat pick-up)



Buat apa saya pindah tempat baru tapi nak bersedih, beza-membeza, stress... kan? I'm here to learn, and learn I shall. Kat sini banyak orang-orang power yang buat saya rasa kerdil dan segan dengan tahap kebijaksanaan saya yang almost zero ni, tapi environment yang produktif, teamwork tanpa mengenal batasan dan keterujaan berkerja demi kejayaan membuat saya rasa cukup bersemangat ke pejabat setiap hari.


Walaupun sakit otak sikit kerana birokrasi dan kegomenan sesetengah benda, saya gembira sebab banyak benda yang dulunya saya tak dapat nikmati, termakbul kini. Contohnya, balik rumah sebelum matahari hilang, tiap-tiap malam dapat makan malam dengan mak bapak (instead of balik terus koma) dan sudah ada tenaga dan masa untuk 'me time'. Bagi orang yang asyik terperap di opis buat kerja sampai malam-malam buta, this change is best woh.

I love u more than this

Wednesday, July 20, 2011

Albeit looking cheerful in the office, I was really feeling down last week. No appetite, feeling awfully shitty and just, well, brokenhearted.

(Tapi I kan pandai berlakon haha)

Without really explaining to anyone, I'd somehow managed to send some signals to my beloved Vouchers of my predicament, sebab out of nowhere they all started calling me up and ask me what's wrong etc. At that time I didn't feel like (couldn't bring myself to, actually) talking to anybody so I kept quiet and kept replies to a minimum. Safe to say, my Vouchers didn't really knew what was going on.

But they cared.

Monday afternoon came this beautiful bouquet of roses and sunflowers! Such an amazing surprise, babes! Memang aku tak jangka langsung and I'm really-really touched.

Thru thick n thin, happiness and heartaches, korang tetap ada right next to me, if not physically then spiritually lah.


Big hugs sayang-sayangku.
May our friendship stay as beautiful till the end of our lives.

I love you guys so much!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Ego boosting trip

Thursday, July 14, 2011

Nothing like a good Kanye album to start your day.
I need all the douchebagness I can get today :)

Have a great day, f**kers!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Gitar hollow

Wednesday, July 13, 2011

Adik saya pernah cakap, kalau time nak bercinta tu, pergh asal dengar lagu je mesti boleh immediately relate dgn diri sendiri.

Saya angguk-angguk je. Masa tu whatever lah.

Sekarang ni?
Saya terdiam bila dengar lagu Adele, Chasing Pavements.

Padan muka.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Macam?

Tuesday, July 12, 2011

After a drought,
I'm once again flooded with wonderful 'dreams', night by night.

I would rise up all ready, perky and happy. Deliriously singing-in-the-train kinda happy.
By 4pm, I'd be struggling not to fall asleep, bacause believe it or not, my wonderful dreams are very very tiring. It's such a rush of crazy psygedelic lingo that seeps away my strength. It's so intense I might as well be awake thru the whole thing instead of 'resting'.

But I'm not complaining.

Thank you god. Thank you, special someone.

Looking forward to more dreaming gigs with you.





ps: The days of going more than 36 hours without sleep is officially over. I feel like a decrepit 70 year old that needs to hibernate, or suffer from hallucinations. Zombi gile.

pitam

Sunday, July 10, 2011

Semalam tengah best punya tido, tetiba sms masuk.

Nombor tak kenal.

"Thanks for the lap dance, babe."

Eh, sapa pulak?
So aku balas

"Sama-sama. Lepas ni kita cuba khatamkan satu juz lagi ok."


Pastu aku terus tido balik.
Takde reply dah hehe.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Punggah!

Friday, July 08, 2011

Fergie Ferg pun basah ketiak okay




Sekarang ni gua make a point untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu during workdays, pastu weekends gua terkinja2 menghiphop dance kan diri gua kat umah. Nak get back in shape balik ni punya lah payah. Terutamanya sebab gua memang tak pernah fit pun rasanya haha. Orang berbekalan bahan bakar simpanan tahap ajaib macam gua ni, fuish, memang terkedek-kedek la. Setakat ni gua brisk-walking ngan buat medium intensity cardio workout je. Nak jogging beriya-ya tu rasanya, weh, jangan lah mengada-ngada nak adventurous sangat. Kang semput kat KLCC park tu, sapa pulak la nak usung gua kan :P


Al-kisahnya,

Semalam gua sempat la buat a few rounds sebelum matahari melabuh tirainya (chewah). Kemudian, dari KLCC Park tu gua jalan je pegi LRT Ampang Park. Kebiasaannya memang by the time gua balik tu, peluh dah mencurah-curah macam air terjun di musim monsun. Baju dah basah depan belakang, rambut dah melekit-lekit kusut macam buat workout 4 jam haha. Tapi memandangkan tempoh gua dalam tren tak sampai 20 minit, gua redah je.

Masuk tren, gua berdiri depan mamat yang sungguh lah kacak. Kebetulan pulak. Perlu ke time tengah serabai lah tren ni nak penuh? Disebabkan gua sungguh penat dan gua juga tahu gua dah macam mak lampir, maka gua pun buat-buat tak perasan la kekacakan mamat tu. Gua pandang atas, pandang bawah, pandang tepi, baca dinding lrt tu pat lima puluh kali. Sampai lah akhirnya mata gua turun balik pandang dia (dah tak boleh dielakkan).

Dem, dia dok senyum pandang gua!

Seperti biasa, gua dalam insiden-insiden seperti ini akan berubah menjadi bongok. Tetiba semua witty remarks macam kena padam dari otak. Hati kata say something! tapi otak takleh nak proses. Maka yang terkeluar dari mulut gua adalah

"Sorry kalau busuk sket. Just came back from the park."

Mamat tu senyum lagi, bukak mulut. Nak cakap sesuatu kat gua. Gua macam tak percaya. Dari gaya dia jungkin bahu, gua dapat bayangkan yang dia akan cakap takde hal lah dan kemudian proceed dengan perbualan riang ria sepanjang perjalanan ke Wangsa Maju yihaa


Tetiba makcik sebelah dia potong lebih awal --

"La, ingatkan mat indon tadi tu yang bau hapak."



Cilakakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!





Fuh, sib baik mimpi je.
Minggu depan nak kena bawak t-shirt extra lah.










For real

Wednesday, July 06, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.5

Awas, tapir melintas

Monday, July 04, 2011

Sekembalinya dari mimpi panjang saya, ada perubahan kecil yang saya buat pada wajah blog ini.


Sebenarnya korang tengok kat description header tu pun korang dah boleh tahu kenapa blog ni bertukar wajah, tapi rupanya ada gak yang tak paham-paham jadi perlu rasanya saya cetakkan disclaimer dan clarification ringkas sebelum saya membebel panjang dalam post-post yang akan datang.




  1. Warna kat blog ini tak ada kena mengena tentang perarakan sekumpulan manusia yang nak menyucikan apa yang kotor tu. Ia sekadar presentation baru yang separuh semangat baru separuh lagi renjatan elektrik bersulam keterujaan tengok police crime tape mengelilingi rumah jiran anda yang nerd dan skema.

  2. Skin hitam dengan header radio boom box old school tu dah hampir setahun usianya. Masa untuk take a break, ambil semangat baru... tapi rasanya header itu akan kembali, cuma belum tentu dlam bentuk apa jelmaannya :)

  3. Tulisan blog ni ada guna 'aku', ada guna 'saya'. 'Aku' digunakan bila saya menulis untuk orang-orang seangkatan dan seumur dengan saya, audiens yang lebih relateable dengan diri saya yang dah di hujung dekad kedua ni. Saya digunakan bila menulis dengan umum, maknanya entri yang lebih meluas, dari budak sekolah sampailah nenek isap rokok tembakau boleh baca. Bahasanya lebih teratur, tak terlalu pasar. Gua? Well, gua dan iols duduk di platform yang lain sikit, tapi lain kali saja lah saya cerita.


    Ada paham?