Pages

Aku ni macam AF ke?

Wednesday, May 18, 2011

Mungkin sebab aku ni nampak selekeh kot.

Dulu rambut kenteng kusut, cantik kejap masa rebonbon, skang dah kusut balik.

Kalau keluar pakai, jeans ngan t-shirt bodoh je.

Muka pun macam blur.

Tak cantik dan tak beriya-iya nak cantikkan diri dengan mekap lima kati (perlu lima kati sebab hodoh, kan).

Tona muka tak rata.

Tak ada boyfriend (nampak sangat takde sape yang nak).

Bila panas je terus berpeluh macam pasang paip kat tengkuk.

Gelak bunyi dorky gila.

Kengkadang beli & pakai baju bundle.

Takde cita-cita nak pakai barang branded, even brand bebudak macam Guess. Slamba je pakai kasut ngan beg Vincci (kengkawan aku kata "Ergh, kasut Vincci sakit gile. Better Clarks!")

Tak letak standard yang tinggi dalam penerimaan hadiah dan memang tak kesah kalau orang bagi walau sebiji epal je pun. (jadi kengkadang kengkawan rapat aku sendiri pun bagi aku bende-bende ntah pape seperti hadiah cliche frame gambar mahupun baju yang diroang beli pastu tak muat so bagi aku, boleh?)

Rumah duduk sekarang pun macam tak rupa rumah.

Lebih suka duduk kat rumah tengok TV dan layan buku-buku dari keluar mengaktifkan diri (ada kawan sampai nak tarik rambut pikirkan kenapa aku tak sangap duduk rumah)

Tak gila beli perfume.

Tak pernah pergi cuti-cuti rehatkan diri dua tiga kali setahun.

Tak ada lesen kereta.

Tak kesah je ulang alik naik tren, kerja dekat tempat jauh pada kadar bayaran gaji yang di bawah strata kebanyakan selama 5 tahun.








Sebab tu ke kengkadang, dalam perbualan seharian, bila aku mention sesuatu in passing, orang (even kengkawan aku sendiri) ibarat diberikan kezutan after kezutan after kezutan?


(bayangkan muka Aznil terkenyeh besar yang gila fake)




Contohnya,
Terkezut! bila aku termention yang aku pun banyak tidur dari belajar tapi nasib baik purata GPA aku sepanjang kat uni dulu lebih kurang 3.5


Terkezut! bila diorang mula-mula dapat tahu yang aku dah beli rumah a few years ago.


Terkezut! yang akhirnya aku dapat kerja dekat tempat yang agak reputable dengan gaji yang alhamdulillah boleh tahan.


Terkezut! yang aku ada a few working clothes from Marks & Spencer (roll eyes. marks&spencer je pun, korang pakai Zara etc aku tak pulak kata apa, kan?)


Terkezut! Sebab sekali-sekala aku teman diorang pergi shopping aku boleh bagi diorang fashion advice macam match belt dengan tunic bla bla bla walaupun aku sendiri tak fashionable langsung.


Tergezut! "Nuks, apasal ko ada baju cantik ni?" seolah-olah aku ni tak layak pakai baju yang cantik. Atau mungkin pelik pasal aku beli baju cantik pasal bukan ke aku ni minah selekeh.


Terkezut! aku tau benda-benda trivial yang diorang tak tahu; macam perihal planet-planet, laporan bencana alam yang up to date, sejarah Melayu & benua lain, cerita mumia Egypt sehinggalah penggunaan bahasa pondan terkini.


Terkezut! sebab bila setiap kali diorang tanya soalan "Wah, cemana ko tau semua ni?" atau "Ko boleh tahan up to date gak ek", aku jawab "National Geographics dah banyak kali ulang show tu". Ataupun bila dah banyak kali sangat diorang tanya statement nyakitkan hati yang macam la aku ni bodoh sangat, aku tepekkan je "Ko pernah dengar tak 'banyak membaca, luas pandangan?"







Mungkin la kot, aku ni macam AF. Nasib baik takde sorong beg buang ahli.









p/s: Aku tak pms. cuma ntah, dah sampai tahap gelegak dah kot. Atau mungkin aku dah mula jadi whiny macam some people I know jugak. Damn, gotta get my mojo back.

9 comments:

mizzyN said...

sentaps sudah mari hahhaa

rasanya mcm boleh berterima kasih bila ada jenis yang bercakap benda2 tak disangka2 pasal kita kepada kita. the bonus ialah sekurang2nya kita tau apa orang fikir pasal kita kan.

azyze said...

mizzyN:
Not sentap, terasa. Sentap is marah & diva, terasa is kecewa. Not bad enough to start throwing hissy fits, but boleh kata hati terluka sikit la.

all this time bila orang komen bende2 kat aku, aku terima je. Personally I've always refrained myself from being too blunt like "Ko hodoh siot" or "Aku rasa ko ni suka beli baju two sizes smaller la" or things like that pasal a.that's just mean & b.the people around me are pretty sensitive. The thing is, they're sensitive tapi langsung tak sensitif terhadap people's feelings. So I get these kinda statements. Once in a while, okay, tapi kalau tiap2 kali jumpa?
(Maybe pasal aku selalu refrain fr saying anything membuatkan they think it's alright to simply bomb me kot?)

Aku telan dan terima, babe, like, maybe it's who they are, they can't help it. But semenjak dua menjak ni aku semakin frustrated and I noticed that I'm taking it out on the people that mean most to me: my siblings. Aku frust, bende sikit2 pun aku cepat marah kat diorang. Not fair kan.

So tu yang nak kena vent the anger elsewhere.

And yup, aku dah boleh expect a few people to butthurt bigtime kalau diorang baca ni. Whateves. Aku selalu sangat jaga hati orang.

maddy said...

dear,in many ways, i admire you, do you know that? kau pada aku macam kamus bergerak, national geographic "live" and i know i can refer to you (mostly from your writings) about random things coz. kau maca, "mis -know-it-all" pada aku. kau antara kawan2 yang aku suka jadikan reference in my life (i've less than 5 friends yang aku jadikan kawan2 reference) . i like to read your opinions about life.best!...so pls dear, don't let other people bring you down okeh coz you know that you, like other people, deserve to have great things in life.those people yang cakap :"benda2" tu tau yang diorang cannot compete with you in terms of ways of thinking and giving opinion (any many more), so they will find ways to make you feel like you're no body. i hate people like that. really hate them.

azyze said...

Aww Madd....*misty eyes*

mizzyN said...

awww ini la yang aku nak refer ni.

http://blogs.psychcentral.com/therapist-within/2010/08/opening-the-window-to-your-heart-and-what-you-might-see-through-it-part-2/

ok so, ppl's opinion kenot be helped. i remembeh when my sister x puas hati when i started romancing my bf 7 years ago. she was like "u the person who likes to draw and hermited ye self in the room, how come u now in love. u kenot be in love, you kenot."

yeah and she's the one who made me today still terasa but go to hell la ko masyarakat, apa ko nak kata pun.

yeah, and continue to vent yer feelings here darl sbb when you start hurting ppl around you that isn't good at all. better to be bitchy here than hurting the people around you.

azyze said...

Thanks Nadh. Tu la, ko pernah cakap kat aku that toxic friends ni mmg better tak kawan dari simpan but sakit ati. Aku ni Yang devil, sayang sgt diorang.

Perlu muhasabah diri la...

Btw cinta jodoh tu rezeki. Dah rezeki ko, duduk dalam gua pun kawen gak. Macam aku maybe takde rezeki lg. Tak Patut tul your sis...

My name starts with M said...

aku terkezut! masa kau buang bulu roma guna pisau dapur. hahahhaha.

epic!

roxychick said...

"The thing is, they're sensitive tapi langsung tak sensitif terhadap people's feelings."

i like that. konon sensitif tapi bila cakap hal orang, selamba diaaa je..

selalu ada dalam kelompok orang yang macam tu *wink! wink!*

eh, tapi gua takdelah terasa, tapi KALAU ada apa yang gua penah buat kat lu sampai lu terasa tapi gua sendiri tak perasan.. mintak maaf babe! :)

*hugs*

azyze said...

Mas:
Hahaha siot je. Aku x ingat sgt kejadian tu tapi aku mmg merepek dari dulu, ek? Haha

Roxy:
Naahhh, kalau lu, gua cakap je haha