Pages

Andainya ini twitter, I memang fail sebab I tak pandai rumusan

Friday, April 08, 2011

Adalah sorang mamat kat opis saya ni, nampak macam biasa je. Dua kali tengok, nampak macam tak bermaya je, macam orang kurang nutrisi pun ada gak.


(orang terlebih nutrisi macam saya memang kengkadang 'concern' tengok orang camni hehehe)


Alkisahnya, mamat ni pada impresi pertama memang kelihatan macam seorang pendiam. Sedikit serius, sedikit dreamy... macam dia hidup dalam dunianya sendiri. Ini taklah begitu memeranjatkan sebab orang yang berkerja di bahagian kewangan selalunya kurang colourful. Oppp opppp kalau ada financial people yang baca ni, jangan terasa. I don't mean it in a bad way. Anda dicipta kurang colourful sebab perlu lebih skema untuk handle kewangan. Dapat kat orang macam saya, memang jahanam haha.


Back to the mamat.

Kitorang sekarang ni tengah ada beberapa sesi induksi / familiarization dengan setiap bahagian, jadi budak-budak baru macam saya dan dia terlibat sama. Bila presenter bercakap di depan, dia nampak macam mengelamun. Kadang-kadang dia sibuk bercakap dengan orang lain. Kadang-kadang muka sungguh thoughtful walaupun tajuknya adalah lokasi pemadam api di dalam bangunan.


Tapi, bila sekali sekala dia buka mulut, LAWAK GILA KELAKAR TAHAP KERIANGAN CHICKEN WING PASAR MALAM!



Muka straight gila macam dia sekadar melontar pendapat atau mengaju soalan, tapi perkataan yang keluar tu kelakar kentang!

Contohnya, VP HR kata Emergency Leave atas alasan bodoh seperti ikan mati tidak akan diterima sama sekali. Dalam penuh keseriusan, mamat tadi terus berkata (sambil tangan berada di dagu) "Oh, you tak sensitif lah. Ikan tu kira emergency kat dia,tu...kan,kan?" Semua orang gelak terbahak-bahak dengar statement dia, but wait, dia sendiri tak gelak! Selamba badak je dia tepet statement camtu kat presenter, pastu boleh muka kering je kembali ke dunia dia.



Sebagai seorang yang meminati bakat melawak bermuka kentang sebegini (macam AR Tompel dalam DoReMi), saya tau dia memang meant it as a joke dan bukannya serius. I guess everybody more or less knew that it was a joke too, cuma korang tahu tak situasi someone buat lawak, tapi dia tak gelak membuatkan korang pun tak sure. Eh, kelakar, aku dah tergelak tapi ni sepatutnya gelak ke tak?


Ada banyak lagi lawak-lawak yang dia selitkan sana sini tapi saya rasa situasinya terlalu kompleks nak dihuraikan dalam tulisan. I'm too animated for writing, I guess. *vley?*



Win.rar x1000!





Memang brengsek. Nampak macam serius tapi otak boleh tahan mereng jugak. I wonder if he too had his share of Din Beramboi cassettes and Whose Line Is It Anyway reruns and witty Brit stand-ups.


Ni ada beberapa hari lagi untuk induction, nanti saya nak berkenalan dengan dia. Adakah ini bermakna kemungkinan besar saya dah jumpa geng berotak absolutely mereng di dalam syarikat yang penuh dengan intelektual-intelektual skema? (Ya, mereka fun tapi mereka 'korporat')


Jawapannya.....selepas ini!


*Jalaluddin Hassan to look into camera, camera pans to audience* *cue theme song: Who Wants To Be A Millionaire*

6 comments:

dewajiwa said...

hehehe.
bukan witty tapi maybe dia jenis dark comedy punya taste. heh. intelligent punya style pun ada cuma pada kita yang tipkal dan skeptikal dengan orang yang kita tidak kenal, ianya agak kering. no juice but hillarious still.

azyze said...

dark ke tak tu, too early to kenalpasti.

lawak org intelek dengan lawak yang intelligent lain, bro. lawak intellectuals ni lebih berkisar business, working culture, korporat and usually jenis yang ha-ha. Lawak intelligent pulak lawak yang tak memperbodohkan pendengar mahupun penyampai, menyentuh pelbagai topik dan induces HAHAHA. cemana nak explain ni ek, errr... paham2 je lah.

arini encik kelakar chicken wing tak klakar langsung. maybe stressed atau more careful kot. atau mungkin aritu tu once in a blue moon occurance je kot :)

rose said...

gelaran yng diberikan pada student account dulu oleh lecturer fac lain adalah KOTAK / PEMBARIS...huhu

azyze said...

rose:
hahaha ak'ah, totally forgot that nickname. Kotak. Haha.

My name starts with M said...

i loike.... :)

azyze said...

sila jangan loike kerana takde pape nak di like kan mahupun di speku ;P