Pages

Kolaj hidup gua semenjak hari itu...

Tuesday, April 19, 2011

Accidentally clicking the Windows icon is driving me crazy.

I miss pressing Apple+ _______ (insert shortcut key here).



Wanted to buy a pair for meself, unfortunately they don't have any in size You-Wish!


The interior decor of Tajine Restaurant, Bukit Bintang is simply breathtaking. I'd love to get my hands on that suede-embossed wallpaper...





Just realized that this dude on my old and beaten tea flask looks eerily like Ritchie Rachman. The fact that I know Ritchie Rachman is proof that I am as decrepit as I feel *huhu*





The best milky, rich grean tea chocolate I've tasted, ever! Granted, it is a tad sweeter than I like, but it's not too bitter so friends can tolerate the taste. Nothing like sharing good stuff with the ones you love :)







Nasi Lemak Kukus Fullamak kat Taman Mesra, Kajang.Seriously terbaek. Pictured here, lauk sambal sotong & paru. If you're in the area, make sure you check out this stall, they serve delicious nasi lemak and mee/bihun sup. Yum!

(I'm off nasi again, so this is pure torture!)






My new office looks like a gallery. My first day, I was dumbfounded by the amazing pieces, hanging silently, a wealth of life experiences on canvases. I now dedicate 5 minutes to admiring them, a piece each day.






One of my favourite paintings. Freakin' delightful.





Buble was amazing! It's been a month since his concert @ Stadium Malawati Shah Alam, but I still the rush & high whenever I listen to his album on my ipod. Feels like I'm transported back to my very-very-far-from-stage- but-nonetheless-awesome seat. One of the best concerts, most def!





Heels are now a staple @ work. Serves me right, itu lah, dulu I used to be so high and mighty about my being able to go to work in sneakers. Now I can't even wear cute, funky tops. Corporate rat sangat.

Gile random #17

Angelina seksi makan strawberi dengan hiasan pottu extra ihsan dari pengarang surat khabar ini (agaknya).

Nasi lemak daun pisang,

Restoran Thurkah Taman Melawati.

Go 'head

Monday, April 18, 2011

During my university days, I was a strong supporter of the cetrom movement at Petaling Street. No, not the famous Petaling Street project... this was more like, a side project that benefited many of the 'opressed' sellers of PS. Yes, we are talking about the pirates of PS. I'm not really proud of my illegal activities, but back then I was a student with a non-existant budget for music, and working as a radio DJ at my university, we were encouraged to have vast knowledge on the spectrum of artistes across genres. So the next best thing, apart form downloading stuff were encik-encik cetrom. I did however had a conduct -- buy only international artistes' albums; they're filthy rich already, hehe.


When I started working, I pledged to put aside a budget for one local CD per month, it was my way of 'giving back' and 'washing away my sins' of sorts lah. That happened for a few months before I ran out of good acts to purchase. So I started collecting old albums of my fvourite artistes: M. Nasir, Sheila Majid...


It has been a long time since I bought any new album. The last ones were Faizal Tahir's and Hujan's debut albums (how long ago was that?).


Thankfully, a new singer got me excited about CD hunting again --Najwa's debut album, Innocent Soul.





After 2 unsuccessful scouts, I finally managed to purchase the album at Pavilion. It's currently spinning and I really dig her tunes.


I'll need to listen a lil' bit more, but will try to do a review of the album soon. See ya in a little while!


*take off shoes & relax*

Benda terpacul di minda

Wednesday, April 13, 2011

1. Kenapa lelaki Melayu yang dah berkahwin tak suka pakai cincin kahwin? Majoriti lelaki yang saya kenal mahupun tak berapa kenal, tak pakai pun cincin kahwin. As far as I know it is allowed in Islam, asalkan bukan emas kan? Nak kata tetiap hari kerja yang mengotorkan / susah, most of the people I know takde la pulak keje buruh ke, sembelih binatang tetiap hari ke. Apasal ek?

2. Rindu kat Mariah Carey versi lagu ballad macam zaman dulu-dulu. Sekarang ni dia balik-balik hiphop/pop gedik. For that matter, rindu nak dengar lagu-lagu Sharifah Aini macam dulu-dulu. Sekarang ni dia, er, dia, er... *bunyi cengkerik*


3. Saya rasa saya hanya akan hidup paling-paling pun lagi 10 tahun. It's just one of those things you feel & know yourself, y'know? Susah nak explain lah. Tapi kalau betul, well, you heard it first.


4. Percaya pada gerak hati vs. merisikokan kestabilan untuk masa depan yang mungkin menjahanamkan. Bagaimana & apa?


5. Seorang yang gembira dan kelihatan sentiasa optimistik pada semua, senang cerita a positive person that radiates happiness to all. Melankoli & kesepian di dalam jiwa. Normal, bermasalah atau ada Borderline personality disorder?

Andainya ini twitter, I memang fail sebab I tak pandai rumusan

Friday, April 08, 2011

Adalah sorang mamat kat opis saya ni, nampak macam biasa je. Dua kali tengok, nampak macam tak bermaya je, macam orang kurang nutrisi pun ada gak.


(orang terlebih nutrisi macam saya memang kengkadang 'concern' tengok orang camni hehehe)


Alkisahnya, mamat ni pada impresi pertama memang kelihatan macam seorang pendiam. Sedikit serius, sedikit dreamy... macam dia hidup dalam dunianya sendiri. Ini taklah begitu memeranjatkan sebab orang yang berkerja di bahagian kewangan selalunya kurang colourful. Oppp opppp kalau ada financial people yang baca ni, jangan terasa. I don't mean it in a bad way. Anda dicipta kurang colourful sebab perlu lebih skema untuk handle kewangan. Dapat kat orang macam saya, memang jahanam haha.


Back to the mamat.

Kitorang sekarang ni tengah ada beberapa sesi induksi / familiarization dengan setiap bahagian, jadi budak-budak baru macam saya dan dia terlibat sama. Bila presenter bercakap di depan, dia nampak macam mengelamun. Kadang-kadang dia sibuk bercakap dengan orang lain. Kadang-kadang muka sungguh thoughtful walaupun tajuknya adalah lokasi pemadam api di dalam bangunan.


Tapi, bila sekali sekala dia buka mulut, LAWAK GILA KELAKAR TAHAP KERIANGAN CHICKEN WING PASAR MALAM!



Muka straight gila macam dia sekadar melontar pendapat atau mengaju soalan, tapi perkataan yang keluar tu kelakar kentang!

Contohnya, VP HR kata Emergency Leave atas alasan bodoh seperti ikan mati tidak akan diterima sama sekali. Dalam penuh keseriusan, mamat tadi terus berkata (sambil tangan berada di dagu) "Oh, you tak sensitif lah. Ikan tu kira emergency kat dia,tu...kan,kan?" Semua orang gelak terbahak-bahak dengar statement dia, but wait, dia sendiri tak gelak! Selamba badak je dia tepet statement camtu kat presenter, pastu boleh muka kering je kembali ke dunia dia.



Sebagai seorang yang meminati bakat melawak bermuka kentang sebegini (macam AR Tompel dalam DoReMi), saya tau dia memang meant it as a joke dan bukannya serius. I guess everybody more or less knew that it was a joke too, cuma korang tahu tak situasi someone buat lawak, tapi dia tak gelak membuatkan korang pun tak sure. Eh, kelakar, aku dah tergelak tapi ni sepatutnya gelak ke tak?


Ada banyak lagi lawak-lawak yang dia selitkan sana sini tapi saya rasa situasinya terlalu kompleks nak dihuraikan dalam tulisan. I'm too animated for writing, I guess. *vley?*



Win.rar x1000!





Memang brengsek. Nampak macam serius tapi otak boleh tahan mereng jugak. I wonder if he too had his share of Din Beramboi cassettes and Whose Line Is It Anyway reruns and witty Brit stand-ups.


Ni ada beberapa hari lagi untuk induction, nanti saya nak berkenalan dengan dia. Adakah ini bermakna kemungkinan besar saya dah jumpa geng berotak absolutely mereng di dalam syarikat yang penuh dengan intelektual-intelektual skema? (Ya, mereka fun tapi mereka 'korporat')


Jawapannya.....selepas ini!


*Jalaluddin Hassan to look into camera, camera pans to audience* *cue theme song: Who Wants To Be A Millionaire*

Perut buncit? Dada Londeh? Jalan Terbongkok-bongkok? It's obviously not him!

Tuesday, April 05, 2011

Korang ni, senang sangat nak percaya media.




Kengkadang media tu bukannya betul pun. Macam-macam diorang boleh buat. Ingat susah sangat ke nak super-impose, nak distort, nak tukar itu ini?




Ramai sangat yang tengok 'bende panas' yang dah tersebar kat internet laju macam mat rempit lencong roadblock tu, dan masih percaya yang orang itu adalah dia. Weh, bukak mata sikit boleh tak?





Saya jarang nak cakap pasal benda-benda macam ni dalam blog, tapi rasanya dah tiba masa someone really stood up for him. Ini asyik nak fitnahhhhhhhhh je.



Fitnah tu dosa, dowh.

Percayalah cakap saya, memang bukan dia.





Memang bukan sangat sangat sangat ok.

Tak percaya, meh ni saya buat side by side comparison.










Hah, cuba bezakan! Mana ada sama! Nak menipu pun biar la lojik sikit....





Payah la hangpa nak jumpa cerita politik dalam blog ni hehehhe ;)

MM, HZ atay XX, mai tulis pasal ni, mai!

Monday, April 04, 2011

Saya rasa saya perlu mintak blogger popular untuk tulis pasal etika berLRT lah. Sebab pagi tadi saya hampir tolak orang keluar dari tren kerana bangang sangat hadang pintu keluar dan pekak badak nak mampus menyebabkan orang tak boleh keluar langsung dan bersempit hazab sampailah dah dekat bunyi pintu nak tutup baru lepas keluar. Memang sungguh ____________ (sila isi dengan carutan yang paling dekat di hati anda)

pertama kali! gambar azyze tanpa sensor!

Friday, April 01, 2011





Siapa kata Azyze tak wujud? Lakonan semata-mata? Tak baik tau uols ni.

Ni ha gambar iols. Dah puas hati?




Published with Blogger-droid v1.6.5