Pages

Someone Has To Say It Vol. 3

Friday, March 25, 2011

Edisi "Tatasusila LRT, plis!"


Seperti yang korang sedia maklum (atau mungkin baru nak dimaklumkan), aku tak berkereta, tak berlesen dan tak terpanggil seru untuk mencuri kereta bapak sendiri dan pergi joyride.


Untuk manusia 'melawan arus' macam aku, pengangkutan awam menjadi pilihan. Ia lebih marhaen, lebih 'down to earth', lebih gritty. Orang bawak kereta yang asyik mengeluh jam lah, traffic light rosak lah, air lopak besar lah semuanya obviously tak pernah merasa pengalaman berdiri 2 jam di dalam bas awam tak berpenghawa dingin dalam keadaan hujan lebat dan KL blackout.


Yes, I've been there and trust me, you drivers are pussies compared to us hustlers. *snickers*



Walau bagaimanapun,
itu tak bermakna orang naik kenderaan awam ni semuanya busuk, peluh longkang, rambut kusut, mulut motorbot dan lain-lain lagi stigma yang selalu orang-orang kaya kaitkan dengan 'golongan kurang berkemampuan'. Sekarang ni bas pun dah berhawa dingin. Baju trendi-trendi pun banyak yang dah murah. Kelmarin aku nampak mamat Indo rambut kerinting lampir naik LRT dengan steadynya pakai t-shirt Uniqlo. Taraf penampilan pengguna kenderaan awam sekarang dah jauh lebih senonoh berbanding dulu.




Malangnya penampilan tak bererti perangai.


Bukan semua, aku ulangi BUKAN SEMUA orang yang naik public transportation berperangai haram, tapi LRT tu macam magnet bagi attitude taik. Macam badi bola: orang yang paling sopan, pendiam dan berketerampilan pun, bila tengok bola apatah lagi dekat stadium, terus bertukar jadi gengster Pekida kelas bawahan.


So ni aku nak cerita sikit part-part paling menyampah pasal orang yang naik LRT. Rasanya dah bertahun menyimpan perasaan, so dah tiba masanya I let some steam off sebelum aku tolak je makcik-makcik ebok tu ke atas landasan masa train nak sampai.


(Lrt sebab aku naik LRT tiap-tiap hari. Tapi rasanya benda ni applicable untuk semua pengangkutan awam)





2 seat, satu bontot
Aku, kalau naik LRT, seboleh-bolehnya nak duduk di tepi dinding. Jika tidak pun, duduk berkepit sebab tak mahu makan ruang orang sebelah. Tempat duduk LRT memang agak kecil, dan bila yang duduk tu sama-sama auuummmm, maka paha akan berlaga dengan paha dan bahu main gesel-gesel. Tak syoklah gitu, tapi itu hakikat 'berkongsi kenderaan' so redha ajelah.


Masalahnya, ada lahabau-lahabau yang dengan konfiden ambik sampai 2 seats. Kalau dia gemuk sangat, tak apa jugalah, tapi ni satu seat dia duduk, satu lagi beg dia. Aiikkk, kau beli tiket untuk 2 orang ke? Tak? Kalau tak sila angkat beg kau dan peluk/bubuh di lantai sebelum bontot aku dengan konfiden juga penyekkan beg kau.






Rupanya orang Singapura pun ramai yang bangang jugak. Gambar kaki cantik otak zero ini dari stomp.com.sg





Kalau bawak beg besar (beg balik kampung/suitcases), tolonglah pergi duduk atau berdiri di bahagian tengah tren supaya beg boleh diletakkan di kawasan yang tak mengganggu orang. Orang dengan baggage cenggini sepatutnya hanya dibenarkan berada di kawasan pintu jika stop dia dah nak sampai. Kalau naik kat Kelana Jaya tapi nak turun kat KL Sentral, sila beradab sikit, ye.






Stesen radio bingit
Ya, kau ada telefon gempak. Ya, kau rasa kau lain dari yang lain. Ya, kau memang hip dan best gila. Tapi itu tak bermakna aku nak sama-sama dengar siaran lagu-lagu mp3 download haram kau.


Speaker di telefon bimbit tu untuk kegunaan peribadi, bila kau di rumah atau di kawasan persendirian. Tak payahlah baik hati sangat nak menghiburkan kitorang dengan irama lagu-lagu kau tu. Sekarang ni headphones dan earphones ciplak yang murah berlambak, pegi beli satu dan gunakannya dengan gembira, ya.


Oh, satu lagi. Kalau telefon berdering, sila angkat dengan kadar segera. Jangan jadi poser, handphone dalam tangan tapi saja buat-buat tengok skrin, tekan butang volume dan sebagainya untuk memanjangkan nada dering tu. Aku boleh dengar lagu Rihanna, Justin Bieber dengan Pussycat Dolls kat radio kalau aku nak, terima kasih. Jika tidak risiko henpon kau berkubur di bawah rel bertambah sehingga 90%.





Adik-adik, inilah iPhone adik-adik setelah Pak Ucu blendkan.
Pak Ucu namakan resipi ni iBlended uNangis. Best tak?













Kak, tren ni sampai KJ je, tak pegi Kutub Utara.
Sila kenalpasti lokasi disembarkation korang. Kalau jauh lagi dari destinasi korang naik, tolong lah masuk ke dalam sikit. Kalau lagi satu dua stesen nak sampai, tolonglah berada di kawasan berhampiran pintu.

Sebabnya? (Ini pun nak kena bagitau ke)

Bila peak-hours, orang ramai gila. Kalau naik kat hot spots macam Wangsa Maju & Masjid Jamek (untuk Putra lrt), Bukit Bintang (untuk monorel) atau KL Sentral (untuk komuter), peluang nak duduk tu ibarat Malaysia menang bola Piala Dunia. Mustahil. Jadi kalau destinasi masih jauh, bergeraklah ke dalam tren supaya orang lain boleh masuk. Ini tidak, kengkadang sampai serak suara mamat polis RapidKL tu cakap "Tolong masuk ke dalam, masuk ke dalam" tapi dia buat deeeekkkkkkk je.





Adam Duritz of Counting Crows pun ngok jugak rupanya. Selamba je block pintu sampailah ke stesen destinasi. Lepas tu kaw-kaw kena maki. Gambar dari Gothamist.com





Dan jika dah nak sampai, bergeraklah ke arah pintu supaya takde lah kau marah-marah bila orang tak perasan kau nak keluar dan kau terpaksa berselit-selit dan menolak-nolak untuk keluar kelak.


Kadang-kadang ada jugak kumpulan manusia bebal yang berdiri dekat pintu (bukan pilihan dia, tapi tren dah penuh sangat) tapi tak reti nak ke tepi bila dah sampai di stesen. Agak-agak la, bukan semua orang nak pergi stesen kau. Bila orang cakap "Excuse me" kuat sikit, tau pulak menjeling.






Apa kata ambik je terus paper/handphone I?!
Ak'ah Seman oiii, kome naik tren tak bawak apa-apa bahan hiburan, ye? Teringin nak tengok ape cheghite dalam suratkabor, ye? Boleh, tapi apekejadahnye kome menjenguk-jenguk sampai dagu dah nak memakok bahu teman?




Uolssss, bestnya benda yang uols baca ni!
Excitednya, nak baca lagi! *pakok bahu orang*



Kalau nak usha bahan bacaan orang pun, agak-agak la. Menjeling ke, jenguk sikit ke, tapi jangan la sampai tahap nak melenyek dada kamu dengan belakang orang tu. If you’re too intrigued with what’s being read, apa kata anda approach pembaca dengan sopan dan minta pinjam bahan bacaan tu sekejap. Most of the time orang akan bagi, asalkan anda pun berbudi bahasa dan pulangkan selepas beberapa minit (bukan pinjam sepanjang perjalanan!). Mungkin dari situ korang siap boleh buat kawan baru. Believe me, that’s way better than dok buat tengkuk tortoise tepi orang.


However, perbuatan macam tu tak boleh digunakan bila menjenguk handphone orang. Wait, WTF ARE YOU READING PEOPLE”S MESSAGES / SCREENS?

Handphone merupakan harta peribadi dan hanya orang kurang adab sahaja yang akan buat benda lahanat macam tu. Eavesdropping is bad enough, okay. Aku memang tak boleh blah betul kalau ada orang yang sibuk sangat nak tengok apa aku buat dengan phone aku.



Kengkadang ada gak terfikir, why are these smartphones so damn reflective… tak payah berdiri sebelah aku pun boleh jadi penyibuk. I once caught a person squinting at me from a few meters away because he was watching me play a game through the reflection on my eyeglasses! Yes, WTF REFLECTION PUN KO NAK TENGOK???!!!!





*Calm down. Deep breath. Okay, enough shouting*





Jadi korang-korang,
Jadilah orang yang lebih berhemah dan bertimbang rasa setiap kali korang menaiki pengangkutan awam.


Nak berhemah sepanjang masa memang susah dan akan menampakkan korang seperti poyo gila, manakala tak berhemah langsung memang jahanam. Apa kata mulakan dengan courtesy di dalam pengangkutan awam. Lama-lama, ia akan menular dalam kehidupan seharian dan mak bapak korang dah takde alasan nak kata korang ni kutu haprak yang takde masa depan dan ngabihkan bogheh yo, kan?

2 comments:

Nad is me. said...

We have that all the time too. Kat sini tak cukup dengan maki, dengan feeling drama tamil pun ada. Har har har.

http://www.youtube.com/watch?v=63NSt9tiY7o

Layannnn.

Selamat datang ke Singapura. Lols. :p

azyze said...

Nad:
Sib baik we're not corrupted enough to have thugs on the train macam kat NYC. Selamba je masuk train with spray paints, kencing dalam train etc.

p/s: rasa macam nak nyanyi lagu tamil pun ada gak hehehe