Pages

Perihal hambar & syukur

Tuesday, March 08, 2011

Kelmarin, bangun pagi sungguh sukar. Hati terasa berat hendak ke pejabat, entah kenapa. Sterika baju pun lambat, mandi pun macam tak segar-segar, mekap sekadar tangkap muat dalam perjalanan ke pejabat, naik lrt bermuka toya, niat nak jalan dari KLCC ke pejabat dibatalkan atas sebab perasaan gundah lantas terus naik teksi di Ampang Park, sampai di pejabat terus duduk, tak ada hati turun ke bawah beli sarapan, mood hambar,



inilah rupanya perasaan Monday Blues.



Percaya atau tidak, kelmarin adalah hari pertama saya mengalami Monday Blues. Selama hampir 6 tahun berkerja, tak pernah sekali pun saya rasakan toya seteruk kelmarin. Kusut, malas, lembab, semuanya ada.


Duduk di pagi yang sunyi di hadapan komputer, saya lihat sekeliling dan terasa sungguh asing sekali. Saya seperti orang asing, semuanya di sini asing bagi saya, saya rindukan rutin dan suasana di tempat kerja lama.

Suasana tidak hingar bingar di sini. Tidak ada orang berjalan kehulu hilir, tidak ada lagu rock kapak berselirat dari pelbagai komputer, tidak ada borak pagi dengan rakan sebelah kubikel, tidak ada sesi sarapan dari rumah, tidak ada jerit-jerit kejar deadline, tidak ada video streaming, tidak ada panggilan berdarah dari counterpart di Filipina, tidak ada menulis perihal gincu dan haruman dan coli, tidak ada lawak P.Ramlee.

Tidak ada.


Barulah saya terperasan, saya 'officesick' rupanya.

Hampir menitik air mata bila kesedaran itu datang, memang saya rindu tempat lama rupanya. Semuanya lain di tempat ini. Bukannya saya mahu banding-membanding, tapi suasananya agak obvious untuk tidak merasa janggal.

Just one week and I'm already feeling shitty? Or is it only been one week, so of course I'll feel shitty? Saya sendiri keliru.

Mujurlah emel penenang datang dari sahabat-sahabat lama. Tengahari menjelang dan saya mula rasa okay sedikit demi sedikit. Lewat petang perasaan itu seolah pudar sama dengan hujan lebat di kota Kuala Lumpur. Berhentinya hujan, berhentilah rasa itu, saya pulang dengan hati yang ringan, berjalan kaki dari pejabat ke KLCC walaupun bertumit tinggi. (tetap berpeluh macam lari marathon)








Pagi ini ketenangan bersambung lagi, dan disahut oleh status seorang kenalan di FB:



"Syukur kadangkala lebih tinggi makamnya dari sabar. Ramai orang terpaksa bersabar tapi belum tentu dapat nikmat syukur."







Alhamdulillah.





Memang sesuatu yang tidak menyenangkan memerlukan kesabaran. Patience and perserverance will get you to places you've never dreamed of. Thankfullness will bring you closer to accepting who you are. Rasanya itulah yang saya perlukan. Sabar, tidak berputus asa dan bersyukur.








Syukur kerana


Saya masih ada kerja. Ramai yang cuba cari kerja namun nasib tak menyebelahi mereka. Alhamdulillah.

Saya ada keupayaan untuk menentukan sendiri penghijrahan saya. Ramai yang saya kenal, terpaksa meninggalkan jawatan kerana 'sebab-sebab pentadbiran' dan kewangan syarikat. Saya pula, sendiri yang memilih untuk berhijrah ke tanah baru demi memenuhi keperluan kewangan. Alhamdulillah.


Saya berkeupayaan membeli aset sendiri, walaupun sedikit sendat kewangannya. Ini antara mimpi lama dan ia sudah menjadi realiti. Walaupun banyak mimpi yang belum dapat dicapai, sekurang-kurangnya saya ada sesuatu. Alhamdulillah.


Saya ada kumpulan manusia yang tak henti menyokong pembaharuan dalam hidup saya ini. Keluarga dan rakan-rakan yang tak jemu member sokongan dan nasihat. Alhamdulillah.



Mulai hari ini saya akan cuba lebih bersyukur dan kurang bergundah.




Petang ni jalan kaki balik lagi, jom!

p/s: 35 minit dari pejabat ke KLCC vice versa. Kalau tak susut jugak donat-donat ni, tak tau lah!



2 comments:

dewajiwa said...

setuju.
officesick wujud bila kita terlalu lama di zon selesa. perubahan adalah dugaan untuk refresh kita punya ability dan supaya hidup tidak rasa statik.

azyze said...

Dewajiwa:
True, true. Masa untuk berubah tak mudah tapi harus untuk maju ke depan.

BTW, thanks for stopping by.