Pages

Kisah kerajaan langit

Thursday, March 10, 2011

Sesetengah 'rakyat' memang tak sedar untung. 'Kerajaan' dah bagi rumah, pakaian, siap makan pun 'kerajaan' bagi duit tetiap hari. Pastu nak kemudahan, puuunnn dah bagi, jangan la abuse it. Memang la 'menteri-menteri' redha pasal tu tanggungjawab diorang, tapi jangan la ambik kesempatan.

Dah besar panjang pun masih tak kisah jadi 'tanggungan & bebanan' ke? Kalau jadi 'rakyat' yang bayar cukai, takpe le jugak nak banyak cekadak, tapi ni 'cukai tenaga' pun sekali sekala, apatah lagi 'cukai kewangan'. Malu dowh.

Sudah-sudah lah tu. Jangan pikir "apa lagi yang aku boleh mintak kat 'menteri-menteri' ni", tapi sekali sekala cuba fikir "apa yang aku boleh bagi balik pada menteri-menteri" ni.

Kengkadang 'rakyat' lain macam aku ni panas dan banyak bunyi pasal tak sanggup nak kena jadi tukang bail you out bila masalah timbul. Siapa yang nak menghulur dulu kalau korang sesak, pastu 'menteri' takde? Siapa yang kesian tengok korang tak makan time-time 'menteri' terlupa atau dah tengah bulan? Dah la ko perah 'menteri' tu tetiap hari, bende macam ni tak boleh rationalize ke?


Dulu, masa ada 'empayar' sendiri, aku selalu ingatkan -- jangan membazir harta empayar sebab harta kalau tak dikumpul, takkan bertambah. Makin susut dan terus susut. Oiiihhhh tapi marah... cakap aku ni merendahkan dia, irritating, berlagak macam bagus.

Niat aku cuma nak ingat-mengingati, sebab bila aku tengok kau belanja riang ria, menegur kau buat aku beringat supaya tak joli sebab harta seciput yang aku ada tu nak kumpul untuk masa depan. Bukan lah aku ni bagus sangat, pasal aku pun ada yang tunggang-langgang, tapi aku rasa dalam kes cenggini, aku kira bagus lah jugak dari kau, kot.

Don't be mad at me because where you are, compared to where I am makes you feel like a loser.


Masalah macam ni aku panggil Sindrom Pak Guard. Alah, pak guard kerek yang wujud di mana saja kita belajar/kerja. Muka macam taik, perangai kekwat nak mampus pastu marah-marah. Bukan salah aku kot kau kerja jadi pak guard. Sila semak masa lampau sebab kau sendiri yang melakar masa depan kau. Kau yang buat pilihan malas belajar / taknak kerja susah, so bila ko jadi pak guard jangan ah banyak bising.



Ah, kembali kepada topik,
aku pun buat tak tahu pada hal kewangan 'rakyat' tersebut. Rupanya, harta empayar habis, backup income pun tak ada. Cita-cita janji gebang nak melabur dalam 'pengangkutan masa depan' pun tak berjaya dilangsungkan sebab modalnya dah guna untuk bershopping riang. Sekarang dah kembali menagih ehsan 'kerajaan'.


'Kerajaan' tu sayang 'rakyat-rakyat' dia, jadi jangan la manipulasikan willingness diorang untuk kesenangan. Dan bila 'rakyat' pembayar 'cukai' macam aku ni tegur atau bising, terima dan berubah lah. Aku tahu korang rasa malu tapi apa kata tukarkan malu tu menjadi motivasi untuk berubah, bukan malu jadi marah. Berubahlah untuk masa depan.

Kau hebat, kitorang tumpang gembira. Kau berubah maju, kitorang pun lebih bermotivasi. Kau hidup senang, kitorang pun senang hati. Tapi kalau kau hidup senang at the expense of others, kau dah sama macam Ghadaffi. You like being called a leach?

I don't think so.

No comments: