Pages

Stepping Forward

Monday, February 21, 2011


Aku tak pandai nak tulis panjang-panjang tentang benda-benda berat dalam hidup aku.

So, meh aku singkatkan.

Ini merupakan posting terakhir aku dari pejabat tempat mastutin kerjaya aku for the past 5 years.
Selepas ini, aku akan melangkah ke dunia baru yang belum tentu lagi gelap terangnya.
Tapi penghijrahan ini perlu untuk membantu aku bernafas secara zahir, batin dan materi.

5 tahun yang indah bakal jadi salah satu kategori manis dalam kotak pengalaman aku.
Terima kasih banyak kepada semua yang telah membantu aku berubah dari seorang budak menjadi seorang wanita.
Dari samar menjadi jelas.
Dari sesat menjadi jumpa.

Dunia baru yang bakal aku terokai ini belum tentu semanis nektar yang aku hirup selama ini, tapi tak apa.
Kamu dah ajarkan aku susah jerih sebelum boleh menikmati keindahan, dan aku yakin semua itu bakal bantu aku, jadi pemangkin untuk aku maju.


Terima kasih kepada Yang Esa kerana membuka pintu baru saat aku memerlukannya. Aku pohon dari sanubari yang kecil ni agar Kau bantu mempermudahkan pelayaran aku menuju destinasi baru. Insyaallah aku akan sampai ke arah yang dituju.

Pulang atau tidak, bukan aku yang menentukan.
Tapi cukup aku nyatakan, yang aku sayang kamu semua dan kamu akan tetap menjadi sebahagian dari aku.

BIar jauh,
ingatan yang satu tetap pada kamu semua.

Farewell, but rest assured, we will meet again!

4 comments:

roxychick said...

there goes my partner-in-crime...
sedih.

:(

p/s: selalu-selalu la update ok babe?

Anonymous said...

1st time tau news ni bercucuran air mata...
pastu hari2 yg berikotnye...ok...still bole lagi gelak ketawa n berkaraoke segala...
tp hari ni, pas baca entri ni rase sedih balik...baru rase yg u betol2 dh xde kt sini lg:(
sunyi la hidup kami tanpa kamu...will miss u alot...

take care darling:))
kak wat.

roxychick said...

bila baca komen kekwat.. eh.. kak wat tu lagi la macam nak nangis balik. sbb teringat masa tu, sambil-sambil kitorg dok chat kat fb, air mata dok berlinangan.. pastu continue bercucuran dalam room b.. :(

p/s: tu yang tengah takde mood nak update my blog tu...

azyze said...

k.wat: i paling sebak sebenarnya masa hand in card office & ing tu... rasa macam nak menitik gak pasal memang dah confirm tak keje sana lagi kan... tapi keputusan telah dibuat dan inilah arah tuju rezeki iols...

jangan sedih2 okay, insyallah yang ganti tu lagi mantap :)


pah: update la pahhhhh....
jangan bercucuran okay. kalau candidate tu lelaki pun, u okaykan je... insyaallah....