Pages

Kau ke Kak Nam?

Tuesday, February 22, 2011

Hello uols!
Apa khabar? Iols harap uols semua sihat senantiasa dibawah lindungan cahaya keimanan. Di bawah cahaya kepondanan pun takpe uols, pasal iols tulen hik hik! *lariii*

Okay okay, harini iols nak jadi Kak Nam sikit sebab ada topik yang hangat uolsssss!! Meh iols cerita kat uols, and then uols bagitau iols pendapat uols pulak, okay?


Al-kisahnya, seorang kawan iols pun telah berpindah kerja ke syarikat baru. Disebabkan sibuk menyesuaikan diri di tempat baru, dia tak sempat nak bercium molot dengan ex-colleagues dia. Pastu, dia ni bukan jenis on the internet sangat, FB pun jenguk sekali-sekala. Maka tak perasanlah dia bahawa ada orang dari ofis lama telah meninggalkan mesej berdarah di inbox FB dia...

Mukhadimah mesej lelaki ittew sungguh malaikat-- ucapan tahniah sebab tukar kerja, minta maaf atas salap silap or terkasar bahasa. Sejuk hati dengar, kan.

Tetapi,
tetiba tona mesej ittew terus berubah kasar, uols! Terus cakap "ubah perangai buruk kau tu", nanti tak lama kat tempat baru lah, perangai ko teruk lah, ko macam bangkai lah, lahanat, kuang hajo, hanjjj-- eh, iols terover pulak, heheh. Tapi lebih kurang gittew lah zassnya, diakhiri dengan caps lock "CHANGE YOUR ATTITUDE"


Wah motiffff????!!!


Maunya tak berdarah, uols... Kawan iols ittew kelu dan terus suruh iols baca mesej ittew sebab dia sendiri tak sangka yang dia, wanita suci konsep tentera bergajah Abrahah boleh dizass tahap langit ketujuh gittew, kan?


Iols pun sama-sama terkedu sebab setahu iols, kawan iols tu seorang periang dan ceria ibarat Doraemon, uols. Bila dengar lagu Doraemon tu, uols akan rasa riang ibarat ingin bergolek-golek di ladang bunga sambil makan popcorn dan minum air sirap selasih, kan? Haa, begitulah kegirangan kawan iols tu. Maybe dia ada potensi jadi garang la, tapi iols tak rasa dia tu jahat, cucuk belakang mahupun bermulut laha.

Pastu, sungguh emo, kan? Selalunya, lelaki ni kalau dia tak puas hati, dia cakap depan je ataupun dia akan anggap ko pergi mampus sampai bebila. Senang cerita, dia ignore je. Tapi yang ni, lain cerita. So iols pun tnya la kat kawan iols tu, apa history dia dengan laki ni.

Kawan iols kata diorang mula-mula okay je, tapi mamat ni suka hadap benda-benda dari vendor / supplier, uols, dan disuruhnya kawan iols mintak free stuff form suppliers everytime diorang ada job. Kawan iols yang bertudung litup tapi half sleeve innew(matila ngumpat KB sendiri) pun pernah la bagi statement "Kalo ko nak ko mintak sendiri" dan rupanya statement ittew telah dimakan dalam oleh jantz ittew. Dia pun buat-buat kekwat dengan kawan iols ittew dan their working relationship fizzled, jadi gitu-gitu je la.

Jadi sungguh pelik bila tetiba dia hantar mesej berachun panca delima gini. Apakah?
Ingatkan pompuan sajor yang beremosi cenggini, dah tak wujud pun masih nak meroyan. Rupanya jantan lagi teruk.



Jadi soalan iols pada uols semua,
adakah lelaki ittew sebenarnya pondan coverina??

*lariiiii*

2 comments:

Anonymous said...

confirm coverina, uols! silap silap tak laku cikcur, sentap uols. maybe dia syok kat kawan uols yang berlitup ittew, ke?

--diva uitm

azyze said...

Diva uitm:
Kannn... iols pun dah again dah uols. Sesuatu sgt!