Pages

Retrospektif AJL 25: Pemetaan Muzik

Saturday, January 22, 2011

Dah macam rutin, setiap kali Anugerah Juara Lagu menjengah, saya pasti menulis review, biar pendek. Entah kenapa, saya baru perasan yang 2010 berlalu tanpa sebarang rebiu padahal saya tercongok di depan TV menonton dengan gembira. Entahlah, mungkin saya kurang kelapangan agaknya pada masa itu.

Anda boleh baca rebiu AJL tahun terdahulu di bawah untuk ambil feel sebelum chekidaut AJL 2011:




Tahun ini AJL mengangkat tema Music Mapping atau Pemetaan Muzik. Lebih kurang macam perjalanan muzik menerusi AJL, cabang-cabangnya dan akhirnya bertemu di landasan masa kini lah. Malangnya kalau tengok dari bahan promosinya, memang konsep tersebut tak begitu menonjol. Mungkin mereka tidak mahu buat tema yang terlalu literal kerana serik tengok fesyen hazab sesetengah artis yang terlebih kot. Takut ada pulak yang pegi pakai peta pulak buat baju. Haru kang jadinya.


Mind mapping yang diterjemahkan ke pentas, menjadi ala Tron.



Tahun ini, alhamdulillah, saya telah mendapat jemputan menonton AJL 25 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pengalaman menonton AJL secara live pada 2009 sememangnya cukup indah, jadi saya terus bersetuju saat kawan saya menghulur jemputan. Adik saya turut mendapat jemputan rakannya ke AJL, jadi tahun ini saya jangkakan tontonan meriah di stadium.


Rupa kad jemputan VIP tahun ini. Kemas dan cantik.



Malangnya, setelah meneliti jam biologi saya yang semakin lama semakin cepat putarnya, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi menonton di stadium. Hari Isnin kerja, dan saya pasti tak produktif di pejabat sekiranya pukul 3 baru nak jejak kepala ke bantal, kan.

Kawan-kawan yang pergi menonton banyak juga memberi update dari masa ke semasa jadi saya terasa seolah saya ada di sana (chewah!).

Tahun ini saya tidak berbekal kopi mahupun kuaci, tapi sempat lari antara lagu untuk masak Maggi sebab lapar. Jadi mari kita rebiu AJL bersulam mee segera untuk tahun ini!


*Masuk Roh Kak Nam*




Opening - Francesca Peter, Nash & M. Nasir
Snippet Juara Lagu 1986 membuka tirai, ingatkan diorang paparkan sedutan semua juara, rupanya kamera terus ke pentas. Wah, excitednya bila nampak Fran di pentas! Lebih excited bila mendengar melodi Sekadar Di Pinggiran, Juara Lagu pertama. Kak Fran ternyata masih mantap dan dinamik walaupun SDP sudah berusia 25 tahun. Mak iols kata Fran nampak macam Adibah Noor dari jauh. Iols kurang bersetuju sebab Kak Diba mana pernah pakai baju kaftan flowy gedik macam tu ouls hehehe!

Nash came out and the on location crowd wasn't the only ones that went beserk, ok! Iols mengaku ni, dulu iols selalu berangan dapat suami yang feel-feel nyanyi lagu ni, uols! Taste okay suara Nash, walaupun versi 2011 ni dah lebih serak tapi tetap pitch-perfect. Kau hado?

Oh Abang Nasir, persembahan uols sungguh 'rakyat', menyanyi bersama penonton memang ada magis tersendiri. Walaupun muka nampak tergomak foundationnya, benda tu semua remeh bila dibandingkan dengan aura sifu menyanyi. Relaks dan sungguh mengimbau persembahan beliau di konsert-konsert beliau. Inilah beza a seasoned performer dengan penyanyi-penyanyi muda yang terpaksa 'berlakon' di atas pentas. Ghazal Untuk Rabiah tentu lebih menyengat kalau Abang Jamal ada, tapi apakan daya, dia dok perform kat Istana Budaya malam tu. Mungkin janggal bagi penonton baru, tapi iols dah selalu tengok Sifu nyanyi lagu ni sorang so ok jor.

Persembahan diorang ni membuktikan AJL bukan anugerah busuk macam Hits 1 etc. Bakat Malaysia memang tidak boleh dinafikan beb. Walaupun dulu takde internet, takde DVD VCD konsert mahal segala, diorang tetap berjaya -- malah lebih hebat dari penyanyi yang hi-tech tebabo zaman sekarang. Malu tak? Malu kannn.... *lariiii*


Sila lihat pakaian penari Ghazal ittew


Ehem-ehem: Apekejadahnya pakaian dancers ittew???!!! Baby tees ngan capri pants? Untuk lagu Ghazal? Wardrobe person pengsan tertelan putik durian kah masa pilih costume dancers?




Cinta Sempurna - Yuna
Yuna nampak lebih selesa dari tahun lepas. Agaknya dah banyak jemputan nyanyi atas pentas besar kot hehehe. Walaupun iols lebih minat Yuna sebelum dia jadi mainstream, persembahan dia memang memikat hati! Suara lantang dan jelas, melodi sungguh berhantu. Takyah nak berlakon lari-lari sangkar bagai, dia cuma duduk dan meluah emosi melalui lirik dan melodi lagu ni. Nice, simple, mantap.

Terbaeeeeek!
Solekan yang mantap, uols! Easily the best makeup of the night.
Kalah bronzer sunburn Cheryl!


Ehem-ehem: Iols suka sangat baju 'half saint half autumn sea serpant' ittew hik hik!




Berlari - Tomok
OMG kenapa dance sequence Tomok mengingatkan iols dengan Michael Jackson?! Suara ok, tapi nampak macam Tomok lebih bagi tumpuan pada rutin tarian, menyebabkan dia tenggelam-tenggelam timbul nyanyi lagu ni. Masuk minit ketiga dan makin bosan. Penyelamat Tomok-- interlude tarian dan ending masuk ramai-ramai yang comel. Sepatutnya Tomok jadi persembahan pembukaan *matila carut*
p/s: Sound system macam taik!


Ehem-ehem: Kawan iols kata "Konfius MJ, Justin Timberlake, Adam Lambert." *Matila pedo+playboy+gay*




Pelita - A.P.I
Chomelnya intro "Nyonya Zaman Sekarang" & bunyi perang tu! Sungguh Butterfingers! Tema war casualties yang ditonjolkan pun memang creatif. Vokal Noh & Lan complimented each other and that proves to be the anchor of the song. Malangnya tak nampak chemistry API sebagai sebuah band di atas pentas sebab diorang nampak macam buat hal masing-masing kecuali Lan & Noh.


Ending mati kena tembak tu memang best gile. Terima kasih sebab mati tak berapa nak jadi heheh. Lagu sedap, lirik pun menarik.

Ehem-ehem: Amboi teruknya Lan... kena belasah orang rumah ke? Oh, abang Noh kalau tambah misai, dah boleh jadi Hitler. Rambut serupa!




Kebahagiaan Dalam Perpisahan -Syahir
Monolog awal -- memula iols ingatkan Erma, tapi lepas tu teringat suara manja Kak Nasha... yes Nasha! Motif?
Baju Syahir memang tipikal dia, tapi bila ada cape tu, iols nampak dah macam Elvis dah. Syahir nyanyi sungguh relaks. Bagus tu bagus tapi kalau ada dinamik lebih sikit mesti lebih impactful sebab lagu tu lagu jiwang, kan. Nasha is a nice touch tapi suara dia yang berselang-seli tu mengganggu konsentrasi penonton la. Dari segi lirik & lagu tu, menarik tapi bukan strong contender. Takpe, boleh cuba lagi tahun depan.


Dari gambar nampak cantik, tapi dari TV, sungguh kosong dan hambar.



Ehem-ehem: Uols, percintaan mak hayam dengan anak ikan memang selalu berakhir dengan tamparan. Hik hik!




Drama King - Black & Meet Uncle Hussein
Intro orkestra memang best, dan saat Black bukak mulut je, fuhhh. Mime act tu ade la terasa macam show mekar sejambak Sudirman, tapi dimaafkan sebab suara Black hebat. Black boleh give Lan a run for his money. Cuma Lan lebih rock manakala Black lebih smooth. Susunan band di atas pentas pun jauh lebih kemas dari API, nampak MUH memang fikir pasal visual penonton (tak macam Ana Raffali). Lirik & melodi memang best, ada peluang menang (tak macam Ana Raffali jugak).

Ehem-ehem: Iols rasa sudah-sudahlah dengan trend baju military tu. Faizal Tahir dah selalu pakai, so dah basi lah uols. Cuba pakai kain pelikat ke, renda-renda Austin Powers ke...




Noktah Cinta - Hafiz
Wak Herman Tino!!!
Tu la benda pertama yang terpacul dari mulut iols, dan sungguh tak sangka memang Hafiz guna Herman Tino untuk videoklip Awan Nano.


Wak Herman Tino di zaman kegemilangannya



Ha, sama tak? Sama tak?


Dari segi fesyen, satin vests memang tricky terutamanya kalau pemakai berisi sebab senang crease. Kalau warna vest tu hitam, shirt yang merah maybe better. Vokal Hafiz memang sedap dan ini bukti AF ada kualitinya. Memang tak ralat langsung bila Hafiz menang vokal terbaik sebab kawalan suara dia memang hebat.

Gimik kena tembak ni nampak jauh lebih berimpak dari API sebab Hafiz dengan konfiden melantun ke belakang walaupun baru je eksiden beberapa hari sebelumnya. Kesian, sakit leher budak tu. Iols ingatkan dia akan menanyi dari atas stretcher, rupanya berubah jadi 'Shahir'.

Ehem-ehem: Baju putih ending... macam Shahir sangat. Bebudak AF share wardrobe ek? *larikkk*




Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Hayo, magik murahan!

Uols, iols cuba untuk suka kat Ana. Cuba gila-gila. Masa mula-mula dengar lagu Hujan Bunga Kulala Lumpur tu, dah rasa hazab, tapi iols cuba untuk tak judgemental. Pastu dengar lagu Hari-Hari Hari Raya, lagi la nak muntah, tapi iols cuba lagi untuk suka. Sampai AJL, ternyata hazabbbbbb...

Haduih lah Ana... banyak sangat distractions: band, 'sangkar', Zahiril Adzim (ni mmg distraction bagi bebudak pompuan), hantu-hantu... halfway through iols dah berharap hantu-hantu tu semua bawak je la Ana keluar pentas. Tak sanggup. Disebabkan performance hazab dan sebutan macam duduk UK 20 tahun, kita jadi susah nak appreciate lagu Ana ni.

Iols rasa lagu yang baik sepatutnya kreatif dan puitis tapi taklah sampai orang tak boleh nak faham. Macam lagu-lagu Habsah Hassan, memang puitis tapi orang kebanyakan dengar pun boleh nangis tanpa pikir panjang. Even lagu-lagu M.Nasir di zaman 80an dulu pun mudah dihadam. Bila dah establish boleh la buat lagu2 ajaib, tapi kalau baru nak naik dah buat lagu pakai buku hutang kocek Doraemon semua, apakah? Nanti iols buat lagu ada lirik wig pondan bulu mata semua sebagai simbolik perubahan hidup ke, boleh kira bagus tak? *matila*

Sorry, sungguh bukan persembahan mahupun lagu terbaik di mata iols yang marhaen ni. Nice try, but soooo not.

Ehem-ehem: Tolong JANGAN ingatkan aku.




Selamat Malam - Faizal Tahir
Cutenya pembukaan lagu ni, dengan NorKhiriah menyanyi kat anak dalam perut macam tu. Iols kenal sorang kawan, dia nyanyi dangdut Inul kat nak dia, tau!

*matila hampun mak hayam Hobbit*

Transisi hidup dari NorKhiriah, pastu Cikgu Fati & anak dia, then Pak Ajis ngan isteri memang menyentuh hati, walaupun Pak Ajis patut potong gaji sket sebab lupa lirik lol! Bila Faizal keluar ke pentas, his presence was so magnetic and he commanded the stage sampaikan kita tak perasan pun pelakon-pelakon lain tu. Cuma memang nampak cliche dan sedikit leleh bila ramai-ramai nyanyi lagu tu. Atur persembahan dia sungguh tersusun dan tak nampak kelam-kabut, dan dia pandai cari angle yang membuat dia tak tenggelam. Iols tersebak sekejap bila teringatkan bagaimana mak iols dodoikan iols tidur masa kecik dulu. Touching! Faizal memang one in a million!

Dari segi lirik, lagu ni lite-lite je. Sedap tapi sukar untuk menang sebab contender lain hebat-hebat. Dan nampaknya FT pun dah jangka lagu ni bukan lagu kemenangan dia, dia simpan emosi untuk lagu Hanyut. Rasa macam show selingan pun ada gak.

Ehem-ehem: Kangkang jangan tak kangkang, abang!



Ku Ada Kamu - Adira
Mula-mula saya ingat Adira guna Anne HotFm tu jadi pari-pari buat gimik, rupanya memang Adira sendiri yang feel-feel sent from heaven ittew. Seperti yang Klubbkidd tweet masa rehearsal AJL malam sebelumnya tu, persembahan Adira very the CNY. Dahlah mekap pun pucat ala-ala China Doll. Tinggal takde show chingeh & main piring dengan batang kayu tu je. Eh, teringat kat persembahan CNY Farahwahida masa AJL 2009, kan?

Kalau ikutkan suara, banyak peningkatan. Lantang, projection dan sebutan jauh lebih baik dari penyanyi perempuan yang sorang lagi tu. Kawalan suara pun best, tapi kenapa orang tak tepuk? Hmmm nampak sangat tak popular.

Lirik dan melodi menarik, tapi tak cukup kuat untuk jadi top 3.

Ehem-ehem: Tahniah, uols lah pemenang award Most HMI Performance!




Ekstravaganza - Bunkface
Hmm, Bunkface ni masih dibelenggu imej Blink 182, lah. Blink tu sapa? Korang pi youtube, pi tengok video diorang. Kan sama tu? Idola tu takde masalah, tapi jangan la sebijik sangat. Nasib baik persembahan diorang kemas dan ringkas. Skrin main peranan bijak namun masih tak berjaya mengangkat aura untuk Bunkface. Nasib baik jugak ada orkestra, uols. Kalau tak hambar. Kualiti tu ada, tapi memang susah nak menang. Bertenaga, but just wasn't enough. Takpe uols, cuba lagi tahun depan.

Ehem-ehem: pun macam Hiburan Minggu Ini bersama Bunkface hik hik hik




Sofea Jane - Black
Oooo sekarang baru tajuk asal lagu tu kubur. Memang kubo jugak la stage tu, walaupun dari jauh nampak cantik. Dekat je, hayo hayo Interview With The Vampire + gerbang perkahwinan tangkap muat, uols.

Tapi mujur vokal Black mantap. Relax je, suara hebat tapi takde sampai badan terbongkok menggeletis segala. Black nampaknya boleh diharap untuk membawa kembali trend rock ala Amy-Awie-Mus. Ada masa depan, uols.
Lagu ni pun agak menarik liriknya tapi dari segi melodi tu kurang menyengat.

Ehem-ehem: Pun baju putih jugakkkkkk... memang sah beli kain satu kodi share2 dengan Hafiz & Shahir.



Hanyut - Faizal Tahir
Sangkar jugaakkkkkkkkk... AJL ni memang konsep baju putih ngan penjara janji ke uols?!

Nasib baik FT bijak menata persembahan. Dia tak banyak movement jadi sangkar tu main peranan metafora perasaan dia dan bukan sekadar props busuk aje. Straight jaket orang gila tu pun nice touch gak. Siap tangki air tu, pergghhhh! *opps, terganas pulak iols!*

Terjunan FT tu memang cantik dan kuat gimiknya, cuma ramai yang ingatkan FT betul-betul terjun dan struggle belakang tabir tu. Itu skrin saja, adik-adik. Matila FT kalau nak biar dia bukak sendiri ikatan tangan tu secara live, ko hengat dia DHoudini ke hape nak buat magik camtu dek non oiii?


Tengok, siap boleh focus kat muka cenggini, pastu slow motion pulak tu...
ni pre-recorded, sayang.


Ehem-ehem: Faizal Ismail, uols punya lawak bodoh english tu, hayo... iols pun 'speeches'.




Jahat - Stacy
Starting yang gempak, best! Diction Stacy memang jauh lebih baik dari Ana Raffali, walaupun kita tau pelat Sabah Stacy tu sungguh la pekat. Tindakan Stacy untuk tumpukan pada nyanyian dan tak berjoget sangat memang berbaloi. She sounds a lot better dari show lain. Markah lebih juga untuk koreografi ala Shaolin dan kostum yang mengekalkan konsep videoklip. Konti yang bagus.

Secara realiti, ramai yang dah jangkakan kekalahan lagu ni dari segi lirik dan melodi. Fun, cute, agresif namun mungkin terlalu pop untuk Juara Lagu. Tapi okay lah, lebih bagus dari beberapa lagu lain.

Ehem-ehem: Banyaknye komen 'Jahat Juri Jahat' dari kengkawan Sabahan kita....




Mencari Konklusi - Hujan
Marahnya iols bila sound system semakin lama semakin teruk. Kesian Hujan sebab suara Noh tenggalam timbul dan kadang-kadang kepam. Tapi iols taste opening guitar + orkestra yang dah ala lagu Scorpion tu, uols! Kombinasi rockestra ni bukan benda baru, tapi kombinasi diorang ni terasa sungguh seamless. Walaupun guitar dengan orkestra tu berlawan-lawan, persembahan masih kental!

Noh & kawan-kawan sungguh true rockers, perform secara statik tapi ada roh kapak tulen, terutamanya tang gorengan akhir tu. Terima kasih Hujan kerana menghidupkan kembali persembahan ringkas tapi berimpak macam zaman dulu-dulu. Rockers memang takde drama-drama leleh ni uols.


Goreng jangan tak goreng!




Penutup - Tok Pah, Ziana Zain & Tok Ti
OH.MAI. GOD. Tok Pah apa dah jadi uols????!!!!! You were so pretty before! Montels tapi cantik dan sungguh elegan. Sekarang uols dah macam Skelator tembam dah uols. Why why why why??!!



Ada tak persamaan? *Larikkk*



Sungguh, iols tak dapat nak menikmati kelazatan suara TokPah sebab asyik dok tengok muka dia yang dah transform tu, uols. Ini lebih dasyat dari muka kucing Kak Ana mahupun dagu tergeliat Kak Melah. Ini adalah, hayo hayo
*pitam*

Kak Ziana, wow! Cantik, mantap, menawan dan sungguh beraura! Walaupun Madah Berhelah tu dah diturunkan satu key, kita tak kesah kan sebab Kak Ziana tetap hebat. Tak semput, konsisten dan yang paling best, bila klon poyo dia dok buat emosi kat kawasan penonton (tu yang orang bersorak beriya tu), dia boleh main balas balik, siap main tunjuk-tunjuk. Oooo, ko nak curi crown mak ye, motifff. NI mak curi balik! Terus semorang hampir jadi gila tengok kemantapan Kak Ziana.

Ramai persoalkan, kenapa Tok Ti dapat 3 lagu? Entahlah, iols takde jawapan untuk soalan tu, tapi mungkin Tol Ti rindu kot nak bawak batalion macam zaman dulu. Walaupun iols bukan peminat Siti, iols mengaku persembahan Siti mengimbau zaman-zaman ceria AJL. Dia dengan Noraniza Idris memang bawak elemen persembahan yang betul-betul berkomitmen. Suara Siti masih lemak manis macam dulu, penari dia masih meriah, dan backup vocal dia jelas (adakah ittew Liza Aziz?)

Tetiba iols rindu etnik kreatif dan bakat-bakat lama kita. Ada la variasi sikit kan, tahun ni semuanya indie/pop. Mungkin iols ni dah tua sangat kot...




Pengumuman anugerah

Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir.
Pada iols, ini bukanlah persembahan terbaik. Iols lebih suka persembahan Yuna atau API. Tapi mungkin disebabkan kelainan pada persembahan dan usaha serta kosnya, okay lah. Kreatif.

Vokal Terbaik: Hafiz, Nokhtah Cinta
Tak dapat disangkal, Hafiz meletop! Sekarang semakin terdiamlah mulut orang yang memperlekeh bakat uols dan kawan-kawan AF uols. Kalau ada tempat kedua, iols bagi pada Black.

Tempat Ketiga: Noktah Cinta, Ajai, Sheikh Qalam, Hafiz.
Wah, hebat! Lagu yang bermakna dengan lirik yang mudah difahami namun menusuk. Mantap!

Tempat Kedua: Drama King, Meet Uncle Hussien, Black & MUH
Suka suka suka! Iols rasa lirik lagi ni memang pedas dan tepat ke sasaran. Khas untuk artis yang gebang lebih tapi nan hadooooo. Syabas Black & MUH!

Tempat Pertama: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali.
Iols pun terbangang tengok pengumuman ni, sama macam penonton di lokasi. Sib baik iols tak emo tinggalkan rumah sebab marah macam penonton tinggalkan stadium. Nafsu makan Maggi iols terhenti masa Ana naik ambik hadiah dan bagi ucapan yang langsung takde pelat mengada-ngada dia bila menyanyi tu. Tahniah lah Ana, tapi seperti kata Yuna, tanggungjawab kamu besar selepas ini.

Besar sebab uols kena buktikan uols bukan menang sebab M.Nasir ngan Andy Flop Poppy suka uols tapi sebab uols memang betul-betul berkualiti cantik menarik nallerekerk! Boleh ker? Rengsekkk!





Secara production, tahun ni tak boleh kalahkan kegemilangan Iluminasi Muzik 2 tahun lalu. Nampaknya tahun depan iols kena buang segala expectations untuk AJL balik sebab tahun ni mengecewakan. Sound system hampeh, camera angles pilihan control room sedehhh dan boleh dipertikaikan, kombinasi pengacara pun macam dah hilang magik.

Takpe uols,
*dengan muka cliche*

....cuba lagi tahun depan!


Kredit beberapa gambar (yang cantik tu la) dari laman web TV3









5 comments:

ajit melawati said...

ha ha betul la! aku pun rase same gak. aku duduk dekat atas, semua blah je masa nama ana kena umum. whadefak betol. aku nampak seat VIP ramai gak yang blah 'cept band2 indi yang kesihankan ana ha ha

Anonymous said...

bb u hit it right! Anna who? juri bunyi gempak tapi nan hado!

Anonymous said...

bb u hit it right! Anna who? juri bunyi gempak tapi nan hado!

pengacara pun pitam uol, bagilah yang cando, baru melerts. ni asyik katik, itam & botak. buhsan, dinchhhhh. mek teste Noh!

kau ni pondan ke straight nyah?

- liafazalleana layola

azyze said...

ajit:
ko pegi ek? aku rasa macam bersyukur jugak tak pegi pasal mesti balik keje mengumpat je hahaha


liafazalleana layola:
hayo hayo hayo nama uols mak hayam sangat kan. thanks for dropping by my blog, anyway. kalau sudi datanglah lagi :)

memula iols suka bila dengar list juri sebab diorang kan who's who dalam industri and taklah tua sangat. tapi bila Ana memang tu, hayo. Hazab tapi redha je la.

tang host tu, iols suka diorang before tapi tahun ni haus sangat lah uols... lawak tu lawak tapi audience tak tangkap kot.

btw, iols straight, iols ok. hik hik tapi jiwa pondan, voley?

ouT oF My MinD said...

hmmmmm....
klau ko tgk live kt stadium. lg ko rasa nak tampaq si ana nie tgk dia nye persembahan. serabai dan serabut. dia patut main je gitar kononnya soul dia tuuuh!

dia kan cikgu omputih. haruslah ada slang 20 taun dok uk uollz. haish.

dn bg aku, API patut menang persembahan terbaik. terasa auranya di stadium tgk show dorang. series.!

dan bila mak hayam tampaq anak ikan dia, anak ikan terkaget atas pentas sgt lama sbb terkejut! smpai orng dok mop stage dia x gerak. ye lah, masa rehesel mak hayam tampaq manja. sekali....kepang! sedaaaap!