Pages

Facing Reality

Tuesday, January 18, 2011

Kadang kala, aku selalu rasa orang yang ditimpa bencana atau dilanda masalah tanpa rela adalah antara orang paling bertuah dalam dunia.

Orang kena banjir besar.
Orang yang kena VSS.
Orang yang ditinggalkan kekasih.


Aku tahu bunyinya kejam, tapi aku ada rasional sendiri tentang ini.

Bila sesuatu buruk berlaku, naluri manusia akan mencari jalan untuk bangkit dari masalah, secara spontan kita akan mencari jalan penyelesaian, dan lazimnya selepas melalui catastrophe, mereka boleh start anew.

Lupakan yang lama, buka buku baru.


Jadi bila aku,
yang tidak dibaling ke lantai,
tidak diherdik maki,


aku terasa sungguh berat hendak membuka buku baru dalam hidup.
Malas, gusar, takut.


Aku tahu masanya telah tiba, aku tau ianya perlu,
tapi aku dibias seribu satu persoalan, seribu satu what ifs.
Seribu satu keluh kesah mengenang kekasih yang bakal ditinggal, rumah agam yang bakal dibiar berlopak penuh selut.


Perubahan itu pasti, dan aku tak mahu tunggu hingga terbakar kering baru mahu mencanak mencari air....

Sungguh berat berita ini,
aku sendiri tak mahu menghadapinya
tapi aku tak boleh pura-pura untuk lebih lama.

Lebih penting lagi,
aku tak boleh pura-pura, menipu diri sendiri.

It's crunch time, and I gotta get up and go.


No comments: