Pages

Bende baik buat ape nak sorok, ye idak?

Wednesday, January 05, 2011

Orang selalu kata,
Bende baik buat ape nak sorok, ye idak?




Antara kata-kata positif febret gua. Ini dari Squidoo.com



Dulu gua memang percaya yang benda baik tu tak ada sebabnya nak dirahsiakan, cuma bila dicerita janganlah berbunyi riak. Gua selalu rasa orang yang berahsia bila masuk bab-bab bahagia ni ada ulterior motives. Kalau benda baik itu berita bagus, tidak mencederakan perasaan mana-mana pihak maka mengapa tak cerita. Apatah lagi jika ianya dikalangan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat. Kalaukan dengan orang rapat pun lu ada sangsi dan ragu, maka takde lah rapat mana sangat pun kepercayaan lu tu.


Dulu kawan-kawan gua mengadu pada gua tentang benda sebegini. Tapi gua dengar je sebab gua tak terlibat.

Huh, gua terkena jugak akhirnya, beb.
Mula-mula gua kecik hati. Gua tak cukup bermakna ke pada dia, sampai dia sorok-sorok dari gua? Pastu, gua pikir-pikir, gua reda. Sebab bila gua cuba lihat dari perspektif yang berbeza, gua sedar yang gua pun pernah buat benda yang sama dan perasan bahawa gua sendiri pun ada mempraktikkan aktiviti "kuarantin informasi" ni.



Baru-baru ni, alhamdulillah gua telah berjaya mencapai salah satu dari Idaman gua. Idaman gua ini perlukan komitmen yang cukup tinggi dari gua, dan gua setakat ini sungguh berasa jitu untuk melunaskannya. Gua cerita pada orang-orang yang bererti buat gua, gua khabarkan pada mereka-mereka yang gua rasa tidak judgemental dan santai dengan gua. Gua gembira usaha gua membuahkan hasil dan kini gua dah achieve sesuatu yang banyak diimpikan oleh orang sebaya dan lanjut usianya dari gua. Gua tengok kawan-kawan gua pun bagi sokongan dan semangat untuk gua teruskan mimpi gua.


(Sorang dua yang berbunyi "Wah, ko dah ada xxxx, aku ni?" tu biasa lah. Gua tepetkan je "Gua ikat perut demi mendapatkan benda ni, lu ikat perut demi mendapatkan barang branded & gadgets canggih, sama je. Priorities je berbeza.")


Walaubagaimanapun, gua tak bercerita pada semua orang yang gua kenal. Gua siap sound kawan-kawan gua untuk tidak sebarkan berita ni. Gua nak 'kuarantin' informasi ni.

Kenapa?
1. Gua akan beritahu bila tiba masanya. Gua taknak terkejutkan diorang atau gua nak diorang dengar sendiri dari gua dan buat masa ni gua belum berkesempatan nak bagitahu.
atau
2. Sifat serkap jarang orang, sifat spekulasi orang, atau sifat ambil kesempatan yang ada pada sesetengah orang. Lagipun kalau gua tak bagitahu, maknanya gua tak percayakan lu dan maknanya it's none of your business lah kan?




Exactly what I'm talking about, depicted hilariously here by Natalie Dee



Gua yakin korang pun ada 'dilema' cenggini. Korang budak sekolah ke, korang pergi kolej ke, korang dah kerja ke, korang dah tua bangka ke, sama je.
Kita orang Asean ni memang selalu complicate things with our 'perbualan dalam kepala'.


Pernah terpikir tak, rasionalnya, macam:

Ada orang bila dapat awek, tak sabar nak tayang kat kengkawan jadi boleh pergi double date ke, group outing ke tanpa rasa left out lagi.
Ada orang bila dapat awek terus hilang, senyap je hape bende pun taknak cerita. Takut awek kena kebas dek kawan-kawan yang boleh tahan buaya keranjangnya.


Ada orang bila nak kahwin akan bagitau semua orang, sebab ini perkara menggembirakan & excited.
Ada orang bila nak kahwin akan senyap-senyap buat semua, tau-tau dah jemput sebab mungkin dia taknak susahkan orang. Atau mungkin tak jemput langsung sebab unsur privasi.


Ada orang bila dapat promotion, akan kongsi cerita dengan kawan-kawan, meluah syukur usaha keras kini berbalas, sekaligus tidaklah dilihat asyik merungut tanpa hasil.
Ada orang bila dapat promotion, diam-diam, sebab takut orang persoalkan kenaikan pangkat tu, apatah lagi dari orang-orang yang memang pendengki.


Ada orang bila mengandung, cepat-cepat berkongsi gembira tentang anugerah tuhan itu dengan kawan-kawan. Alhamdulillah.
Ada orang bila mengandung simpan sendirian sampailah perut dah mula nampak baru cerita pada orang, katanya taknak jinx takut kalau-kalau jadi masalah masa first trimester tu.


Ada orang kalau berjaya peroleh harta benda baru, senyum simpul bercerita pada kawan-kawan kerana ia tanda apa yang diimpi dah dapat dicapai atas hasil titik peluh sendiri, insyaallah kawan-kawan tumpang gembira dan bangga.
Ada orang kalau berjaya peroleh harta benda baru, dia lebih suka berahsia sebab nanti orang salah pandang, kata dia riak dan sebagainya.




So yeah, gua rasa hal cenggini subjektif dowh.
Kawan gua ada yang setuju, ada yang membangkang. Masing-masing ada sebab tersendiri.


Gua nasihatkan korang,
bila terkecik hati macam gua ni, lu cuba sedayanya untuk lihat both sides of the coin lah ye. Mesti ada sebab punya.

Kalau susah-susah, abaikan je benda-benda macam ni. Dari sakit otak pikir, lebih baik lepak je. Omputeh ada pepatah Ignorance Is Bliss, maksud dia lebih kurang macam Tak Mengetahui Itu Lebih Membahagiakan lah. Dalam kes-kes cenggini, kalau ia tak melibatkan diri korang secara langsung, buat dek je.

Lama kelamaan, kebenaran akan muncul jua, baik buruk mahupun baik.

Ini gua tarbiyah diri gua sendiri jugak, supaya gua pun tak lupa. Kengkadang gua pun terlajak jugak~~~~~




Okay,
Selamat berbulan Januari, beb. Azam dah berapa banyak yang gagal? Hehehe








3 comments:

roxychick said...

:)

My name starts with M said...

and sumhow it depends on one person's personality gak. ada yg jenis senyap, buat apa2 pun dia tak bitau org. ada pulak jenis talkative, bende dah buat ke perancangan masa depan ke seme dia pakat citer. haha.

dan aku sgt takut jinx. walaupun patutnya aku percaya pada qada' dan qadar...

azyze said...

mas:
yep, betul tu. Jinx2 semua ni memang mendebarkan.