Pages

Abah nak add kat Facebook???!

Monday, December 13, 2010

Chances are, kalau korang baca blog ni, korang internet savvy.


Eh, bukan... bukan sebab blog ni bercakap pasal benda-benda terkini di internet, atau berkenaan gadgets. Jauh panggang dari api tu. Tapi sebab blog ni tak popular langsung jadi besar kemungkinan korang sampai disini selepas blog hopping atau korang kenal saya in person. Rasanya blog ni pun tak berapa google-friendly, unless you know what you're
specifically looking for, or you know me in person.


Being internet savvy means that you'd at least own one social page.
Paling-paling busuk pun FB lah.


Siapa yang tak ada Facebook, angkat tangan.
Ha, tengok, korang semua tak angkat tangan. Keep it that way too, I don't want to see your untrimmed underarm hair. Thanks :P



Dilema paling penting dalam hidup berFB masakini: Mak Bapak mintak add.

Owwhhhh gone were the days when you feel like you're something because you rule the net, man. Dunia tanpa sempadan, kemudahan membeli komputer & smartphones serta rates internet yang murah dah membuka internet kepada jutaan pengguna yang sungguh over the age of hip.


Wait, wait, I'm not questioning the hipness of your parents (the condition of their hip joints, well that's questionable), tapi the fact that now that they're also on the net, nothing is 'sacred' anymore.


Kau gila?
Dulu kita bebas cakap menggunakan our own lingo and have our own unique ring of social and cultural friends, tetiba mak bapak kita nak join. Lebih kurang macam korang dah bersiap nak pergi parti buih Akon kat Sunway Lagoon, tetiba mak korang nak ikut join jugak. Nak gelak, kesian. Nak halang, nanti kena soal macam-macam. Nak bawak...kau nak mati?


So bila tiba-tiba dapat mesej "Add lah abah di Facebook ini", apa kau tak pitam?!



Nasib saya baik sikit sebab mak bapak saya bukan orang teknologi. Mereka tak aktif berinternet langsung, paling-paling pun, mak ada emel. Jadi saya tak melalui masalah add mak bapak di FB.


Not that I have anything to hide *pose angel*, but I don't think my parents would care to know that I still have no idea of what I really want in life, and that although I don't play stupid farmville apape ville games, I do post up lagu-lagu rock kapak dan links to various 80s comics/shows/artistes. Sungguh living in past kindergarden glories. Nama kakak sulung, umur 28, tapi?

*28 minus 20 terus, kau hado? Pitammm*



But that doesn't mean I'm uncensored on the net. Makcik pakcik saya ramai yang berFB. Sepupu sepapat, malah yang tak kenal langsung pun ramai gemar add-mengadd. Tak add, kang kecik hati dan digelar sombong. Jadi bila sudah add, kita kenalah practice self-censorship. Bagus sebab sentiasa menjaga batasan agar nama mak bapak tak tercemar, tapi tak bagus sebab sekarang nak post statement2 jiwa kacau hati terbakar, link videoclip-videoclip yang pelik-pelik mahupun 'like' show drag queen voguedevass kat No Black Tie semuanya terpaksa pikir dua tiga kali sebab orang boleh buat macam-macam andaian tidak tepat mengenai kita.

Susah betul.


But yeah, tak sesusah mengadd mak bapak sendiri di FB.
Ramai yang dah terkantoi. Kesian.
Ramai jugak yang tak buat apa-apa tapi kantoi juga sebab kawan-kawan diorang yang sukahati upload gambar porno Zarina Ann Julie pastu tag semua orang.


So nak add ke tak?



Apakata korang klik gambar di bawah ini, hasil ciptaan Mike Newman di laman web Cool Material dan ketahuii samada korang patut pura-pura tak terima mesej add diorang sambil memberi alasan "FB ni memang gila sikit, mak"

atau

korang memang tak makan saman, dah biasa berclubbing dengan mak bapak korang dan diorang memang dah lama nak tag gambar korang sama-sama berbikini kat Miami aritu.




Takyah berangan mata korang macam Superman.
Klik je rajah ni untuk paparan yang lebih jelas


Of course,
ada kes-kes unik yang okay je kalau add mak bapak.
Tak semua orang ada keupayaan berhello-hello dengan mak bapak sendiri setiap hari. Kajian menunjukkan ramai jugak estranged families yang menggunakan FB untuk berkomunikasi. Orang kata out of sight, out of mind. Jadi korang-korang yang ada masalah 'can't live with you, can't live without you' tu, lojik lah kalau korang guanakan FB untuk keep in touch.


Kadang-kadang walaupun kita ni sewel sikit, mak bapak dah faham ke'eccentricity'an kita, so kes camni pun okay je kalau add mak bapak dan ahli keluarga. TErpulang sebenanrnya pada diri masing-masing.

Yang jahat nak gamble, boleh je. Yang baik, lagi la takde hal.



Cuma, bagi yang dah dewasa tapi masih lagi bajet dia memang secara lahiriah baik belaka dan menjadi contoh muda-mudi berakhlak lantas pantas berkawan dengan mak bapak sendiri di FB sebab korang sungguh suci murni ibarat minyak masak pemeringkatan dua kali Seri Murni tu, hmmmm....


*Big L on the forehead*

Butthhhuuurtttttt~~~~~~



Chekidaut website Cool Material untuk lebih banyak info dan cerita-ceriti yang hip, gumbira dan yay! (mungkin tidak sesuai untuk mak bapak anda huhu)


p/s: Saya sedang berfikir-fikir untuk delete beberapa sepupu sepapat dari senarai friends saya. Bukan sebab saya tak mahu mereka baca aktiviti saya, tapi saya yang tak sanggup nak baca aktiviti mereka. Apatah lagi bila dengar gebang mak diorang cerita anak orang itu ini dan anak dia nasid baik tak seteruk itu bla bla bla padahal anak dia subahanallah lagi jahanam. Dari saya terpaksa restrain diri saya dari kata apa-apa walaupun tahu, lebih baik saya tak tahu langsung. Kadang kadang memang ignorance is bliss.



4 comments:

My name starts with M said...

hahhaha aku dpt kaler hitam!
dan sebenarnya aku juga kadang kala tak sanggup baca apa yang makbapak aku tulis on the net.
maybe it is mutual. :P

azyze said...

takpe, ko anak yang jauh di mata dekat di FB jehehehhe

azyze said...
This comment has been removed by the author.
Saudagar Mimpi ... said...

Artikel yg menarik ni azyze. Kalau di FB dah lama kena share dgn sepupu sepapat dan rakan taulan (termasuk mak bapak)