Pages

Kemaafan

Friday, November 19, 2010

Orang selalu kata, bila dah tua, orang senang lupa.

Memang betul, aku setuju.


Semenjak usia semakin ranum ni, aku memang banyak lupa. Melupakan.
Benda-benda yang dulu banyak buat kudis di hati aku dah tak beri kesan. Gatalnya dah pudar dan yang tinggal hanya bekasnya.

Calar-calar jiwa dahulu semuanya sekarang tinggal memori dan ada banyak yang terpadam sendiri mengikut renggangan masa.

Mana-mana benda yang degil aku pertahankan sekarang aku lepas pautannya sebab aku kini mengerti, bergantung pada kenaifan itu bukannya bagus mana pun. Dulu berkeras betul kerana ego, sekarang berlembut kerana sudah ketahuan.


Masa mematangkan fikiran dan gerak hati kita.
Memang betul.



Semuanya rencah kehidupan.



Orang putih kata, Out Of Mind, Out Of Sight.
Orang Melayu pula bilang, Jauh Di Mata, Dekat Di Hati.


Yang mana satu ni?

Untuk aku dua-dua pun betul.


Out of mind, out of sight -- untuk orang-orang yang pernah aku musuhi dahulu. I've made peace with whatever happened in the past. Parut-parut lama aku lihat sebagai tanda kemenangan menempuh rintangan kematangan. Let's move on.

Jauh di mata dekat dihati -- untuk mereka yang pernah bawa makna dalam hidup aku. Mungkin bersua itu satu kebarangkalian yang rendah, tapi sampai mati akan aku bawa perkongsian minda dan rohaniah kita.

Selamat bahagia, moga jalan yang kita tuju ini betul dan benar.

No comments: