Pages

Superhero versi minimalis!

Tuesday, November 23, 2010

Pereka ilustrasi Fabian Gonzalez memang gila cool. Saya mula kenal dia sebagai Lishoffs di Threadless, website jual t-shirt yang sungguh indah. Dah glamer dia sekarang hehehe


Anyway, baru-baru ni salah satu dari design t-shirt Lishoffs mula menjadi bualan laman web geeks & peminat komik kerana rekaannya yang sungguh ringkas, comel dan geeky to the max.


Lishoffs telah mereka koleksi 60 ikon superhero dalam versi minimalis -- semuanya dalam kotak-kotak kecil bersaiz sama dengan the littlest but obvious symbols. Yang bestnya, sekali pandang pun anda dah boleh cam siapa superhero yang dimaksudkan. Even if you're not a big fan of comics, you'd be able to identify at least 5.

Saya berjaya jumpa 26 aje dalam sekali tengok. Korang boleh kenal berapa?






Baca lagi tentang Lishoffs dan rekaannya di Wired dan Flickr Lishoffs


Kiri ke kanan, atas ke bawah ya:
Batman, Robin, Batgirl, Superman, Gambit, Barbarella
Iron Man, Captain America, Thor, The Hulk, Cyclops, The Incredibles
Radioactive Man, Fallout Boy, Wonder Woman, The Flash, Captain Atom, Aeon Flux
Wolverine, Invisible Woman, Human Torch, Professor X, Chapulin Colorado, The Darkness
Ben (Fantastic Four), Hellboy, He-Man, Freakazoid, The Silver Surfer, Witchblade
Spider-Man, Mandrake, Mighty Man, Green Lantern, Falcon, Atom Ant
The Phantom, Storm (X-Men), Birdman, Aquaman, Iceman, Captain Marvel
Space Ghost, Blade, Blue Falcon, Dynomutt, Flash Gordon, Bartman
TNMT Raphael, Leonardo, Donatello and Michelangelo; Plastic Man, Duffman
The Punisher, Daredevil, Hawkman, Black Vulcan, Zorro, Hancock

Kemaafan

Friday, November 19, 2010

Orang selalu kata, bila dah tua, orang senang lupa.

Memang betul, aku setuju.


Semenjak usia semakin ranum ni, aku memang banyak lupa. Melupakan.
Benda-benda yang dulu banyak buat kudis di hati aku dah tak beri kesan. Gatalnya dah pudar dan yang tinggal hanya bekasnya.

Calar-calar jiwa dahulu semuanya sekarang tinggal memori dan ada banyak yang terpadam sendiri mengikut renggangan masa.

Mana-mana benda yang degil aku pertahankan sekarang aku lepas pautannya sebab aku kini mengerti, bergantung pada kenaifan itu bukannya bagus mana pun. Dulu berkeras betul kerana ego, sekarang berlembut kerana sudah ketahuan.


Masa mematangkan fikiran dan gerak hati kita.
Memang betul.



Semuanya rencah kehidupan.



Orang putih kata, Out Of Mind, Out Of Sight.
Orang Melayu pula bilang, Jauh Di Mata, Dekat Di Hati.


Yang mana satu ni?

Untuk aku dua-dua pun betul.


Out of mind, out of sight -- untuk orang-orang yang pernah aku musuhi dahulu. I've made peace with whatever happened in the past. Parut-parut lama aku lihat sebagai tanda kemenangan menempuh rintangan kematangan. Let's move on.

Jauh di mata dekat dihati -- untuk mereka yang pernah bawa makna dalam hidup aku. Mungkin bersua itu satu kebarangkalian yang rendah, tapi sampai mati akan aku bawa perkongsian minda dan rohaniah kita.

Selamat bahagia, moga jalan yang kita tuju ini betul dan benar.

Yang terfikir semenjak dua menjak ini

Thursday, November 18, 2010

1. Nanowrimo memang jahanam nampaknya. Baru berapa ribu perkataaan je nih, semuanya macam taik. Perlu terima hakikat yang menulis sebagai punca rezeki telah buat aku kontang idea menulis secara riang-ria. Atau mungkin aku memang a useless prick (minus the dick).


2. Abang Marty McFly, setkan jam Delorean tu ke 18 November 2010, pukul 1pm di PJ ye. Mahu minta kamu bawa saya kembali ke 1970an di Abbey Road. Kita peluk seorang-dua Beatle, pastu gerak ah. Balik kang saya belanja Williams. Boleh?


3. Aidiladha kali ni okay gak. Nasi daging, rendang hijau, ketupat palas, daging rebus & air asam... Alhamdulillah tahun ni dapat berkumpul satu family to share a meal. Dah lama tak lepak bersenda gurau sampai tersedak cili macam semalam :)


4. Bola Malaysia lawan China... sedih. Kecewa dan sakit hati. Senang cerita, Ben Williams is a ass-licking, corrupted dickhead.


5. Josiah NG is a performer. In all sense. Wonderful performance during his race in the velodrome, and equally entertaining act during the victory ceremony. Siap melompat tinggi masa stepping up on the dais, disusuli dengan a very enthusiastic Negaraku. I feel so happy for him and Azizul (kesian Azizul, tenggelam walaupun menang Gold). Baguslah, years of training in foreign countries have not chipped Josiah's jatidiri anak Malaysia. More Malaysians should follow his lead. Two thumbs up, bro!


6. Sekarang sedang dalam proses mendesign kad kahwen kawan. Terfikir, kad kawen sendiri nanti ada orang nak tolong designkan tak? Ke sebab aku ni diva songeh sangat so better design sendiri? Hmmm...


7. Masa aku kecik, bila buat mak marah, aku akan duduk dan tulis kad mintak maaf untuk pujuk mak. Aritu aku suggest anak kawan aku buat benda yang sama untuk ambik hati mak dia, tapi dia bagi pandangan "you're such a weirdo" dan terus blah layan Youtube. Oh, dunia memang dah berubah.


8. Shit mang, Michael Bolton can still belt out macam zaman dolu-dolu. Nyanyi live, konsert 2 jam tapi lepak gile. Memang shit mang!