Pages

Legasi P. Ramlee hidup selamanya

Friday, October 15, 2010

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang jua

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalaulah kering laut Melaka
Barulah saya lupakan Tuan

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Didalam hati tidak di lupa
Bagaikan rambut bersimpul mati.



No comments: