Pages

13.10.10 lagi best!

Wednesday, October 13, 2010

Jeng jeng jeng!

Seperti yang anda boleh lihat, blog ini telah bertukar wajah.
Dan seperti masa-masa lampau, perubahan kulit blog ini bermakna saya telah turut melakukan perubahan di dalam kehidupan /diri saya. Sebagai seorang yang setia dengan yang ada ( satu beg, satu kasut, baju-baju yang sama sampailah rosak baru tukar hahah), perubahan sering saya lihat sebagai platform untuk menjadi daring dan benar-benar baharu.


Dulu-dulu, rambutlah menjadi mangsa ukur perubahan hidup saya.


Fasa sekolah dahulu, rambut saya pendek seperti budak lelaki. Tahun SPM saya mula simpan rambut. Saya simpan panjang hingga mencecah punggung sepanjang awal pengajian di UiTM. Semester saya mendapat Anugerah Dekan, saya cantaskan pendek dan ala serabai. Seminggu sebelum graduasi degree, saya permkan menjadi tight curls ala afrika sesat. Selepas selesai probation dapat surat confirmation berkerja di syarikat, saya potong rambut perm yang dah panjang itu menjadi pendek dan 'suka hati dia lah'. Awal tahun ini, selepas rezeki buat show semakin rancak, baru saya ambil langkah drastik dengan meluruskan rambut saya.


Semenjak dua menjak ini rambut sudah kerap diubah mengikut keperluan fesyen (dah tua-tua baru pandai nak kesahkan penampilan haha) jadi saya hanya boleh harap pada blog sebagai pengukur perubahan hidup saya.



Back to the blog, ya, drastiknya.
Sungguh lain dari dahulu. Gelap. Mungkin terasa kekok dengan format posting kiri sidebar kanan sebegini... kalau diikutkan, blog ini memang pun mulanya berwarna hitam. Transisi demi transisi... and here we are, back to a darker look. Rasa macam baru semalam je belajar nak setup blog di Blogspot. Bodoh-bodoh je alter first skin....

*nostalgia*


1. Fallen Angel (2004-2005)
Template pertama! Dari blogskins.com dengan 4 extended pages dan beberapa feature yang pada masa itu dianggap 'maju' untuk blog tempatan. Feel 'grunge' bertema fallen angel. Best, unik dan inovatif, tapi agak tipikal remaja.


2. Music Is My Soul (2005-2006)
Diubah apabila saya memulakan perjalanan baru dalam hidup -- kerja. Keseluruhan blog hitam, kecuali teks dalam warna oren, dan header iPod Boho Chic berwarna oren. Ringkas, kemas dan funky yang terkawal.


3. Esentielle Elegance (2007)
Tahun ketiga berkerja, skin ditukar sebagai signifikasi ramai kawan-kawan berhenti kerja kerana VSS. Skin berlatar putih kelabu yang cerah dan sungguh berbeza dari template terdahulunya. Mungkin usaha menceriakan diri.


4. Bukan Blog John Lennon (2007-2009)
Mencipta wajah ketempat blog ini, barulah saya rajin menggodak html. Saya ubahkan sidebar ke kanan, tukar latar belakang ke corak damask dalam rona yang sama, cuba-cuba reka header yang melaung jiwa saya pada masa itu -- pita kaset bertajuk "Bukan Blog John Lennon" dengan sentuhan kerawang moden. Banyak elemen The Beatles yang diterapkan melalu tajuk sidebar.

Layout ini saya gunakan untuk tempoh hampir 3 tahun kerana cukup menyukainya. Namun kegatalan 'mencuba' feature beta blogger telah menjahanamkan layout tersebut... dan saya terpaksa menggunakan template baru.


4. Simplicity (2009)
Disebabkan kecewa dengan kehilangan Bukan Blog John Lennon, saya gunakan skin paling ringkas dan kemas. Latar belakang putih kosong, font kecil, sidebar masih di kanan namun kurang prominen. Saya anggap ini skin transisi, jadi tak banyak personalization yang saya lakukan pada skin ini.


5. Goo Goo G'Gjoob! (2010)
Tahun baru, blog skin baru. Saya memang lama idamkan blog yang berkaitan dengan album Sgt Peppper's Lonely Hearts Club Band, jadi saya telah mendapatkan sentuhan designer merangkap kawan gelap saya, Encik O. Idea saya banyak, nak itu, nak ini, tapi rasanya Encik O pun sibuk dan malas nak melayan saya hahaha. Hasilnya cantik kan? Very colourful, very bright, very 70s funkatastic!

Walaupun ada yang ingin saya godak dengan sendiri (tak puas kalau tak ada personal touch!) namun kebodohan saya mengedit html dan my almost nil knowledge of CSS membuatkan saya cepat give up, malas nak layan nafsu dan guna sahaja layout tersebut seadanya. Lagipun header dan rekaan keseluruhan blog itu dibuat oleh pakar, I should give credit to the artist and trust his artistic vision, kan?Lebih terkejut, Encik O tak mahu ambil bayaran! Free customized blog skin yihaaaa!


which brings us to the current skin,


6. Bunyikan Hi-Fi, Yo! (2010)
Perubahan paling ketara semenjak dua tiga tahun ini, saya jatuh sakit dan terpaksa melakukan major surgery. Beb, badan kena potong dengan scapel (silap2 gergaji balak hahahaha), organ dalaman kena cantas buang jahit balik, maunya tak historical event?

Sekarang alhamdulillah saya sudah pulih hampir sepenuhnya, sudah boleh mula lari-lari anak dan sudah longgar pantang sedikit, maka memang patut saya tukar skin blog ini! :)

Untuk memudahkan pertukaran, saya gunakan template Modularity Lite dari Wordpress. Godak-godak sedikit untuk dimasukkan ke blogger, tukar itu ini, masukkan header flash dan pindahkan blogroll serta links ke kaki blog. Voila, muka baru!


Berapa lama agaknya skin ini bertahan? Hmmm.... hanya tuhan yang tahu!



6 comments:

mizzyN said...

ayat ayat karangan mu ini macam baca katalog barang kecantikan plak cuma tukar subjek nya.

man, show apa tu?

azyze said...

whatttt???? hahahahaahah

aku tatau nak accept your comment as a compliment or as kutukan hahahahaah!

Cik Puan Muda Stress said...

man !

tercabar ni, tercabar! henssfftt henssfttt

tapikan, aku update blog pun malas, ada hati nak tukar layout. kah kah kah. gelakkan diri sendiri.

tapi layout hang kali ni memang ngan aa bro. wa suka!

roxychick said...

marah marah marah!

hins hins hins...

walaubagaimanapon, tahniah! syabbas bette!

azyze said...

cik zeek:
hellow baybeh you're back!
masa buat blogroll aritu ade gak pikir macam nak delete all inactive links tapi instinct aku kuat mengatakan bahawa you'l be back hahhaha

terer tak i teka?


roxy:
alah, hang boleh buat lagi dasyat dari i tau. hang kena sit down and actually DO IT ja sekarang ni instead of thingking thinking thinking of doing it tapi tak buat.

you can do ittttt *rob schneider's version*

Cik Puan Muda Stress said...

kimek ah nak delete link aku. marah ni, marahhhhhh. :P