Pages

Kelawar keliru

Saturday, September 04, 2010

Selalunya tengahari time macam ni, saya duduk port kat kerusi merah one-seater sambil tengok tv cerita model main pose cantik sambil tikam belakang kengkawan untuk rebut jadi ratu chantek terbaru gitu.

Tapi semenjak mak bapak dah mula cuti ni, makin malas saya nak menonton, apatah lagi buat aktiviti membaca mahupun menidur. Saya spesis kelawar, duduk rumah mesti tutup semua lampu. Curtains pun diturunkan. I have an issue with privacy, and those yang dah lama baca blog ni memang tau yang saya ni paranoid sikit bila bab berada di rumah. Tapi mak bapak memang dari dulu suka buka lampu... uish cemana la diorang boleh ada anak macam saya, lain sangat.

Anyway, semenjak operation haritu, hidup saya memang di ruang tamu sahaja. Bapak beli seketul katil bujang dan letak di tepi tingkap ruang tamu sebab saya tak boleh naik tangga, takut stitches terkoyak. Baju saya mak bubuh dalam overnighter bag, dan memandangkan saya cuma boleh pakai kaftan (hazab, benci!!!!) maka beg itu lah wardrobe saya. Stool IKEA yang dah berzaman tak guna akhirnya jadi bedside table saya menampung ubat-ubatan, novel, tisu dan bongkahan pati haruan (Wan Nor Azlin jangan pura2 best dalam iklan okeh sebab tak sedap langsung!).

Disebabkan saya dan berbilikkan ruang tamu maka tipislah peluang saya bergolek atas katil (okay tipu, belum boleh bergolek lagi), tengok tv ikut suka hati mahupun surf internet sampai lebam.

Saya stress ni mainly sebab saya tak boleh tunduk, apatah lagi nak duduk atas lantai. Maka bila mak duduk atas lantai memotong kain berkoyan-koyan, agak kurang ajar lah kalau tiba-tiba saya nak buat mula kering duduk atas kerusi kaki terjuntai nak tengok tv, kan? Dah la tak boleh nak membantu, nak pulak pose tak beradap camtu. Tak pasal2 sakit dah baik, kena panah petir pulak.

Datang pula bapak yang mula-mula baca komik, lepas tu baca paper, lepas tu suruh saya baca komik dan paper tu sambil dia tengok movie cina kat tv, lepas tu nak narrate cerita tu untuk saya padahal saya dok baca paper. Tak layan, nurraka. Layan, kang masa bukak puasa kang diajaknya borak pasal cerita dalam paper tu, mau kena "La, kan tadi bapak tengok Yana dok baca, tak baca betoi ka?"

Macam-macam betul.


Ha, ni sekarang bapak baru selesai tengok cerita cina, dia tukar tengok Dance India Dance pulak. Kau hado bapak 1 Malaysia macam ni?
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

No comments: