Pages

sekeliling

Monday, September 27, 2010

Gelap.
Bunyi kipas berpusing. Ketak-ketuk. Ketak-ketuk.

Perempuan-perempuan kurus yang dulunya gemuk mengajak sama-sama ber'weight management' di tv.

Bau sambal di atas dapur merawang sampai ke depan.
Mata dan tekak pedih, tapi asyik.

Kerusi lama yang kurang empuk mengalas punggung dan menghilangkan lelah.

Percik hujan berderap di tingkap. Tip-tap. Tip-tap.

Mak panggil siapkan meja untuk makan. Perut berbunyi, lapar.
Published with Blogger-droid v1.5.8

gile random #16

Sunday, September 26, 2010



perodua service centre

hulu kelang



Published with Blogger-droid v1.5.8

Kena pau

Thursday, September 23, 2010

Kotak ajaib!



Lebih kurang dua bulan lepas, lebih kurang pukul 9 malam, saya dalam perjalanan balik dari pejabat. Nak naik lrt di stesen Kelana Jaya.

Berjalan menuju tangga, saya nampak ada sekumpulan budak-budak cina sibuk tahan penumpang yang naik turun tangga tu. Diorang pakai t-shirt seragam, pegang clipboard dan ada beberapa benda di tangan. Selalunya jangan haraplah saya mahu melayan salespeople macam ni, jadi dari jauh lagi saya dah buat-buat muka nak cepat dan jalan laju-laju.


Nak dekat sampai tangga, seorang budak lelaki mendekati saya. "Miss...hi miss, can you help me?"

"Sorry, I'm in a rush. No thanks," dan saya terus menaiki tangga.


Ingatkan dah selamat, tapi budak lelaki tu kejar saya dan terus naik berdiri di hadapan saya. Oh shit. Trapped.

Belum sempat saya kata apa-apa, dia terus hulur clipboard yang dipegang pada saya. Hi miss, can you help me, please?"

Saya tak ambil clipboard yang dihulur. Sekali lagi saya kata "I'm late. So sorry. You find someone else okay."

Bila saya cakap macam tu, lagi lah dia dekat dengan saya. Memang dah takde ruang untuk saya nak bergerak. Dia sambung lagi merayu-rayu suruh saya tolong dia. Saya kata taknak. Dia membebel lagi. Saya tengok ada 5-6 lagi orang yang dah kena 'tahan' macam saya. Beriya diorang dengar cerita budak-budak tu. Mampus lah lambat kalau macam ni.


Budak cina tu tarik hujung lengan baju saya. "Miss, you bagi I 5 minutes saja, please.."

Menyampah betul lah. "Okay, okay. What is it?"

Muka budak tu terus lega. Kesian pulak tengok dia macam tu. Dah berapa orang reject agaknya kan? Entah-entah dari pagi buat benda ni.

"Miss, please tolong I. We're students, kita kena kutip ini, signature semua untuk project. Nanti kena bagi to our lecturer. Please help me-"
katanya sambil menghulur clipboard tu sekali lagi pada saya.
"-you write you name here, please. And sign here."


Saya tengok clipboard tu, ada sehelai kertas A4 dengan a few columns. Nampak macam petition form. Adalah dekat 10 signatures kat situ, and i think he still has about 2/3 to go. Kesian pulak. especially bila dia kata dia student.

Saya ingat lagi cemana time buat survey untuk thesis dulu, tercongok mintak orang isi borang-borang survey tu dengan muka tebal. Nak approach orang pun naik segan lepas kena reject 5-6 kali. Simpati saya terus berganda pada budak muka berminyak tu.

"So you nak I buat apa?"

Dia sengih. "Just write your name here, and sign here. Very easy."

Okaylah, saya pun ambik pen dia, tulis nama, isi nombor ic, sign alakadar dan bagi balik clipboard tu pada dia. "Nah," siap bagi senyuman lebar lagi.

So saya ingat saya dah boleh gerak lah kan, tapi budak tu tak ketepi pun. Yang dia buat adalah kata "So you want to give how much? Minimum 20."


La, apa pulak ni....."What do you mean by 'how much'?"


Dengan muka selamba, dia kata "Ya you already commit, you sign the paper so how much you want to give? This is derma for poor kids. We give present for your money."


Macam cib-
Apahal pulak tetiba jadi derma kan? Tadi cakap mintak sain je. Ni nak duit pulak. Saya tengok balik clipboard tu, memang ada column dengan a few numbers in it, tapi tak bertajuk. 20, 30, 50. So decieving!



"You said nothing about money. Tadi cakap lain," suara saya dah tinggi sikit. Ada sorang uncle India yang tengah turun dah pandang-pandang kitorang.

Budak tu berkeras tak nak ke tepi dan terus ulang-ulang pasal derma lah, help us help the poor la hape lah, macam-macam mak nenek dia membebel.

Rasa nak terajang je budak tu pun ada gak, tapi disebabkan dah malam, saya penat gila dan saya malas nak dengar dia membebel lagi, saya pun tarik keluar purse. Bukak-bukak purse, saya cuma ada RM50 sahaja. Ah bongok, ni hujung bulan, memang la takde duit. Shit!

"Okay, okay, I give you twenty, okay? Can you please stop?"

Budak tu terus diam, kenyih-kenyih dan bukak backpack dia. Dia keluarkan kotak cenonet. "This is 20. If you give 40, I give you a teddy bear," sambil tunjuk keychain beruang bodoh "and if you give 50, I give you this notepad and windfan."


Kali ni ko pujuk macamana pun takdenye aku nak bagi lebih. Saya kata 20 is 20, cepat sket. Budak tu ambik duit saya dan panggil kawan dia bawak duit tukar. Masa kawan dia dok sibuk seluk poket, dia masih pujuk saya bagi duit lebih. Saya buat bodoh je.

Dia buat-buat pulak nak borak dengan saya, sibuk cerita yang kat dalam kotak kecik tu ada hadiah surprise yang boleh guna bagi boyfriend saya lah, saya ada boyfriend ke tak, saya kerja mana bla bla bla bla bla-
saya cuma fikir nak pelempang je muka dia masa tu.

Masa dia membebel tu lah saya baru perasan, dia takdelah muda mana pun. Lepas tu, diorang tak tunjuk apape ID card pun. Gaya kengkawan dia yang lain pun sungguh tak meyakinkan bahawa diorang tu pelajar kolej yang tengah buat assignment. More like salesmen to me. Cis, nampak sangat saya dah kena tipu. Ntah apa punya syarikat scam ni, dan saya boleh pulak terjebak. Adusss...


Tiba-tiba dia hulur balik kat saya RM20 je.


"I said I'm giving you 20. Not 30," masa ni saya memang dah menyampah dah kat dia. "That's my last cash until the end of this month."

"Ala miss, you give 30 lah okay. Sap-sap sui. Kaw tim lah ha."

"Kawtim? No, no, I want my full change!"


Pedulilah saya dia nak pikir saya cheapo ke hapa ke, memang saya dah tak ada duit langsung masa tu. Kalau ikutkan saya boleh je tolak dia dan blah macam tu je kan, dah kira baik dah saya nak bagi 20 tu.

Disebabkan orang dah mula pandang-pandang kitorang, budak tu pun terus pulangkan RM10 saya. Saya ambil duit saya dan sumbat dalam poket seluar. Terus pusing untuk panjat tangga. Masa tu saya cuma mahu naik tren balik rumah dan tidur.



Tapi dia tak habis lagi!

"Ah miss, you help my friend please. Just sign only, this time sign only on her paper, " kata budak lelaki tu sambil tunjuk kawan perempuan dia yang macam lapdog gedik terkenyeh-kenyeh sua clipboard dia kat saya.


Kali ni memang ko memang menempah maki la kan. "Sign kepala hotak ko! Sign sendiri!"


pastu saya saja cakap kuat-kuat bagi orang yang tengah sesak turun tangga tu dengar


"Next time you want people to donate money, do it at the beginning of the month, not at the end of the month. Orang tak ada duit lah nak bagi 'derma' berpuluh ringgit macam ni at this time."

Lepas tu saya blah naik tangga.

Di ekor mata saya, saya nampak budak perempuan tu tergamam dan budak laki tu melopong, lepas tu cepat-cepat cover hensem.

Bila dah sampai atas, saya toleh ke belakang. Semua orang yang turun tangga tu avoided them like the plague. Semua orang geleng dan refuse to stop. Ada beberapa yang diorang terpaksa ikut sampai luar stesen. Padan muka ko, nak sangat menipu.



Nak tahu apa kejadahnya isi kotak kecik nak mampus tu yang 'boleh menggembirakan hati boyfriend you' tu?



Siap bubuh pricetag. Padahal saya tengok benda ni
ada jual kat kedai 2ringgit aritu.



Memang, memang bahagia sungguh boyfriend aku.
Boyfriend aku budak sekolah rendah agaknya.



Macam-macam cara orang nak menipu, kan?

mampus tandus

Friday, September 10, 2010

I remember the time when I used to write good posts. Lately, everything I write seems so blaise. What happened?

I need to find my mojo back. Pronto.
Published with Blogger-droid v1.5.8

bluek

Thursday, September 09, 2010

perghhhhh, ape tak jiwang ke posting yang sebelum ni?

Sebenarnya prosa tu tak ada kena mengenal pun dengan kehidupan gua, saja je gua nak test kejiwangan gua menulis benda-benda gedik, haha. Bila dah baca balik, corny siot.
(lama gila tak guna perkataan siot. nampak sgt dah tua)

Okay, I'm getting back to preparing raya stuff. Gua dah selesai pack kuih raya untuk bawak balik kampung & siapkan bekal untuk bersahur on the way balik kampung jap lagi. Ni nak kemas dapur pulak. Amacam, cukup gadis ke tidak gua ni hahaha~~~

Selamat!


Published with Blogger-droid v1.5.8

Robotik

Kau tuangkan eliksir cinta
Melincir hati robotik ku

Kini aku tak mampu
Berdegup tanpamu

Yang tersalur dalam pembuluh
Menjalar ke seluruh tubuhku
Adalah keterbatasan tubuh besi ku
Namun kau mematri ideologi
Yang membenarkan aku
Berlari lebih bebas dari lingkungan mindaku

Biar rapuh tubuhku
Sanggup ku tenang lautan semesta
Agar dapat terus ku nikmati
Pemacu nadiku, eliksir cintamu.
Published with Blogger-droid v1.5.8

lusa raya, kan?

Wednesday, September 08, 2010

Cubaan melukis dengan tangan kanan memang jahanam!


Bagi saya, raya tahun ini seperti segan-segan sahaja untuk muncul. Mungkin kerana saya tidak ke pejabat dan bergegas menyiap kerja sebelum deadline anak bulan, dan besar kemungkinan juga kerana tahun ini saya terlepas dari ritual membeli-belah di Masjid India.

Walau apapun, saya harapkan Syawal anda tidaklah selemau saya, dan semoga anda (ya anda yakni 2 pembaca blog ini kot haha) selamat sampai ke destinasi Yang dituju dan dapat berhari raya bersama keluarga dan sanak handai yang lama tak dijengah.

Untuk rakan taulan yang jauh di mata tapi dekat di hati, mohon diampunkan salah dan silap, segala kekurangan sifat mahupun pekerti. Anda ada terkasar bahasa atau terlajak kata, mohon dimaafkan. Ada kalanya lidah ini lebih pantas berbicara sebelum sempat akal menaakul.


Salam Aidilfitri untuk semua!



ps: Doktor, gua nak makan riang ria macam diorang jugak... please!!! huhu~~~
Published with Blogger-droid v1.5.8

Gile random #15

Monday, September 06, 2010

sesi orang menjual karpet... terasa nostalgia zaman jual beli hutang bayar bulan-bulan versi raya tahun dolu-dolu. taman saga, ampang. 3 Sept 2010
Published with Blogger-droid v1.5.8

Meme dan memey adalah 2 perkara berbeza

Saturday, September 04, 2010

Argh bosan, mari buat Meme. Lama gila dowh tak buat menatang ni.



Last Road Trip
KL-Redang-KL March 2010 with Tasha, Nurul and Mar. Lebam jadi co-pilot sepanjang perjalanan dari midnight sampai pagi. Jalan pantai timur very the mencabar kejelasan mata. Padan muka, sapa suruh takde lesen.

Last Bad Advice
Most probably the advice about eating properly by an obese cousin. Motif ko lecture aku sedangkan ko sendiri pun hazab?

Last Movie I Saw in a Theater
Rasanya Karate Kid.

Last TV Show Watched
How I met your mother. Barney and Marshall, adorable!

Last TV Show I Enjoyed Watching
House. Can't wait for season 7!

Last Book I Tried to Read
Queen of New Beginnings. Selalunya tak menyempat-nyempat nak baca semua buku, tapi sepanjang sakit ni satu pun payah nak habis. Apasal ah?

Last Thing I Left Home Without
My office tag, about a month and a half ago. Since then I pretty much have everything with me.

Last Take Out Meal
Minggu lepas rasanya.

Last Celebration
Buka puasa dengan Vouchers aritu meriah gila tahap celebration dah :)

Last Item Loaned Out and Haven’ t Gotten Back
My green Vertikal backpack. Mungkin minggu depan kot.

Last New Words Added to Vocabulary
menyempat-nyempat, into phone's vocabulary.

Last New Word of a Foreign Language Learned
piaf, meaning sparrow in French

Last T- Shirt Acquired
the grey tee with retro lights design


Last Package Received
Last week, a parcel of stuff I purchased online. My stuff lite2 la tapi the caftan yang beli untuk mak memang meletop!

Last Web Site Visited
Facebook

Last Injury
Operation buang cyst aritu kira injury tak?

Last Run In with the Law
Never uols. I lah wanita bepekerti mula idaman mak mertua sedunia tau! hik hik

Last Place I’d Want to Live
Jamban awam di funfair sekitar tahun 80an. Sila bayangkan.

Last Physical Fight
10 tahun lepas kot.

Last Magazine Read
In trend.

Last Thing I Broke
My own heart huhu

Last Thing I Fixed
My toothbrush holder

Last Thing That Made Me Laugh
Chit chat dengan mak pagi tadi.

Last Thing That Made Me Go Huh ?
Bila ada orang cakap "Cemana ko buat Memey kat blog?" pastu bila kita dah explain sebutan dia rhymes with dream, dia argue "Eh, m-e-m-e cemana pulak sebut dia 'mim'? Salah tu..."

Last Thought
Plan rambut esok dan rasanya nak belikan sofa baru untuk mak, tapi mampukah? *pitam*

Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Kelawar keliru

Selalunya tengahari time macam ni, saya duduk port kat kerusi merah one-seater sambil tengok tv cerita model main pose cantik sambil tikam belakang kengkawan untuk rebut jadi ratu chantek terbaru gitu.

Tapi semenjak mak bapak dah mula cuti ni, makin malas saya nak menonton, apatah lagi buat aktiviti membaca mahupun menidur. Saya spesis kelawar, duduk rumah mesti tutup semua lampu. Curtains pun diturunkan. I have an issue with privacy, and those yang dah lama baca blog ni memang tau yang saya ni paranoid sikit bila bab berada di rumah. Tapi mak bapak memang dari dulu suka buka lampu... uish cemana la diorang boleh ada anak macam saya, lain sangat.

Anyway, semenjak operation haritu, hidup saya memang di ruang tamu sahaja. Bapak beli seketul katil bujang dan letak di tepi tingkap ruang tamu sebab saya tak boleh naik tangga, takut stitches terkoyak. Baju saya mak bubuh dalam overnighter bag, dan memandangkan saya cuma boleh pakai kaftan (hazab, benci!!!!) maka beg itu lah wardrobe saya. Stool IKEA yang dah berzaman tak guna akhirnya jadi bedside table saya menampung ubat-ubatan, novel, tisu dan bongkahan pati haruan (Wan Nor Azlin jangan pura2 best dalam iklan okeh sebab tak sedap langsung!).

Disebabkan saya dan berbilikkan ruang tamu maka tipislah peluang saya bergolek atas katil (okay tipu, belum boleh bergolek lagi), tengok tv ikut suka hati mahupun surf internet sampai lebam.

Saya stress ni mainly sebab saya tak boleh tunduk, apatah lagi nak duduk atas lantai. Maka bila mak duduk atas lantai memotong kain berkoyan-koyan, agak kurang ajar lah kalau tiba-tiba saya nak buat mula kering duduk atas kerusi kaki terjuntai nak tengok tv, kan? Dah la tak boleh nak membantu, nak pulak pose tak beradap camtu. Tak pasal2 sakit dah baik, kena panah petir pulak.

Datang pula bapak yang mula-mula baca komik, lepas tu baca paper, lepas tu suruh saya baca komik dan paper tu sambil dia tengok movie cina kat tv, lepas tu nak narrate cerita tu untuk saya padahal saya dok baca paper. Tak layan, nurraka. Layan, kang masa bukak puasa kang diajaknya borak pasal cerita dalam paper tu, mau kena "La, kan tadi bapak tengok Yana dok baca, tak baca betoi ka?"

Macam-macam betul.


Ha, ni sekarang bapak baru selesai tengok cerita cina, dia tukar tengok Dance India Dance pulak. Kau hado bapak 1 Malaysia macam ni?
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

missing

Friday, September 03, 2010

The one thing I miss most about blogging from a computer is the ability to put captions on pictures... and putting pictures in between paragraphs. (Okay, 2 things.)

Sure, there are other irritating issues with mobile blogging ie typing speed, major scrolling activities and annoying autospell when writing in Malay, but those are things that I can live with and will improve in time once I get myself accustomed to the whole qwerty pad madness.

But not being able to properly lay out my posts, that annoys me to no end. I'm a sanguine, but I guess when it comes to doing layouts (even those of materials), my choleric monster sometimes rear its ugly head and vetoed all.

I'm currently using the Blogger-Droid app. It serves well for simple blogging (pictures first, text later) but I yearn for the wonderful complicated editing features you get when logging on and writing on the default Blogger posting page. Blogger-Droid does support certain html codings but unfortunately I never really studied the stuff. Tweaking and coding are two different things when it comes to html, and it's times like these that I envy my geekier web designing friends.

It's a good thing that this post doesn't need any pictures. I don't feel like being too anal this early in the morning :)


Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Mengenal erti cinta

Wednesday, September 01, 2010

Malam ini bermulalah perjalanan soul - searching saya mengenal zaman lampau yang membentuk bangsa saya.

Saya tidak tahu samada jiwa saya sudah bersedia untuk menghadam
adunan mitos dan lagenda ulung ini, tetapi lebih baik saya baca makalah sebenar ini sebelum diperolok version filem hiburan yang bakal muncul tak lama lagi itu.

Wish me luck dan semoga saya bangkit dari makakah ilmu ini sebagai seorang yang lebih baik dari sebelumnya.
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

kegembiraan adalah milik orang kurus (or so they think)

Mata terpejam, saya duduk bersandar di divan cleopatra sambil menikmati kedamaian angin malam yang sepoi menyalut tubuh. Di tangan, segelas teh pudina. Di sisi, suara Jamie Cullum membelai jiwa.


"Sayang..." bisik si dia.

Saya sekadar menjungkit kening. "Hmm..."

Tangannya terus mengurut lembut bahu saya."You sayang I tak?"

"Em'hmm..."

"Betul-betul sayang?"

"Sayang."

"So kenapa I rasa macam you main-mainkan perasan I je?"

Saya menggeleng perlahan."Mana ada."

"Habis tu kenapa setiap kali I ajak you pergi work-related events I, you tolak? I dah naik segan dah nak jawab, sampai selalunya I diam dan senyum je. Orang dah mula kata I ni kooky lah, eccentric lah... sombong jangan cakap lah kan."


Saya mendongak, memandang mukanya yang masam mencuka. Bibirnya sedikit menjuih, jemarinya berhenti mengurut dan erat memegang bahu saya tanda protes.


Tersenyum, saya bangkit mengalih ke belakang menghadap tubuhnya. Ketinggiannya membuat saya sedikit melangut untuk merenung matanya. Saya belai lembut rambutnya yang mengurai mencecah bahu.

"Rambut you dah makin panjang lah."

Dia menghentak kaki dengan lembut."Jangan lah tukar topik! Jawab soalan I tadi."

Sambil membelai pipinya, saya berbisik, "Sayang, bukan I taknak temankan you, tapi bila you pergi event macam tu, you milik orang ramai. I tak boleh marah kalau you tak dapat layan I, dan orang pula akan rasa tak selesa nak berbual seselesanya dengan you kalau I ada. I want to let you bask in your glory, sayang. Bila you balik, I sentiasa menunggu dengan setia. Kan?"

Cebikan bibirnya sedikit demi sedikit berubah manis."Ye, you selalu ada untuk I. Cuma..."

"Ok, ok. Next event I temankan you. Tapi you kena janji jangan jadi sourpuss sangat dan layan semua orang seadanya, okay? No half baked answers, no quirky quipts."


"Ergh, I hate those people lah, tapi kalau you ada I sanggup gagahkan juga lah layan diorang," katanya sambil membalas usap wajah saya.


Tubuhnya menggigil, mungkin kerana angin malam semakin kuat menderu. "You sejuk ye? Kenapa tak pakai baju..."

Saya bangun dan menarik lengannya."Jom masuk."


Senyumnya makin melebar. Dia ketawa lembut sambil pantas mengikut langkah saya. "Ni yang I suka relationship kita, ni," katanya.

"Kenapa?" tanya saya walaupun sudah saya jangka jawapannya.

"Sebab dengan semua orang, I adalah Johnny Depp si pelakon serius yang pelik, tapi dengan you I'm just plain Johnny, your love."

Giliran saya pula untuk ketawa. "Itu sebab mereka cuma berfantasi dengan karektor you, tapi I berialiti."

Dia ketawa besar, nadanya penuh bangga. Belum sempat saya berbuat apa-apa, dia pantas menarik saya masuk ke bilik. "Jom, sayang!"



Jamie Cullum terus menyanyi bertemankan secangkir teh pudina yang kian menyejuk.


*****

Syoknya berangan hehehe!




Published with Blogger-droid v1.5.3.1