Pages

Somebody has to say it! vol.2

Monday, August 23, 2010

Dulu saya dah pernah tulis tentang perkara irritating yang selalu terjadi di sekeliling kita tapi jarang sekali ditegur oleh sesiapa. Ha, kali ini ada lagi!

Ya, saya tahu bulan puasa tak elok rage-rage ni, but somebody has to say it! Bersedialah untuk ragefest bongok tapi benar ini!


Bahasa sendiri pun jahanam?
Ok, bukan semua orang reti cakap bahasa inggeris dengan sempurna. Ia bukan bahasa utama kita, jadi sebutan pelik dan broken English memang boleh dimaafkan, terutamanya Jika dilafaz oleh makcik pakcik yang tak belajar tinggi. Contohnya, cuba suruh Makcik Jainab kat pasar Siti Khadijah tu sebut Carrefour, mau tegeliat lidah dia. Jadi, kes macam ini boleh dimaafkan.

Tapi apekejadahnya bahasa Melayu sendiri pun jahanam?!

Paling saya menggelijat panas telinga dengar adalah perkataan 'pogrem', 'syekshen' dan 'trekshutt'.
Yang sebut benda-benda ni pun bukannya orang tak habis sekolah, eksekutif lulusan universiti terkemuka pun buat, orang ternama pun buat, dan paling sedih skali, media pun buat.

Baru-baru ini saya menonton rancangan di stesen tv swasta yang ala2 hip dan muda remaja. Chewah, minah host ni punya la pung pang cakap bersulam perkataan inggeris yang boleh tahan bombastik, macam gila educated lah dia. Sekali di hujung rancangan tu, dengan yakin dia kata "Don't forget to stick with XX sebab kita ada macam-macam pogrem khas, dan pogrem-pogrem ini memang spesyelli untuk you all!"

Aduyai.



Lelaki tak ada telor
Anda lelaki? Berumur 20 tahun ke atas? Sudah berkerja? Ada girlfriend? Dah pasang angan nak kahwin? Masih mintak 'pinjam' duit dari mak bapak sebab gaji masuk minggu depan tapi kasut dah koyak jadi segan kat orang office (sebenarnya malu awek tengok) jadi nak beli kasut baru ASAP? Tahniah, andalah lelaki tak ada telor yang kita cari itu!

Nampak macam macho... kaca mata hitam tinted, rambut pacak, t-shirt polo kolar dinaikkan, seluar jeans Levis, kasut kilat atau sneakers hebat. Bawak awek keluar dating, tak nak kalah, makan cuma di restoran nama mat saleh macam Tony Romas, paling koman pun TGI Fridays.

Tapi dekat hujung bulan, pinjam duit mak bapak. Kalau sekali dua tak apa, ni tiap-tiap bulan. Lu nak kawen anak dara orang, tapi duit minyak lu pun lu tak boleh nak manage, ape cerita, Der?

Lebih sedih lagi kalau malas lu sama kuat dengan attitude poser lu. Kat rumah, perghh angkat jari pun tidak. Pandai menyepah, nak tolong kemas harammmmm. Konon-konon dah penat membanting tukang kerja jadi di rumah guna pakai tradisi Arab kuno iaitu lelaki dilayan macam raja dan perempuan (mak, kakak, adik) semua tukang masak, tukang cuci, silap-silap merangkap tukang cebok.

Memang al-quran ada sebut, lelaki wataknya pencari rezeki, wanita wataknya mithali di rumah. Tapi lu satu sen pun tak contribute kat household lu, pastu orang lain pun kerja juga, bukan lu sorang je. Lu tak kesian ke tengok mak bapak lu yang dah pencen tu masih kena hulur duit kat lu padahal patutnya lu yang jaga diorang?

Saya tahu, perkara ini tentu akan diprotes ramai lelaki. Saya sendiri pun dah boleh nampak 3-4 kenalan yang pasti butthurt bila membaca rage ini. Tapi ini kenyataan dan walau pahit macamana pun, kena terima.

Lagipun, kalau lu bagus sangat, kalau lu ada telor, lu mesti tak buat semua ni dan tak terasa kan?



"I'm a designer (ciplak) girl!"
Wah wah, yakin ni pakai shades Gucci, beg tangan Coach, kasut Jimmy Choo, baju Ed Hardy. Bila bercakap, mesti sentuh pasal fesyen musim terkini walaupun hakikatnya Malaysia ni cuma satu iklim je. Mink coat lah, croc leather lah, Galiano Tom Ford Lagerfeld segala bagai.

Tapi oops, kenapa dari dekat Jimmy Choo jadi Jimmy Chus, Gucci hilang satu c, Coach sebenarnya Choch dan Ed Hardy jadi Ed Hardly?

Dan paling best sekali, kenapa confident pakai imitation grade C pegi launching party di kedai jenama elitis di Starhill, uols?

Gila lah?

Sedangkan imitation grade AA pun sebatu diorang boleh bau, apatah lagi PS Boutique, kan. Harus-harus lah uols kena halau dengan pak guard, walaupun uols datang berjemputan.

Nak bergaya tak salah, tapi ikutlah kemampuan. Kalau rasa tak mampu nak beli barangan berjenama yang ori, beli sahaja jenama biasa yang cantik. Sekarang ini kan banyak departmental store yang menjual baju berekaan terkini pada harga berpatutan. Tak pun, beli secara online atau di flea market. Itu lebih 'indie' dan indie kan the in thing sekarang ini.

Sudah-sudah lah tu. Vass macamana pun kau, grade ajaib tahap imitation langit ketujuh pun, kalau pakai LV Monogram Eden Neo tapi tiap-tiap hari naik bas, hmm, kita pun tau kan...



Cukup kot 3 rage untuk kali ini. Dah pukul 4 pagi ni, kalau dilayan rage hati mau sampai pukul 8 baru habis. Korang dah baca, korang renung-renungkan lah ya.

Selamat sahur!
(atau puasa atau berbuka, ikut time korang baca)
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

11 comments:

roxychick said...

tebabo!!!!!

My name starts with M said...

wahahhaha i like..
pogrem? nape aku tak penah notis..

azyze said...

roxy:
Adam stacy bergabung meletop.

mas:
ade, cuma kurang obvious...

naimsaleh said...

gua terlalu dan tetibe terlintas nak tinggal comment..

"Bahasa sendiri pun jahanam?"
yes..
gua org banjar tapi x tau cakap banjar..

"Lelaki tak ada telor"
sebab tu lelaki perlukan spesies kaum hawa utk jadi pelengkap..kalo ko x komplen kami x tau..harap maklum

azyze said...

naim:
1.orang tak tau yang cakap salah, dengan orang yang salah terang2 tapi keep on cakap gak, lain. sy ada kenalan yang refuse cakap nasi padprik, nak jugak cakap 'pabrik' sebab kata dia "selama ni I cakap pabrik takde org kata salah pun!"


2.hmm, ye la, men are fr mars, women fr Venus kata omputih. sifat, pemikiran dan mungkin tindakan berbeza mengikut jantina. tapi assholeness, saya rasa, tiada gender bias :)

roxychick said...

babe, aku pon kenal sapakah orang yang cakap 'pabrik' tu.. hahahaha..

azyze said...

roxy:
kenal sangat kan... sampai sekarang every time dia kata pabrik I sure flinch sket. but sukati dia lah, I dah tegur. cuma x sampai ati tgk org kedai selalu tanya 2-3 kali bila dia order, pastu senyum2.

ni dah kes macam 'drifen', orang dah sebut yg betul bnyk Kali kat dia pun dia still nak sebut Yang salah gak LOL

roxychick said...

hahaha.. belom jeleweri lagi.. kah kah kah!!!

p/s: i pon flinch dalam hati.. :p

azyze said...

oh damn I totally forgot that one! Ricky Martin & beyonce juga haha

fndrocka said...

haha.aku slalu membahasamelayukan bahasa omputeh...misalnya fesbuk, eksaited,sekret..annoying tak?annoying tak?

azyze said...

tak sebab aku yakin itu sekadar slanga ko dan ko tau bila dan bagaimana untuk menggunakan perkataan sebenar mengikut keadaan.

haha ko tak berjaya menjengkelkan aku!