Pages

Skil keperluan seorang adiwanita

Thursday, August 26, 2010

Semalam saya berbual panjang dengan seorang self-professed Casanova. Rakan saya ini, kita gelarkan dia CN lah ya, merupakan lelaki kacak, berharta dan cukup gentleman. Itu, serta inteleknya yang tinggi menjadikan dia pencinta wanita yang digilai ramai hati-hati sepi seMalaya.

Berbual dengan seorang kasanova, biar apa pun topiknya, pasti akan berpusat semula pada perempuan. Tapi peliknya perbualan semalam, tidak terjangka oleh saya.

"Aku macam teringin nak kahwin lah," tulisnya.

Memang terkejut juga, apa barang playboy nak kahwin? Dan kalau nak kahwin, mengapa tunggu? Tentu ramai yang sanggup menerkam jika diberi peluang.

"Aku menunggu seorang adiwanita," jawab CN ringkas.


Matilah, menunggu Superwoman katanya...


"Mana ada such a thing, bro," balas saya dalam nada skeptikal.

Ada, katanya. Adiwanita itu subjektif, lain orang lain kriteria impiannya.


Bagi CN, dia mahu wanita yang:

1. Pandai bicara tapi tahu bila untuk diam.
2. Cantik tapi tidak sedar akan kecantikannya.
3. Berkebolehan memasak, mengemas, mengurut dan mengurat (typical male!)
4. Girly tapi tahu perbezaan peranti dengan meranti, apa itu geek-lingo dan kepentingan binaries dalam hidup seharian
5. Bukan Melodi junkie dan doesn't give a rat's ass about whose marriage Fasha Sandha is currently wrecking (yang ini saya setuju)
6. Tahu bergaya, tapi tak kekok berkain batik bila perlu
7. Bijak menerima pujian tetapi sering merendah diri
8. Prihatin pada well-being suami, tapi turut peka pada kesihatan sendiri (betul, kita wanita are made to take care of others, not ourselves)
8. Bersedia membina keluarga dan turut bersedia memikul tanggungjawabnya
9. Tidak mudah melatah atau menggelabah, kecuali atas tujuan mengipas ego dan kegagahan suami
10. Tidak obses dengan berat badan dan persepsi orang kerana your husband loves you for who you already are! (Dia memang benci perempuan yang pura-pura makan)

Terdiam saya menghadam Adiwanita idealnya... ia buat saya terfikir tentang Adijejaka idaman saya (terpaksa mula from scratch sebab memang tak pernah terbayang)

Sebaik sebelum tidur, saya tersenyum & menggeleng sendirian. Kalau semua lelaki mahu Adiwanita sebegitu, nampaknya sampai mati pun saya tak dapat kahwin! *hehehe*
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

8 comments:

mizzyN said...

hihihihi
kalau begitu impiannya hanya boleh didapati daripada skrip2 drama imaginasi manusia aje. terlalu perfect utk manusia biasa. haih.

azyze said...

itu la pasal. aku kata, tu macam aku berangan nak kawen ngan johnny depp. dalam mimpi pun belum tentu dapat hehe

mizzyN said...

johnny depp pun maybe bukan seperfect mana agaknya
LOL

fndrocka said...

kalau dah jumpa spesifikasi sebijik..tapi perasaan sayang pulak takde...cemana?

ouT oF My MinD said...

aku rasa dia mau aku...hahhahahahhaha. keep dreaming man...

azyze said...

fndrocka: Alamak, sedihnya kalau macam tu!

ida: agaknye lah ek hehehe

roxychick said...

kalau adiputra?
.
.
.
.
.
.
.
eh.. dia dah kawen.. kah kah kah! :p

azyze said...

oh, kinda adi putra dengan rambut panjang yang baru itu... cisssss jangan kau sebut!!!