Pages

Busuk tapi sedap!

Monday, August 16, 2010

Satu benda yang kita tak boleh nak elak dalam hidup zaman sekarang ni adalah gosip.

Tiap-tiap hari ada saja gosip. Jika tidak kita menyampai, kita mendengar. Jikapun mengelak dari perbualan verbal, mata pula membaca pelbagai cerita panas melalui media. Kiri, kanan, atas, bawah gosip.

Kengkadang tu, tukang gosip siap boleh bela diri, "Gosip aku gosip membina okay. Ada kebaikannya."
*matila quote kawan*


Which brings me to the question, ada ke gosip yang baik?

Jom kita siasat!



1. Apa kata pakar?

Kamus Oxford kata, gosip adalah perbualan kasual atau tanpa sekatan berkaitan orang lain, selalunya berkenaan perkara yang tidak diketahui kebenarannya dan seringkali bersifat memburukkan seseorang.

(Sila baca 3 perkataan terakhir tu)


2. Konotasi Negatif

Bertapa teruknya gosip ni, sampai tak ada sesiapa yang sanggup mengaku diri sendiri kaki gosip. Walaupun orang dah sampai tahap bagi gelaran Tonah CNN skali pun, percayalah, tak mungkin ada yang mahu mengasosiasi diri dengan perkataan gosip.

Tak percaya? Beb, lu tengok, sedangkan geng rancangan Miludi pun sibuk cover line 'kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi'... malah Naz Hamad, Mishel Hanj ngan troupe mulut jahanam dia pun kencang dok gebang yang diorang bukan mencipta gosip tapi 'membongkar kebenaran'.

Apa bagusnya gosip tu bila otai gosip pun dah pandai belit alasan, kan?


Ha, sekarang ni kita dah tau dah kan So, bulan Ramadhan ni eloklah kita kurangkan sikit sesi story telling tu ek. Networking-networking sambilan tu, abaikan aje la.

Kecuali kalau dah juicy sangat, Jangan lupa tepon Iols okay!
(lepas berbuka valid tak? haha)
Published with Blogger-droid v1.5.1

No comments: