Pages

Tak tahu

Saturday, August 28, 2010

"It's good to stay in the dark sometimes. It makes life interesting."

- George Christopher, Bored to Death
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Awas, pakai muffler dan Doc Martens please

Friday, August 27, 2010

Aku ni penyabar. Kalau tersentap pun, aku selalu tolak ke tepi, cuba lihat dengan positif.

Tapi

Bila engkau sudah buat onar besar dengan aku, jangan haraplah engkau boleh tebus bahalol engkau tu dengan 'Sorry, babe.'

Macam kawan aku pernah cakap,
"When she's really angry, you won't be safe standing 10 feet from her coz she spews venom like a gold medal psycho-snake."

Ditto. Now grovel!
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Skil keperluan seorang adiwanita

Thursday, August 26, 2010

Semalam saya berbual panjang dengan seorang self-professed Casanova. Rakan saya ini, kita gelarkan dia CN lah ya, merupakan lelaki kacak, berharta dan cukup gentleman. Itu, serta inteleknya yang tinggi menjadikan dia pencinta wanita yang digilai ramai hati-hati sepi seMalaya.

Berbual dengan seorang kasanova, biar apa pun topiknya, pasti akan berpusat semula pada perempuan. Tapi peliknya perbualan semalam, tidak terjangka oleh saya.

"Aku macam teringin nak kahwin lah," tulisnya.

Memang terkejut juga, apa barang playboy nak kahwin? Dan kalau nak kahwin, mengapa tunggu? Tentu ramai yang sanggup menerkam jika diberi peluang.

"Aku menunggu seorang adiwanita," jawab CN ringkas.


Matilah, menunggu Superwoman katanya...


"Mana ada such a thing, bro," balas saya dalam nada skeptikal.

Ada, katanya. Adiwanita itu subjektif, lain orang lain kriteria impiannya.


Bagi CN, dia mahu wanita yang:

1. Pandai bicara tapi tahu bila untuk diam.
2. Cantik tapi tidak sedar akan kecantikannya.
3. Berkebolehan memasak, mengemas, mengurut dan mengurat (typical male!)
4. Girly tapi tahu perbezaan peranti dengan meranti, apa itu geek-lingo dan kepentingan binaries dalam hidup seharian
5. Bukan Melodi junkie dan doesn't give a rat's ass about whose marriage Fasha Sandha is currently wrecking (yang ini saya setuju)
6. Tahu bergaya, tapi tak kekok berkain batik bila perlu
7. Bijak menerima pujian tetapi sering merendah diri
8. Prihatin pada well-being suami, tapi turut peka pada kesihatan sendiri (betul, kita wanita are made to take care of others, not ourselves)
8. Bersedia membina keluarga dan turut bersedia memikul tanggungjawabnya
9. Tidak mudah melatah atau menggelabah, kecuali atas tujuan mengipas ego dan kegagahan suami
10. Tidak obses dengan berat badan dan persepsi orang kerana your husband loves you for who you already are! (Dia memang benci perempuan yang pura-pura makan)

Terdiam saya menghadam Adiwanita idealnya... ia buat saya terfikir tentang Adijejaka idaman saya (terpaksa mula from scratch sebab memang tak pernah terbayang)

Sebaik sebelum tidur, saya tersenyum & menggeleng sendirian. Kalau semua lelaki mahu Adiwanita sebegitu, nampaknya sampai mati pun saya tak dapat kahwin! *hehehe*
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Somebody has to say it! vol.2

Monday, August 23, 2010

Dulu saya dah pernah tulis tentang perkara irritating yang selalu terjadi di sekeliling kita tapi jarang sekali ditegur oleh sesiapa. Ha, kali ini ada lagi!

Ya, saya tahu bulan puasa tak elok rage-rage ni, but somebody has to say it! Bersedialah untuk ragefest bongok tapi benar ini!


Bahasa sendiri pun jahanam?
Ok, bukan semua orang reti cakap bahasa inggeris dengan sempurna. Ia bukan bahasa utama kita, jadi sebutan pelik dan broken English memang boleh dimaafkan, terutamanya Jika dilafaz oleh makcik pakcik yang tak belajar tinggi. Contohnya, cuba suruh Makcik Jainab kat pasar Siti Khadijah tu sebut Carrefour, mau tegeliat lidah dia. Jadi, kes macam ini boleh dimaafkan.

Tapi apekejadahnya bahasa Melayu sendiri pun jahanam?!

Paling saya menggelijat panas telinga dengar adalah perkataan 'pogrem', 'syekshen' dan 'trekshutt'.
Yang sebut benda-benda ni pun bukannya orang tak habis sekolah, eksekutif lulusan universiti terkemuka pun buat, orang ternama pun buat, dan paling sedih skali, media pun buat.

Baru-baru ini saya menonton rancangan di stesen tv swasta yang ala2 hip dan muda remaja. Chewah, minah host ni punya la pung pang cakap bersulam perkataan inggeris yang boleh tahan bombastik, macam gila educated lah dia. Sekali di hujung rancangan tu, dengan yakin dia kata "Don't forget to stick with XX sebab kita ada macam-macam pogrem khas, dan pogrem-pogrem ini memang spesyelli untuk you all!"

Aduyai.



Lelaki tak ada telor
Anda lelaki? Berumur 20 tahun ke atas? Sudah berkerja? Ada girlfriend? Dah pasang angan nak kahwin? Masih mintak 'pinjam' duit dari mak bapak sebab gaji masuk minggu depan tapi kasut dah koyak jadi segan kat orang office (sebenarnya malu awek tengok) jadi nak beli kasut baru ASAP? Tahniah, andalah lelaki tak ada telor yang kita cari itu!

Nampak macam macho... kaca mata hitam tinted, rambut pacak, t-shirt polo kolar dinaikkan, seluar jeans Levis, kasut kilat atau sneakers hebat. Bawak awek keluar dating, tak nak kalah, makan cuma di restoran nama mat saleh macam Tony Romas, paling koman pun TGI Fridays.

Tapi dekat hujung bulan, pinjam duit mak bapak. Kalau sekali dua tak apa, ni tiap-tiap bulan. Lu nak kawen anak dara orang, tapi duit minyak lu pun lu tak boleh nak manage, ape cerita, Der?

Lebih sedih lagi kalau malas lu sama kuat dengan attitude poser lu. Kat rumah, perghh angkat jari pun tidak. Pandai menyepah, nak tolong kemas harammmmm. Konon-konon dah penat membanting tukang kerja jadi di rumah guna pakai tradisi Arab kuno iaitu lelaki dilayan macam raja dan perempuan (mak, kakak, adik) semua tukang masak, tukang cuci, silap-silap merangkap tukang cebok.

Memang al-quran ada sebut, lelaki wataknya pencari rezeki, wanita wataknya mithali di rumah. Tapi lu satu sen pun tak contribute kat household lu, pastu orang lain pun kerja juga, bukan lu sorang je. Lu tak kesian ke tengok mak bapak lu yang dah pencen tu masih kena hulur duit kat lu padahal patutnya lu yang jaga diorang?

Saya tahu, perkara ini tentu akan diprotes ramai lelaki. Saya sendiri pun dah boleh nampak 3-4 kenalan yang pasti butthurt bila membaca rage ini. Tapi ini kenyataan dan walau pahit macamana pun, kena terima.

Lagipun, kalau lu bagus sangat, kalau lu ada telor, lu mesti tak buat semua ni dan tak terasa kan?



"I'm a designer (ciplak) girl!"
Wah wah, yakin ni pakai shades Gucci, beg tangan Coach, kasut Jimmy Choo, baju Ed Hardy. Bila bercakap, mesti sentuh pasal fesyen musim terkini walaupun hakikatnya Malaysia ni cuma satu iklim je. Mink coat lah, croc leather lah, Galiano Tom Ford Lagerfeld segala bagai.

Tapi oops, kenapa dari dekat Jimmy Choo jadi Jimmy Chus, Gucci hilang satu c, Coach sebenarnya Choch dan Ed Hardy jadi Ed Hardly?

Dan paling best sekali, kenapa confident pakai imitation grade C pegi launching party di kedai jenama elitis di Starhill, uols?

Gila lah?

Sedangkan imitation grade AA pun sebatu diorang boleh bau, apatah lagi PS Boutique, kan. Harus-harus lah uols kena halau dengan pak guard, walaupun uols datang berjemputan.

Nak bergaya tak salah, tapi ikutlah kemampuan. Kalau rasa tak mampu nak beli barangan berjenama yang ori, beli sahaja jenama biasa yang cantik. Sekarang ini kan banyak departmental store yang menjual baju berekaan terkini pada harga berpatutan. Tak pun, beli secara online atau di flea market. Itu lebih 'indie' dan indie kan the in thing sekarang ini.

Sudah-sudah lah tu. Vass macamana pun kau, grade ajaib tahap imitation langit ketujuh pun, kalau pakai LV Monogram Eden Neo tapi tiap-tiap hari naik bas, hmm, kita pun tau kan...



Cukup kot 3 rage untuk kali ini. Dah pukul 4 pagi ni, kalau dilayan rage hati mau sampai pukul 8 baru habis. Korang dah baca, korang renung-renungkan lah ya.

Selamat sahur!
(atau puasa atau berbuka, ikut time korang baca)
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Gambar-gambar yang mencabar bila tengok waktu puasa

Iftar dengan vouchers memang meriah gila. Walaupun tanya berempat pada mulanya (kemudian berlima), sungguh gamat jadinya. Masuk bawah meja lah, operasi sorok makanan lah, 'gosip ringan'...

Memang indah!
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

nyum

Friday, August 20, 2010

The pictures you see above are (or were, coz they were gobbled up right after the pics were taken) the capillary-blocking, cardiac arrest- inducing, yummylicious stuff from William's.

Those who have tried their food would know that the roadside wonderstall serves some of the most gastronomical wonders of both local and western cuisine. You'd never guessed, but behind the shabby interior (if you can call it that) lies a menu that is fit for a 5star hotel!

Right now I'm hankering for some of their heavenly spaghetti seafood carbonara. Oh, the thought of those huge, fresh, juicy prawns and clams and squids covered in a thick carbonara sauce is just... urgh too torturing!

The doctor has banned me from taking any carbs, fat, seafood and preserved stuff. So no pasta, no rice, no oily food, no yummeh seafood carbonara... not even kuehtiaw noodles et al.

You might say, how is she to know, makan aje la. Who am I kidding, my mom is quite strict about my food intake, and besides, I'm not risking my wound's recovery for some prawns. Itchy and scratchy, no thanks siree...

So I'll just keep torturing myself with the pictures and memories... huhuhu.

Alamak, sakit perut pulak. Toodles!
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Hampeh

Saya baru saja selesai menulis satu posting yang panjang, malangnya app Blogger-Droid yang saya gunakan ini boleh pula mengghaibkannya.

Nanti sahaja lah saya menulis. Hari ini mahu pergi jumpa doktor. Harap-harap semuanya berjaya lancar.
Published with Blogger-droid v1.5.3.1

Busuk tapi sedap!

Monday, August 16, 2010

Satu benda yang kita tak boleh nak elak dalam hidup zaman sekarang ni adalah gosip.

Tiap-tiap hari ada saja gosip. Jika tidak kita menyampai, kita mendengar. Jikapun mengelak dari perbualan verbal, mata pula membaca pelbagai cerita panas melalui media. Kiri, kanan, atas, bawah gosip.

Kengkadang tu, tukang gosip siap boleh bela diri, "Gosip aku gosip membina okay. Ada kebaikannya."
*matila quote kawan*


Which brings me to the question, ada ke gosip yang baik?

Jom kita siasat!



1. Apa kata pakar?

Kamus Oxford kata, gosip adalah perbualan kasual atau tanpa sekatan berkaitan orang lain, selalunya berkenaan perkara yang tidak diketahui kebenarannya dan seringkali bersifat memburukkan seseorang.

(Sila baca 3 perkataan terakhir tu)


2. Konotasi Negatif

Bertapa teruknya gosip ni, sampai tak ada sesiapa yang sanggup mengaku diri sendiri kaki gosip. Walaupun orang dah sampai tahap bagi gelaran Tonah CNN skali pun, percayalah, tak mungkin ada yang mahu mengasosiasi diri dengan perkataan gosip.

Tak percaya? Beb, lu tengok, sedangkan geng rancangan Miludi pun sibuk cover line 'kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi'... malah Naz Hamad, Mishel Hanj ngan troupe mulut jahanam dia pun kencang dok gebang yang diorang bukan mencipta gosip tapi 'membongkar kebenaran'.

Apa bagusnya gosip tu bila otai gosip pun dah pandai belit alasan, kan?


Ha, sekarang ni kita dah tau dah kan So, bulan Ramadhan ni eloklah kita kurangkan sikit sesi story telling tu ek. Networking-networking sambilan tu, abaikan aje la.

Kecuali kalau dah juicy sangat, Jangan lupa tepon Iols okay!
(lepas berbuka valid tak? haha)
Published with Blogger-droid v1.5.1

Another goodbye

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan memang banyak dugaannya.

My beloved Aunty Siti Hawa passed
away peacefully pagi tadi, lepas subuh. Allah is kind, she left us in Ramadhan.

Aunty Siti's health started deteriorating last year when her kidneys failed, and she fell into a deep coma. Dengan izin Allah, she prevailed, much to the relief of family & friends. However, soon after, her diabetes kicked in. It became worse and after numerous medical and spiritual efforts, they had to amputate her leg last month.

Things were starting to look good when she suddenly lapsed and got admitted again on Thursday. Turned out she had suffered a stroke and had numerous blood clots in her brain. All they could do was wait.

Mak was just finishing Subuh this morning when she received a call saying that Aunty Siti was tenat. Not long after, we received another call. She had passed away.

We're all very sad, but in a way I am also happy that she was relieved from her pain.She's gone through so much, it's time for her to rest.

I'm sure she's on her way to the pearly gates, to be with Shani, Tok Wanjah and those waiting on the other side.

Aunty Siti, you were one heck of a lady, and you will be remembered forever.

You will be missed. Al-fatihah...
Published with Blogger-droid v1.5.1

Semalam

Friday, August 13, 2010

Aku janjikan dia cahaya rembulan sebagai selimut dan taburan bintang sebagai mahkota.

Aku janjikan deruan bayu pagi menyalut setiap langkahnya dan embun subuh penyaman tekaknya.

Aku janjikan semesta menjadi dirgahayunya dan aku peneman setianya.

Semuanya aku janjikan, menanti saat dia tiba untuk segalanya dimetrai.
Published with Blogger-droid v1.5.1

bukan puasa biasa

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan sering menjadi lembar baru bagi kebanyakan kita. Ia menjadi platform kita membayar hutang salah-silap lama dengan ibadah beriltizam tinggi yang penuh keikhlasan hendaknya.

Tahun ini saya mahu cuba mengelak dari tabiat kebiasaan Ramadhan. Kalau terdaya, tak mahu buffet buka puasa, mahu penuhkan quota sahur dan insyaallah kurangkan sesi umpatan tak sengaja. Memandangkan saya akan banyak berada di rumah, insyaallah boleh rasanya.

Bagi a certain someone yang akan menyarung tudung buat pertama kalinya ke pejabat, saya doakan kamu selesa dan akan terpanggil untuk meneruskannya. Aku admire kau... insyaallah satu hari nanti aku menyusul.

Selamat berpuasa everyone.
Published with Blogger-droid v1.5.1

Dunia tanpa sempadan

Friday, August 06, 2010

Korang pernah tak terfikir, apa agaknya keadaan hidup korang kalau tak wujudnya tv, telefon, komputer, apatah lagi internet?

Bunyi macam dasyat kan? Gua macam boleh dengar korang kata "Tak dapat beb, mampus Gua tak survive kalau takde benda-benda tu. Mati keras gua!"

Kalau ikutkan, gua pun macam rasa mustahil sikit, padahal gua diberanakkan di zaman dimana komputer tu asing seasing idea tinggal di planet Marikh. Time tu, telefon rumah pun poyo je bentuk bersegi warna coklat (warna standard huduh), dail pun main pusing-pusing. TV cuma ada 3 saluran, itupun petang baru mula siarannya.

Mungkin kerana penyebaran perubahan teknologi yang pesat dalam 20 tahun kebelakangan ini membuatkan orang-orang seperti saya terlupa akan the good old days. Yes, despite the lack of technology, those sephia coloured world of yesteryears were pretty good.


Kami tak buang masa duduk depan idiot box layan cerita, tapi kami main dengan kawan-kawan, merapatkan ukhwah. Kadang-kadang mandi sungai, kadang-kadang bersalut lumpur, kadang-kadang berpesta hujan. Back in those days we had something called Hobbies, but I doubt kids nowadays know what that truly means. Tengok YouTube siang malam doesn't qualify as a hobby ye.


So, hidup tanpa teknologi hebat...bunyinya macam mustahil, tapi kita boleh sebenarnya. Memang lah mula-mula tu hazab, tapi dah sifat manusia untuk mengadaptasi maka kita pasti dapat mengkondisi diri dengan apa yang ada (dan tidak ada).

Adakalanya gua rasa dunia tanpa sempadan ciptaan manusia ni lebih menjahanamkan dari membantu. Bila gua tengok budak-budak sekarang jadi graduan hasil thesis dan assignment plagiat, bila gua baca orang perangkap orang melalui chat room, bila gua tengok video budak-budak tempatan bawah umur upload video mengkongkek sana sini... gua jadi sedikut malu nak mengaku gua ni generasi dunia cyber tak berbenteng.

Tapi gua tak nafikan, bila gua sangap, teknologi membantu gua melayan minda yang slalu melayang jauh dari batas fizikal. Gua tak dapat nak menyangkal kebaikan dan kemudahannya.


Benda baik kalau banyak sangat boleh jadi buruk, kan. Maka, kuncinya adalah moderation atau kesederhanaan. Buat semuanya biar berpada dan sederhana, nescaya hidup jadi lebih sempurna ;)



Kalau lu orang kena sacrifice satu teknologi penting dalam hidup korang, what would it be, and why?

Kongsikan bersama!

Published with Blogger-droid v1.4.9

cepat

Thursday, August 05, 2010

Kadang-kadang kita buat macam-macam benda yang mengarut bila kita dipegang pundak emosi. Seperti menulis posting emo tentang adik sendiri dan kucing kesayangannya.

To be fair, adik saya sudi tidur 2 hari di hospital untuk menjaga saya. Di hospital, dia pinjamkan laptop pada saya untuk main game bila dia keluar dengan rakannya. Dia tolong uruskan saya di bilik air. Itu menunjukkan dia memang peduli akan sakit susah saya. Cuma mungkin simpati di hospital gandanya lebih dari di rumah. Ya, di rumah environmentnya lain.

Yang penting untuk anda semua tahu adalah orang sakit tak memerlukan simpati tinggi, tapi empati. Memahami itu jauh lebih tinggi nilainya dari mengasihani.

Dan orang sakit yang ini otaknya masih ligat berfikir, mencerna dan berimaginasi...

Hmm... rasa macam nak berak pulak. Masalah besar ni....

Published with Blogger-droid v1.4.9

venting

Wednesday, August 04, 2010

I think my sister cares for her cats more than she cares for me.

Why is it so hard to understand that even the smallest cat hair or 'hama' can trigger a sneeze? and that if I sneeze I'd most probably rip my stitches? And that would ultimately hurt (not to mention bleed me to death)?

I really feel like stripping my clothes off and showing her my already bloodstained plaster. Let her see how worse it would be if-

She even goes straight to the cats when she gets back from work. I don't even deserve a hello. Of course I don't, I'm the cat hater, for all she care.


Shish...

I know this is pretty immature, writing stuff like this online, but I really need to vent my frustrations, and this is the only way I know to do it without physically hurting myself. Crying would just stretch my abdomen and cause more pain than I care to endure.

Ya Allah, please let me see the light behind this wall of hurt and sadness. Give me strength to take care of myself and for me to get well ASAP without asking much from others, or hurting anybody's feelings. And please let this experience not tax my mom too much, heaven knows she's really trying to help... well, she's probably the only one not doing this begrudgingly.

Thanks for all the chances You've given me, and for the ones You will continue to bestow upon me with each dawn. Only You understand the depths of my heart, only to You could I weep, and only to You I shall one day return to. Amin amin ya rabbal al-amin.

Published with Blogger-droid v1.4.9

Long gone

Tuesday, August 03, 2010

"She's no longer here," he said without looking back.

"What do you mean? She's supposed to be here, she's a part of me."

He turned just then to look at the lady in the aubergine dress.

She was so beautiful, but she needed to know the truth. She needed to know that what she is now is the extent of her lies.

"Your spirit died the day you decided to swap your baggy jeans for tiaras and silk," and with that he walked away from her, into the rain.

And there she stood, motionless except for the trickle of tears running down her face. She knew she'd remember that cursed day forever. The day she'd forgotten that Mr. Royalty-Blood was Boyfriend Number 7, not Boyfriend Number 4.

Published with Blogger-droid v1.4.9

sakit

Monday, August 02, 2010

paling benci bila sakit bukannya sakit itu sendiri, tapi bila tak berupaya untuk melakukan apa-apa Dan tak berdaya mengawal perkara yang berlaku di sekeliling.

Rakan pejabat saya kata saya tanya perlu lupakan masalah dan kerisauan, hanya rehat di rumah dengan senang hati. Dia salah sungguh.

Rupanya di rumah lebih stress... entahlah. Doakan stress ini hanya sementara sahaja. Saya memang perlukan rehat ini...

Published with Blogger-droid v1.4.9