Pages

Kalau borak waktu rehat-rokok (andai kau merokok)

Wednesday, July 07, 2010


Setiap hari, kalau gua bangun dari kubikel kecik gua, jalan dua tiga tapak, keluar pintu belakang ke kawasan tangga kecemasan, inilah panorama yang gua nampak. Kenderaan berpusu-pusu keluar dan masuk ibu kota, asap kepul-kepul yang keluar dari serombong kilang bertentangan, billboard yang semakin lama semakin mencanak naik... semuanya macam terapi untuk kepala hotak gua yang sekali-sekala beku tak berimput.

Kengkadang gua macam jealous sikit kat bos-bos dan senior-senior kat opis gua sebab diorang dapat duduk dalam bilik berdindingkan kaca, boleh nampak luar. Bila serabut-serabut boleh bukak je blinds dan cari inspirasi dari dunia di luar kotak bata yang berubah tak henti. Bila di dalam opis, gua selalu terasa macam dalam time zone yang berbeza. Semuanya statik - meja statik, kubikel statik, internet pun dalam komputer keras statik...

Tau-tau dah waktu balik.
Tau-tau dah hujung minggu.
Tau tau dah deadline dan gua kelam kabut menyiapkan kerja sambil fikir "Where the hell did my time went to?"

Lepas tu gua sedar sendiri yang masa gua memang tak cukup pun untuk buat apa-apa secara substantial. Gua mengeluh seorang.

Gua sedar kebelakangan ni kebanyakan benda yang gua buat semuanya terikat dengan pengeluaran materi, bukan rohani. Lebih kuantiti dari kualiti. Lebih mengejar angka dari kepuasan kreativiti gua. Bila gua cuba untuk berekspresi lain dari kebiasaan, gua diheret balik ke gaung monotonous yang sama. Work with what works, kata mereka. This is not the time to try. Tapi masalahnya, gua tengok everytime pun never the time to try. Bila pencernaan gua mengeluarkan abjad-abjad familiar, gua dengar pula bisik-bisik belakang yang mempersoal perkembangan karya gua. Lebih tak best, gua sendiri rasa menyampah dengan formulasi basi yang masih terpaksa gua telan sebab gua tak ada pilihan.

Korang pernah tak diarah dengan "I want something different. I don't know what, tapi yang I tau I want something different from before."

Lepas tu, bila korang buat different, idea korang kena tembak sebab tak sesuai lah, tak sedap lah, tak itu lah, tak ini lah, dan akhirnya korang dapat ayat penutup "You use the old one lah, that one makcik2 pun faham."

Frust beb.
Tapi gua kena juga lihat dari sudut positif, walaupun kengkadang gua terpaksa rekacipta sudut positif yang non-existant tu.
Frustasi berpanjangan sungguh tidak baik.
Jadi gua bounce back. Tapi bola yang lu hentam banyak-banyak kali ke dinding, lama-lama akan hilang elastisiti dan daya lantunan dia, beb.


I fear for the day I burn out from what I'm doing... prematurely.




Gua langut tengok awan di luar. Hmm... mendung. Kesian dekat atuk nenek tua yang tulang berkeriut. Atau mak-mak orang yang beranakkan anak diorang pakai epidural. Sekejap lagi mesti tulang-tulang diorang nyilu sebab hujan.

Ini bukan teori gua sendiri, ini benar-benar kejadian. Lu tak percaya lu tanya orang tua-tua.


Sekarang silalah malu kerana lu susah sangat nak keluar secara semulajadi sampaikan mak lu terpaksa potong perut dan ambik epidural untuk keluarkan lu yang akhirnya banyak kali buat dia sakit dada dan menangis sorang-sorang dalam bilik mengenangkan kedegilan lu dan kebongkakan lu menepis nasihat dan kata-kata dia walaupun dia bertarung nyawa bergadai harta nak besarkan lu kat dunia ni.


Gua lain... mak gua beranakkan gua secara natural, beb. Gua senang dengar cakap.


Gua rasa mak gua makhluk ajaib berkekuatan ganda lapan ribu. Selamba je dia beranakkan gua dengan adik-adik gua. Gile betul. Koyakan demi koyakan tapi kental je mengharungi dunia.
Kalau mak lu pun sama macam mak gua, baik lu telefon dia cakap lu sayang dia.


Apa gua merepek ni?
Satu hari nanti lu akan faham juga...

5 comments:

mizzyN said...

lu merepek la lagi sbb gua syok baca.

roxychick said...

aku beranakkan zaes tu natural, takde epidural bagai walaupon bagai nak rak aku sebut ulang-ulang kat laki aku, "rasa macam nak mati..." pastu nafas macam berenti jap...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAPI KENAPA ZAES TU DEGIL DAN TAKNAK DENGAR CAKAP???

azyze said...

mizzyn:
okeh. nanti ila gua ada masa gua merepek lagi :)

roxy:
mungkinkah dia ikut cara lain... dia ikut perangai kot hahahahah (lu rasa lu degil tak?)

roxychick said...

mak aku cakap aku budak baik masa kecik. serious tak tipu!

sah perangai daddy dia! heh.

azyze said...

roxy:
aik, bukan ke dia "muka sama macam Subhi!" je? Hahhahahahha