Pages

Serius sedih

Wednesday, May 11, 2011

Hari-hari macam ini aku terasa sedih mengenangkan masa silam... dan betapa bezanya sekarang dan masa depan yang bakal menyusul.




Aku teringat zaman aku membesar dulu, zaman yang kini aku lihat dengan kaca mata bertabir nostalgia. Semuanya indah, semuanya- walau pahit manapun - tetap bermakna kerana ia membentuk siapa aku sekarang ini.

The good old days.




Aku ada the good old days aku, so does everyone else.


And you know why we call it the good old days?



Bukan sekadar berpegang pada memori yang sudah korup ditelan masa, tapi kerana masa dulu memang cukup indah.


Zaman aku membesar dulu, teknologi ala-kadar sahaja. Paling gempak kalau ada tv 21 inci di rumah. Atau ada radio hi-fi. Bila dengar kaset tu, sampai lenjan, sampai tape casette terbelit-belit. Pun sanggup keluarkan, tarik pelan-pelan tali kaset tu, lepastu guna pensel atau jari untuk putar balik the wheels of the tape supaya masuk balik dan tak berkeronyot. Walaupun bunyi dah macam speaker funfair berkarat, dengarkan jugak.



Zaman aku dulu, tak ada 'satu rumah 2-3 kereta', jadi semua orang kena naik bas atau jalan kaki ke sekolah. Muhibbah, dan memang syok bila dapat gelak-gelak dalam bas dengan kawan-kawan, merasai angin sepoi di muka dan rambut gerbang sorang-sorang bila turun bas. Dulu bas bukan seperti sekarang. Tak ada aircond, tingkap aje dari depan sampai belakang. pintu pun tak buka-tutup. Dapat bas yang pakai kaut je, mau macam tin sardin. Bebudak, bayangkan je la, dengan belemoih*, busuk, ramai2 dalam bas sampai ada yang dah tahap bergayut kat pintu bas. Silap gayut terus tercampak bergolek atas jalan!

Lepas balik sekolah, tak ada kelas tambahan di pusat tusyen, tapi kelas tambahan yang dibuat cikgu atas ehsan mereka sendiri. Kengkadang time cuti pun ada kelas gak. Sekarang ni cikgu-cikgu ramai yang suka buat-buat rajin pasal boleh claim as activity kat sekolah during weekends. Dedulu, I know for a fact that my standard 6 teachers tak dapat apape bayaran pun untuk kelas tambahan tu, pasal diorang siap buat kelas kat rumah.






Masa dulu tak ada komputer, tak ada telefon bimbit, tak ada internet. Tak ada mp3 player yang boleh isi 2-3 ribu lagu sekaligus. Kita tak ada pilihan kecuali layan je apa yang ada dari awal sampai habis. Kalau sekarang, lagu baru start 2-3 saat dah boleh skip je kalau tak suka. Dulu kitorang kalau dengar album tu, memang kena lalu from the first song sampailah ke lagu terakhir dengan penuh kesabaran dan feel. Dari situ baru boleh 'rasa' lirik-lirik dia, melodi dan identiti artis tu. Sebab tu dulu banyak hardcores, sebab satu-satu benda tu kita layan berulang kali tahap kental sampai hafal. Aku sampai skang ingat lirik lagu dalam album Jagged Lil Pill dan album Canggung Mendonan sifu. Pastu dengan duit seciput, kita tak selective sangat. Dari kaset KRU ke Aerosmith ke Kembara ke Abdullah Chik ke kaset kompilasi lagu-lagu tak laku mat saleh, semuanya aku belasah dengar.




Aku rasa mungkin 'kekurangan' inilah yang menjadikan generasi lalu lebih bagus karya seninya dari generasi ini. Pasal tak banyak benda visual, tak banyak akses. Semuanya kena imagine. Semuanya kena perah kekreatifan minda.




Not to say arts nowadays busuk -- it's more challenging now because banyak orang dah boleh buat macam2 dengan bantuan teknologi so people are harder to impress --- tapi korang cuba bandingkan persaingan muzik zaman dulu-dulu dengan sekarang. Time P. Ramlee dulu, pergh dia bersaing dengan penulis lirik lain yang bagus, macam S. Sudarmaji. Kental dan sengit, sama hebat sama rancak. Sekarang? Artis berlirik hebat macam Jamie Cullum nak lawan carta dengan Justin Bieber. Tak kenal siapa Jamie Cullum? Well, I just proved my point.

Dulu, budak-budak bersifat budak-budak, bukannya macam budak tak sempat-sempat nak dewasa. Aku rasa time aku sekolah rendah dulu takde la pulak demand mak bapak belikan heels ke, mekap ke. Paling-paling pun getah rambut je la. Sekarang ni, fuuhhh. Baru darjah dua dah pandai demand Playstation 3 nak main Winning Eleven. Time aku, jangan harap. Nak main Daytona kat arked (dedulu tempat main game kat mall panggil arked) pun setahun dua kali je kot.
Banyak benda yang dah berubah, berbanding dulu.




Kesian.


Tapi aku tak sure yang kesiannya, aku dan generasi aku, atau bebudak sekarang.

No comments: