Pages

28

Friday, May 21, 2010


As of semalam, I'm officially 28.
Pergh, tua dah rupanya gua.

365 hari dalam usia 27, macam-macam jadi kat gua, tapi gua rasa momen kegembiraan ajaib takde. Gua berjaya dapat gua punya holiday pulau, gua rajin ke Istana Budaya untuk layan nafsu seni gua, gua makin kerap lepak dengan geng2 yang sebelum ni susah nak jumpa.

Momen hangat, mungkin datang dari tempat kerja. Kerja macam nak mampus gila babiturat, tapi at the end of the day dah mula ada orang nampak apa yang gua buat. Alhamdulillah, gua syukur, beb. Alhamdulilah dan akan gua peras lagi upaya selagi terdaya, gua akan pulun kaw-kaw sementara adrenalin masih mampu mengepam dalam tubuh without causing cardiac arrest, dan sementara joints belum berkeriut.

Dan oh, gua sudah ber'manager' sekarang, job pun makin stabil. Cuma kerja sampingan gua kerdil sungguh, jadi untuk gua berpendapatan kencang dari job2 tu, sungguh lagi 10 tahun kot.




Cuma gua rasa momen sedih banyak datang menduga.

Gua rasa macam gua makin renggang dengan geng-geng Vouchers -- semua sibuk, semua ada obligations masing-masing. Gua faham, cuma, ya, gua sedih. They've been a constant composition for years, tetiba tak ada. Macam tetiba jeans fevret lu yang dah pakai bertahun akhirnya koyak kat celah kangkang, langsung takleh tampal dah. Tapi bezanya jeans boleh beli baru. Kengkawan? Huh.

Dan dalam selang-seli benda-benda tak best yang jadi kat gua, penutup 27 gua datang sekelip mata, pedih gila tak terduga. Sepupu gua yang gua gila rapat masa kecik dulu meninggal dunia.

Mengejutkan, memang macam surreal. Masa gua dapat tau, gua keras je, beb. Gua cuma terdaya menangis bila gua dah tengok muka makcik pakcik gua yang tabah. Anak sulung dia, lelaki sorang je pulak tu. Arwah sebaya dengan gua, selang berapa hari je beranak. Kecik-kecik kitorang macam comrade in arms, main kereta racing lah, tembak-tembak lah, adik abang lah. Dia putih, gua gelap. Dia lelaki, gua perempuan. Dia rambut lurus, gua rambut kerinting. Contra tapi dalam satu irama.

Sampai sekarang gua rasa menyesal sebab gua renggang sikit dengan dia lepas kami habis sekolah. Tapi walau serenggang mana pun, dia mesti tak lupa call gua sekali sekala untuk borak-borak. Kengkadang gua layan tak layan je. Sekarang gua menyesal. Gua cuma boleh mintak maaf melalui doa dan melalui bisik hati gua. Gua dah tak boleh tengok muka maintain macho dia, gua dah tak boleh dengar lawak-lawak brengsek dia dah.

Paling gua terasa, buat pertama kalinya dalam 28 tahun, gua dah tak terima call Happy Birthday dari dia.

Serius gua rasa lohong sikit. Lu pergi cepat sangat ah.


Langkah terakhir meninggalkan pusara lu.
Sungguh gua rasa berat gila.
Sungguh gua nak breakdown sekali lagi.
Alfatihah Shani. Semoga tenang disisiNya.





Ya Allah, semoga hari ini dan keindahannya menjadi titik permulaan bagi 28 yang baik.
Kau jagalah aku dan jangan biarkan aku tersasar dari jalanMu, kau kuatkan hati aku menempuh dugaan andai itu yang telah Kau tuliskan dalam buku hidupku. Kau ingatkanlah aku pada syurga dan nerakamu saat kaki aku mula tak mencecah bumi.

Insyaallah, 28 bakal jadi sinar menembus awan gelap.
Insyaallah.

Salam, people.




2 comments:

mizzyN said...

standard lah dah tua2 nie berpisah/berenggang/berjauhan. kang esok dah tue dan dah rilek maybe ada can la nak spend masa berparti tappelware ke menda. takpun saling jodoh menjodoh anak kalo ada.

uiiih 28 nie memang tahun rileks la. aku dah tak nangis peram perasaan seakrang. legaaa.....

azyze said...

nadh:
good for you. oh, aku tatau la zaman tua kang ada party tupperware lagi ke tak. silap2 by then bekas simpan makanan pun biodegradable dan boleh dimakan. lepas beli, makan ngan bekas2 sekali heheh.