Pages

time to reflect, babe

Monday, May 31, 2010

Maaf,
saya semakin senyap di sini.

Banyak cerita yang bermain di kepala.
Banyak agenda yang masih perlu diusaha.
Banyak benda yang masih tak tercerna.

Nantilah, bila dah lapang, saya kembali menulis panjang di sini.


Semenjak-dua menjak ni semua orang banyak mendung kan? Kerja makin sesak, anak-anak makin 'bijak', sakit hati tengok tarik-balik subsidi minyak, macam-macam lah. Bukan kamu sorang saja yang rasa macam ni, kita semua sama-sama makin bingit, makin melekit.


So, I'd like to share tune that's been on loop on my ipod sejak semenjak-dua menjak ni. Lagu ni antara lagu pick me up saya yang banyak bantu buka semangat saya pagi-pagi untuk terus cari rezeki.

I keep telling myself that benda-benda yang datang bukan 'malang' tapi 'dugaan', beb.
When the going gets tough, kita cuma perlu muhasabah dan ingat benda-benda best yang tuhan dah kurniakan kita sebelum ini. DIA sayang kita beb, tapi sekali-sekala dia kena bagi reminder supaya kita tak joli harta dunia dan lupa nak berterima kasih pada Dia.

Insyaallah, people.

Ciao.





Lamaran kahwin!

Friday, May 21, 2010

Indah sungguh ada kawan-kawan di luar akal macam ni.
Kau hado?

Hahahhahhaah
That's why I love my friends!

28


As of semalam, I'm officially 28.
Pergh, tua dah rupanya gua.

365 hari dalam usia 27, macam-macam jadi kat gua, tapi gua rasa momen kegembiraan ajaib takde. Gua berjaya dapat gua punya holiday pulau, gua rajin ke Istana Budaya untuk layan nafsu seni gua, gua makin kerap lepak dengan geng2 yang sebelum ni susah nak jumpa.

Momen hangat, mungkin datang dari tempat kerja. Kerja macam nak mampus gila babiturat, tapi at the end of the day dah mula ada orang nampak apa yang gua buat. Alhamdulillah, gua syukur, beb. Alhamdulilah dan akan gua peras lagi upaya selagi terdaya, gua akan pulun kaw-kaw sementara adrenalin masih mampu mengepam dalam tubuh without causing cardiac arrest, dan sementara joints belum berkeriut.

Dan oh, gua sudah ber'manager' sekarang, job pun makin stabil. Cuma kerja sampingan gua kerdil sungguh, jadi untuk gua berpendapatan kencang dari job2 tu, sungguh lagi 10 tahun kot.




Cuma gua rasa momen sedih banyak datang menduga.

Gua rasa macam gua makin renggang dengan geng-geng Vouchers -- semua sibuk, semua ada obligations masing-masing. Gua faham, cuma, ya, gua sedih. They've been a constant composition for years, tetiba tak ada. Macam tetiba jeans fevret lu yang dah pakai bertahun akhirnya koyak kat celah kangkang, langsung takleh tampal dah. Tapi bezanya jeans boleh beli baru. Kengkawan? Huh.

Dan dalam selang-seli benda-benda tak best yang jadi kat gua, penutup 27 gua datang sekelip mata, pedih gila tak terduga. Sepupu gua yang gua gila rapat masa kecik dulu meninggal dunia.

Mengejutkan, memang macam surreal. Masa gua dapat tau, gua keras je, beb. Gua cuma terdaya menangis bila gua dah tengok muka makcik pakcik gua yang tabah. Anak sulung dia, lelaki sorang je pulak tu. Arwah sebaya dengan gua, selang berapa hari je beranak. Kecik-kecik kitorang macam comrade in arms, main kereta racing lah, tembak-tembak lah, adik abang lah. Dia putih, gua gelap. Dia lelaki, gua perempuan. Dia rambut lurus, gua rambut kerinting. Contra tapi dalam satu irama.

Sampai sekarang gua rasa menyesal sebab gua renggang sikit dengan dia lepas kami habis sekolah. Tapi walau serenggang mana pun, dia mesti tak lupa call gua sekali sekala untuk borak-borak. Kengkadang gua layan tak layan je. Sekarang gua menyesal. Gua cuma boleh mintak maaf melalui doa dan melalui bisik hati gua. Gua dah tak boleh tengok muka maintain macho dia, gua dah tak boleh dengar lawak-lawak brengsek dia dah.

Paling gua terasa, buat pertama kalinya dalam 28 tahun, gua dah tak terima call Happy Birthday dari dia.

Serius gua rasa lohong sikit. Lu pergi cepat sangat ah.


Langkah terakhir meninggalkan pusara lu.
Sungguh gua rasa berat gila.
Sungguh gua nak breakdown sekali lagi.
Alfatihah Shani. Semoga tenang disisiNya.





Ya Allah, semoga hari ini dan keindahannya menjadi titik permulaan bagi 28 yang baik.
Kau jagalah aku dan jangan biarkan aku tersasar dari jalanMu, kau kuatkan hati aku menempuh dugaan andai itu yang telah Kau tuliskan dalam buku hidupku. Kau ingatkanlah aku pada syurga dan nerakamu saat kaki aku mula tak mencecah bumi.

Insyaallah, 28 bakal jadi sinar menembus awan gelap.
Insyaallah.

Salam, people.




Iron Lobster

Thursday, May 13, 2010


I'm sure Ketam Vanko is lurking somewhere near...


*Suddenly in the mood to sing 'Under The Sea' hahahahhahhaha*


Intention, Interpretation, Inspiration

Wednesday, May 05, 2010

Perangai plastik sangat, kan?
Pic taken @ Rustan's Makati, Manila.


I think I'm in need of a little reminder. Selalu sangat in doubt of the world, people and their perception of me. Disebabkan niat baik saya di salah-erti, nak buat baik lagi pun macam kena fikir dua tiga kali, walhal benda baik kan, apasal nak kena calculate risk pulak?

Akhirnya saya malas nak peduli lagi, yang penting tuhan tahu niat saya. Kalau buruk niat saya, maka buruklah balasannya. Tapi kalau baik niat saya, saya mendoakan agar baiklah hasilnya. Jika tidak pun, saya anggap cabaran dari tuhan untuk mematangkan saya. I can't please everybody, but I can at least try to please Allah in the small things that I do.

I stumbled upos this penned inspiration pagi tadi and it gave me the reenforcement I needed. I hope it brings some ray of guiding light for you guys too.



People are often unreasonable, illogical, and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see, in the final analysis, It is between you and God;
It never was between you and them anyway.

- Author Unknown

p/s: Bosan baca entri2 picisan macam ni? Well, doalah saya habis kepialu kerja ni cepat-cepat. Idea ada lapan juta ketul dalam otak, tinggal nak cari masa menulis sahaja :)