Pages

Gersang

Sunday, April 25, 2010

Tandus sungguh blog ni.

Ddah dua minggu lebih statik tanpa sebarang update.

Memang tak menyempat-nyempat ni, saya dah macam ayam berak kapur di pejabat, pulang ke rumah pun tengah2 malam. Esoknya dah keluar kerja semula.
Sungguh tidak ada hidup di luar lingkungan kerja.

Sepatutnya saya ke Konsert Kelly Clarkson atas ihsan seseorang yang budiman (thanks encik!) malam ini, tapi disebabkan lambakan kerja, terpaksa beri tiket pada orang lain. Bertelekulah di pejabat sampai lewat malam lagi walaupun hari ini hujung minggu.


Ahhhh... susah rupanya mahu jadi orang berkerjaya cemerlang.


Encik Magis, tolong hantarkan saya kocek sukahati, boleh?

Saya ada seribu satu benda mahu diceritakan. Bila sempat saya buka kedai.
Babai.


(On another note, I dreamed that Encik Penyajak pujaan hati saya sudah potong rambut. Pendek sungguh, dan sedikit kelakar. Haha, saya tertanya-tanya jika adakah dia memang potong rambut dalam kehidupan sebenar. *wink*)

Jam Pasir

Friday, April 02, 2010

Termenung
Sedetik
Dua detik
Tiga detik

Terlempias kegagalan semalam
Terpanggil janji hari esok
Tapi aku masih tak bergerak

Tiada nafsu

Termangu
Sesaat
Dua saat
Tiga saat

Mengenang kamu
Mengingat memori
Mengandai 'if only'


Melukut
Sedetik
Kemudian aku bangun melangkah ke hadapan

Tersedar
Jam pasirku kian bercucur ke lantai
Dan juang ibadahku belum cukup
Untuk menjejakku ke syurga
Di sebelahmu.


Petaling Jaya
2 April 2010, 3.37pm

Al-Imran:185




Sebenarnya blog ini berkabung atas pemergian sepupu rapat saya, arwah Shaharani Bin Sharuddin yang meninggal 10 hari yang lalu.

Pemergian mengejutnya sungguh memedihkan, dan dalam keredhaan saya, saya masih belum bersedia untuk mengumpul kekuatan menulis belasungkawa untuk beliau.


Kini, hati tertampar lagi, minda bagai beku, tak tercerna realiti untuk menerima hakikat yang pelawak terkenal, Din Beramboi telah kembali menghadap Illahi awal tengah malam tadi.

Subahanallah, astaghafirullahaladzim.


Ya Allah, tak terlafaz perasaan, namun kau tahu isi hati dan perasaan aku.


Al-Fatihah.