Pages

Ready Or Not

Monday, March 08, 2010

Lecter & Starling.




4 tahun lalu.
Saya duduk dengannya di foodcourt salah sebuah shopping complex ibukota.

Ditangannya ada majalah grafik, di tangan saya ada novel. Saya kononnya mahu melayan Hannibal Lecter, dia kononnya mahu baca Neil Gaiman.


Tiba-tiba dia bersuara.
"You rasa adil ke Lecter akhirnya dengan Starling?"


"Adil. I think it's really romantic. Si genius gila yang terperangkap dalam tubuh homosapien yang dia benci, akhirnya end up dengan perempuan yang menjadi epitom kehidupan itu sendiri. A little sadistic, but romantic none the less."


"Dia dengan Starling sungguh kontra. Sungguh tidak sepatutnya end up together," katanya, menggeleng kepala.


"That's the point, for that reason lah Thomas Harris akhiri cerita tu with them together, tapi apa yang jadi seterusnya bergantung pada imaginasi kita. Bayangkan kalau Hannibal berakhir seperti dalam filem, dengan Lecter berjaya larikan diri, naik kapal terbang. Starling pulak merawat trauma. Bosan."


Dia mengerut dahi. "Kalau benda tu realiti, you takkan kata bosan. Kalau you di tempat Starling, mungkin you prefer to be safe than trapped in a dream world where Lecter holds you by a thread yang belum tentu boleh putus dan bawa you balik ke realiti."

Saya menjungkit bahu. "Weirder things has been known to happen before. And I am a romantic, jadi I tak nak out rule any possibility lah," kata saya sambil tersenyum.


"So kalau jatuh cinta dengan kriminal, you tak kesah?"


"Tak tau nak kata lah. Kalau boleh mesti lah tak nak, kan. Tapi orang kata cinta itu buta."


Dia terkenyeh besar.


Saya tanya "Kenapa?"


"I pernah bakar tong sampah kelas masa darjah 2 dulu. Satu period kena berdiri atas kerusi. Rasanya I layak ke masuk dalam senarai kriminal yang berkemungkinan dicintai you?"


Serius saya tersedak teh o ais. Dia cepat-cepat tepuk belakang saya. Dalam that few seconds saya terdengar lagu Ready Or Not nyanyian After 7 berkumandang in the background. Dan momen keramat itu terregister dalam kepala hotak saya hingga sekarang.

Everytime I hear that song, I'm reminded of you. (I'm already smiling)





F, happy birthday.
You made me happy, if only for a while.
Much love.

10 comments:

mizzyN said...

penatlah dengar kisah cinta ko yang misteri itu. siapa itu F?

spill baby, spill the beans pada aku.

azyze said...

penat? tak payah dengar lah.
senang. hahahha.

some things aku tulis untuk blog ni adalah untuk aku sendiri. they're labeled monolog. but yeah, aku faham kenapa ko curious.

ignore saja, okay? ;)

yayaheska said...

klakarsweet nyah!! :p

roxychick said...

i know! i know! hehehe..
i tau pon from this blog. els tak pernah cerita apa2 directly, only from her blog je... mmg f adalah misteri smp laaa ni..

btw, where is f now? dia baca blog ko ni tak? hehehe..

azyze said...

nadh:
aku tak cerita kat sesapa pun, dan orang yang tau mmg kalau dia baca blog nih.

roxy:
i dont think he knows. takpe la bagus lah uols. He's currently in Aberdeen. Dia dah abes belajar dah tapi rasanya stay to work kot.

roxychick said...

ohoooooo..
tp harap2 dia google uols.. hahah..
anyway, what about fb? ada fren fren kah? (soalan perangkap.. hahaha)

azyze said...

rox:
awassssssss pah! motifff sangat! hahahahahahah!
(cara mengelak jawab soalan)

My name starts with M said...

wow! i like!!!

Amirul Rezza said...

Mana Mikail kamu?!

azyze said...

amer:
mikael? owh mikael itu cerita lainnnnnn ahahhaha. kamu ingat ya! i'm impressed. I'll write about mikael dan wafflesnya one day... insyaallah :)