Pages

haiwan-haiwan ternakan

Wednesday, March 17, 2010



Pintu tutup lagi nih, akak tengah bizi bagi makan mnatang-menatang yang tumpang duduk dengan akak ni. Maklumlah, Kak Sepiah ujung kampung tu mintak tolong jaga tenggiling dengan kelawar teghobang dia kejap, dia nak pegi shopping kat Guangzou tu ha.

Nanti bila akak pree kang akak bukak kedai balik ye.

Alang-alang kome terpacak depan kedai akak ni, kome pegi la tekan2 ke ghumah kengkawan akak di sebelah kiri tu. Jangan lupa follow akk jugak tau. Nanti akak bagi kepok leko dua karung kat kome.


Selamattt.....

Ready Or Not

Monday, March 08, 2010

Lecter & Starling.




4 tahun lalu.
Saya duduk dengannya di foodcourt salah sebuah shopping complex ibukota.

Ditangannya ada majalah grafik, di tangan saya ada novel. Saya kononnya mahu melayan Hannibal Lecter, dia kononnya mahu baca Neil Gaiman.


Tiba-tiba dia bersuara.
"You rasa adil ke Lecter akhirnya dengan Starling?"


"Adil. I think it's really romantic. Si genius gila yang terperangkap dalam tubuh homosapien yang dia benci, akhirnya end up dengan perempuan yang menjadi epitom kehidupan itu sendiri. A little sadistic, but romantic none the less."


"Dia dengan Starling sungguh kontra. Sungguh tidak sepatutnya end up together," katanya, menggeleng kepala.


"That's the point, for that reason lah Thomas Harris akhiri cerita tu with them together, tapi apa yang jadi seterusnya bergantung pada imaginasi kita. Bayangkan kalau Hannibal berakhir seperti dalam filem, dengan Lecter berjaya larikan diri, naik kapal terbang. Starling pulak merawat trauma. Bosan."


Dia mengerut dahi. "Kalau benda tu realiti, you takkan kata bosan. Kalau you di tempat Starling, mungkin you prefer to be safe than trapped in a dream world where Lecter holds you by a thread yang belum tentu boleh putus dan bawa you balik ke realiti."

Saya menjungkit bahu. "Weirder things has been known to happen before. And I am a romantic, jadi I tak nak out rule any possibility lah," kata saya sambil tersenyum.


"So kalau jatuh cinta dengan kriminal, you tak kesah?"


"Tak tau nak kata lah. Kalau boleh mesti lah tak nak, kan. Tapi orang kata cinta itu buta."


Dia terkenyeh besar.


Saya tanya "Kenapa?"


"I pernah bakar tong sampah kelas masa darjah 2 dulu. Satu period kena berdiri atas kerusi. Rasanya I layak ke masuk dalam senarai kriminal yang berkemungkinan dicintai you?"


Serius saya tersedak teh o ais. Dia cepat-cepat tepuk belakang saya. Dalam that few seconds saya terdengar lagu Ready Or Not nyanyian After 7 berkumandang in the background. Dan momen keramat itu terregister dalam kepala hotak saya hingga sekarang.

Everytime I hear that song, I'm reminded of you. (I'm already smiling)





F, happy birthday.
You made me happy, if only for a while.
Much love.

You Don't Know Me, No You Don't.

Thursday, March 04, 2010

Sedepres Pagliacci hari ini,

Oh tuhan, tolong hantarkan seorang Michael Buble
untuk belai jiwa aku dan keluarkan airmata yang tersekat taknak jatuh ni.

Tak payah fries with that. Seorang itu sudah cukup.


Terima kasih in advance, tuhan.