Pages

"Just an illusion," katanya.

Thursday, February 18, 2010

Rupa Steppes yang bakal berkait rapat dengan story gua.




Semalam gua terbangun dari tidur dengan tersentak. Berpeluh-peluh. Walaupun panasnya bahang malam memang hampir apokaliptik, gua yakin sarung bantal yang dah lencun tu bukan semata-mata menyerap peluh akibat climate.


Gua mimpi gua tengah panjat bukit di waktu subuh. Tinggi, curam, hijau. Angin sepoi-sepoi meniup rambut gua yang gua bajet macam Rihanna kena kejutan elektrik. Seperti yang gua kata pada kawan-kawan gua, gua bukan Riri. Gua lebih mirip Biri, cuma belum tahap buat karpet atau baju sejuk saja.

Oh, but I digress.

Gua panjat bukit tu sorang-sorang dengan tercungap. Di horizon, mentari mula menampakkan ubunnya. Gua rasakan deruan angin makin kuat dan gua jeling pada pakaian gua yang sungguh tidak adequate -- sehelai t-shirt bundle yang murah dan seluar celoreng paras betis yang lusuhnya setaraf seluar askar nak dekat pencen. Secara subconcious gua terfikir "bila masa aku pi beli baju ngan seluar bundle ni?" sebab gua tahu yang realitinya gua dah lama tak beli baju bundle.

Gua memang selalu macam tu, bermimpi dalam keadaan separa sedar. Macam entiti gua ada betul-betul di bibir kotak mimpi gua.


Cantik betul bukit yang gua daki tu. Gua tak pernah terbayang kat Malaysia ada bukit secantik tu. Sekali dua gua pandang, macam hijau bentangan Steppes, tapi secara lojiknya Steppes mana ada bukit-bukau. Gua berhenti sekejap untuk menghirup udara segar dan menghargai alam ciptaan tuhan, dan kemudian kembali mendaki.


Tak lama selepas itu, gua dengar sorakan yang memang beriya-iya dari puncak bukit. Ada sekumpulan orang (yang pada masa itu gua tak nampak) sedang menyorak gua agar sampai ke puncak dengan jayanya. Gua dengar, siap ada bunyi clapper, siap ada yang pakai pembesar suara, siap ada cheering squad yang gua yakin berskirt pendek berpompom bagai.


Pelik.
Gua ingat gua macam sekadar panjat suka-suka. Apakah?


Gua toleh ke belakang. Ada sorang minah tengah beriya-iya panjat bukit tersebut, mengejar gua. "You'll never win!! You're not fit enough to climb that hill! You'll die of asthma if you do, so stop and let me win!" jeritnya.


Wah wah wah, dah la speaking english dengan gua, siap babitkan prestasi asthma gua pulak tu. Gua terus menjadi geram.


Gua jelir lidah kat dia.
"In your dreams, beruk!" dan gua sambung panjat bukit dengan iltizam dan azam membara. Fuhh memang membara sungguh.


Terbukti, kehebatan gua bukan calang-calang bila perempuan pendek tu berjaya gua tinggalkan pada jarak yang sangat memilukan hati dia. Gua semakin dekat dengan puncak. Makin kuat buyi sorakan, makin meriah suasana yang menanti gua. Dalam hati gua sempat lagi gua bisik "Gemuk-gemuk pun terer jugak aku ni."


Elok gua sampai je kat puncak bukit tu, keadaan jadi senyap sunyi.


Atas puncak bukit yang lapang, ada berbaris-baris manusia caca-marba beratur tersengih-sengih memandang gua. Semuanya bermuka excited, tapi sepatah haram pun tak keluar dari mulut diorang. Burung tak bersiul, apatah lagi speaker-speaker versi funfair kampung yang terpacak di sekitar kawasan tu. Semua diam terkaku bagai menanti sesuatu.


Di tengah lapang puncak tersebut, Alllan Wu berdiri menanti gua. Depannya ada karpet bentuk peta dunia.


Holy crap, gua menang Amazing Race ke?!


Dengan penuh yakin dan tanpa ragu gua pantas melangkah ke atas karpet dan menghadap Allan Wu yang makin lama gua tengok, makin kacak.


"Elle, you're the first to finish this race, and that means that you're the winner!"


Wohoo! Wohoo!
Gua dah terloncat-loncat macam beruk dah, siap menjerit-jerit. Mengikut tradisi Amazing Race, gua siap peluk Allan Wu (dan berharap dia peluk gua balik), lepas tu sambung balik jerit
"Whoot! I'm the Amazing Race champion! Yeah!"



Tetiba abang Allan Wu melempang muka gua. "Apa kau merepek ni? Bila masa kau jadi pemenang Amazing Race?"


Tu diaaaaa abang Allan Wu cakap Melayu siap cekak pinggang ala Kak Jenab Tahi Lalat lagi.


"Abes, I menang apa tadi?" Masih mencuba maintain ayu walaupun mulut dah senget.


Allan Wu menggeleng kepala. "Menang apa lagi, pertandingan Seminggu Ke Siberia Bersama Datin Seri Rosmah Mansor lah! You ni..."



Gua terus pitam.









8 comments:

roxychick said...

why ely whyyyyy???

ngaaaaaaaaa..

azyze said...
This comment has been removed by the author.
azyze said...

takut kannnnn....

youramirah said...

azyze dearie,
klu saya jadik awak dlm mimpi tu, saya kais2 tanah supaya tanah tu bertabur atas kepala pompuan kt bwh tu..haha..

gile saspen btw bile allan wu muncul!hehe..i wish i could be 1 of the contestant, but i'm not too fit to compete lah..hmm..sedang menurunkan berat badan~

glad to read another amazing entry!

ouT oF My MinD said...

ely....jom masuk amazing race asia.
skrng tgh audition...!!
jd patner aku nak.

mizzyN said...

ye, aku jadi kamregel.

hoih asalkan pergi luar negara dgn mana2 makcik pun aku rela. haha desperate.

Amirul Rezza said...

Hahahahahahahah. Sumpah lawak!

azyze said...

youramirah:
glad you enjoyed my mimpi. nasib baik juga itu bukan betul2, cuma cobaan. kalau tidak... ahahahaha saya pun takut nak imagine. terpaksa belajar guna hairspay banyak2 lah jawabnya.

btw, thanks for following!


ida oomm:
ko nak mampus? donat2 aku ni nak letak mana? tu belum kira semput lagi ahahahahah! safer bet would be cik mizzyn, dia fit :)

mizzyn:
takyah la jadik cameraman... ko join je dengan ida masuk contest tu :)

amer:
sekarang lawak, tapi masa kejadian, fuhhhhh peluh jantan betina pondan semua keluar ;)