Pages

Sing it back atau Cinta Kosmik?

Wednesday, February 24, 2010

Tengah sedap-sedap dengar radio semalam, saya hampir-hampir tersedak bila lagu Kosmik Cinta berkumandang. Pertama kali mendengar lagu tersebut, dan tak sampai satu minit saya dah mula terfikir "WTH apasal bunyi sebji gile macam lagu Sing It Back by Moloko?!"

Terkejut berubah menjadi kecewa bila saya dapat tahu Kosmik Cinta itu lagu Fabulous Cats. Sebab ini bukan kali pertama lagu Fabulous Cats bunyi sama macam lagu orang. I wrote about it here.

Kalau jadi sekali, mungkin boleh kata kebetulan, tapi kalau pisang dah berbuah dua kali..... sendiri mau hengat lah. Bila hal-hal sebegini orang soalkan, takut jatuh kredibiliti kang. Lagipun, Malaysia ni bukannya terdiri dari adik-adik bergenre New Boyz, akak-akak peminat lagu jerit dan abang-abang rock kapak semata. We're not all Top 40 people okeh.

Walau bagaimanapun, tahniah untuk MediaHustler atas klip video yang mantap. Yang ini pun nampak inspirasinya dari MV siapa, tapi kualitinya antara yang terbaik di tanahair. Then again, kebanyakan karya Media HUstler memang best pun :)


Tengoklah sendiri untuk membanding-banding bunyi :)





5 benda yang korang suka tapi malu nak mengaku

Monday, February 22, 2010

Kalau anda hidup di kalangan manusia lain, dan bukan di dalam gua tanpa kemudahan internet mahupun komunikasi, anda tentu ada guilty pleasures atau 'suka tapi malu' yang selalunya segan nak diceritakan pada orang lain.

Kadang-kadang apa yang kita suka tu mungkin di luar norma kebiasaan orang sekeliling. Ataupun, yang tidak sepatutnya kita suka kerana batasan-batasan sosial dan keagamaan. Adakalanya, well, perubahan budaya dan mind track orang sekeliling kita buat kita segan gila nak mengaku.

Tapi tak payah lah pura-pura macam korang memang perfect dan tak ada guilty pleasures. Kalau korang manusia, chances are tentu ada beberapa benda di bawah ini yang jadi guilty pleasures korang...



1. Coklat
Yang ini paling menjadi kebiasaan, terutamanya kaum wanita. Lelaki pun ada juga, tapi disebabkan stereotaip "coklat=gemuk=perempuan gemuk itu hodoh", maka lelaki kurang tempiasnya. Tanya kebanyakan rakan perempuan anda dan mereka pasti mengaku rasa bersalah jika terlebih makan coklat. Tak kira lah coklat berjenama macam Toblerone ataupun ke coklat murahan zaman kanak-kanak seperti Kandos, mesti ada yang segan-segan nak makan banyak.

Saya coklat-coklat ni kurang, tapi saya mengaku, saya hantu kuaci. Kuaci gurih fuhhh... kalau boleh masuk wayang pun saya nak bawa tapi saya takut kena siram Coke, heheh.



2. Backstreet Boys / N'sync / Boyzone dan kumpulan boyband lain
Eleh... jangan tipu lah. Kalau masa korang membesar tu ada banyak boybands & girldbands, mesti ada tersangkut dengan satu-dua lagu mereka. Mengaku aje lah walaupun anda peminat setia Metallica, bila dengar Backstreet's Back korang memang rasa gatal je kaki nak joget macam Nick Carter kan?



3. Fesyen sexy yet slutty / berangan wassup!
Berapa kali agaknya kita tengok ikon hiburan macam Beyonce, J.Lo atau cerita macam Sex & The City dan Gossip Girl dan kata " OMG aku suka gila baju dia! I want one of those too!"?
Tapi bila ada orang yang berani pakai macam tu di khalayak umum, anda komen pula "Eeee, tak malu betul la. Pakai macam slut ape ntah, boobs obvious semua. Tak tau malu!"

Yang lelaki pun ada juga ya. Gila idola fesyen jepun dan hiphop, tapi bila terserempak dengan orang yang berambut ala dibelai salon sikit, mulut mengumpat tu lajuuuu je.

Ada sekali tu saya berdiri di sebelah tiga budak pantai Kelantan (sebab telo dia sungguh Kelantanese okay) dalam LRT. Dengan ringtone Lil' Wayne "Lollipop" yang kejap-kejap bunyi, diorang rancak bercerita tentang nak pergi tengok konsert Akon lah, Black Eyed Peas lah hape lah, semestinya dalam nada biasa clan cenggini bila jumpa -- kuat nak mampus supaya satu train dengar yang diorang ni best.

Lepas tu, naiklah dua orang budak-budak melayu berpakaian seluar baggy (saya syak jenama Roach), t-shirt dan hooded sweater BAPE. Diorang ni cool je, muka kering dan tak menjengkelkan langsung... sopan je berdiri kat tengah lrt tu dan berborak dalam nada perlahan. Tapi dah lumrah kekampungan sesetengah orang melayu kot, maka tiga ekor beruk memekak tepi saya tu pun dengan nada konon-konon kelakar terus cakap "Yo! Wassap yo! Wassap my nigga! Mu nigga ke? Aku tengok muko mace abe kepok leko umoh aku jo," dan gelak ramai-ramai. Seko lagi buat-buat rap walaupun bahasa inggeris tahap tadika.


Kau sedih tak?
(p/s: org Kelantan jangan terasa, kebetulan je diorang budak kelantan huhu)



4. Nasi
Yang ni memang selalu menghantui mereka yang menjaga berat badan atau mengambil berat tentang bentuk tubuh ideal mereka, puratanya lebih kurang 50% populasi M'sia lah agaknya. Cuba anda tengok di kalangan orang sekeliling: kawan satu sekolah ke, satu pejabat ke, satu kuliah mahupun ahli keluarga. Mesti ada yang siang malam mengeluh terlalu gemuk atau tak cukup cantik/kacak. Bila sudah gemuk, tentulah kena diet, selalunya langkah pertama mendietkan diri adalah dengan mengucapkan goodbye pada nasi.

(saya gemuk, tapi tak makan nasi atas sebab kesihatan lain hahahhaha)

Tapi seriusnya beb, jangan beritahu saya yang korang tak terigau-igau nasi. Tambah-tambah pula bila sudah lama tak makan, mak anda hidangkan ayam masak lemak cili padi hasil air tangan dia... dengan sambal belacan, ulam serta nasi putih yang wap berkepul baru keluar rice cooker.

Perrggghhhh... saya berani cakap pasal dalam kental-kental saya pun, saya terliur jugak haha. Tapi belum terbabas lagi :)




5. Kiasu
Kiasu bermaksud semua benda dia nak menang, dan sebolehnya melalui cara paling mudah, paling murah (free lagi bagus!) dan paling pantas. Jadi bila fikir-fikir balik, kalau anda duduk dan dibesarkan di Asia serta sekitar garis ekuator, chances are you are kiasu in some ways.

Malaysians, for example, memang kiasu. Tak payah pecahkan ikut bangsa. Kulit hitam ke, coklat ke, sawo matang ke, hingga lah ke putih pink oink oink pun kiasunya lebih kurang saja. Cuba tengok waktu jualan biasa, lemau je shopping complexes. Bubuh saja tanda SALE merentang bangunan, orang datang macam esok kita darurat 10 tahun. Selagi boleh beli, dia beli. Beg dah ada 20 pun masih boleh kaut lagi 10. Katanya 70% diskaun, kan? Walhal sebenarnya diorang dok sale-sale tu kebanyakannya benda tak laku, dah nak expired atau repriced items. Diulangi, repriced bukan marked down. Itu pasal lah kita punya sales 4 kali setahun. Kesian kat complex owners, dioprang pun nak kena balik modal bina shopping mall canggih manggih kan...

Lepas tu, kalau cakap tu sentiasa nak menang. Dia aja la yang betul, dia aja lah yang best, dia aja lah yang tahu semuanya. Contohnya? Senang saja. Tepuk dada tanya selera beb. Yang ini kita semua pernah buat, dan memang kita suka betul bila kita berjaya mencantas orang dan buat mereka terdiam tak tau nak cakap apa. Suka kan, kan, kan?



Apa agaknya 5 benda yang anda suka tapi malu sikit nak mengaku? Kongsikan di ruangan komen!

"Just an illusion," katanya.

Thursday, February 18, 2010

Rupa Steppes yang bakal berkait rapat dengan story gua.




Semalam gua terbangun dari tidur dengan tersentak. Berpeluh-peluh. Walaupun panasnya bahang malam memang hampir apokaliptik, gua yakin sarung bantal yang dah lencun tu bukan semata-mata menyerap peluh akibat climate.


Gua mimpi gua tengah panjat bukit di waktu subuh. Tinggi, curam, hijau. Angin sepoi-sepoi meniup rambut gua yang gua bajet macam Rihanna kena kejutan elektrik. Seperti yang gua kata pada kawan-kawan gua, gua bukan Riri. Gua lebih mirip Biri, cuma belum tahap buat karpet atau baju sejuk saja.

Oh, but I digress.

Gua panjat bukit tu sorang-sorang dengan tercungap. Di horizon, mentari mula menampakkan ubunnya. Gua rasakan deruan angin makin kuat dan gua jeling pada pakaian gua yang sungguh tidak adequate -- sehelai t-shirt bundle yang murah dan seluar celoreng paras betis yang lusuhnya setaraf seluar askar nak dekat pencen. Secara subconcious gua terfikir "bila masa aku pi beli baju ngan seluar bundle ni?" sebab gua tahu yang realitinya gua dah lama tak beli baju bundle.

Gua memang selalu macam tu, bermimpi dalam keadaan separa sedar. Macam entiti gua ada betul-betul di bibir kotak mimpi gua.


Cantik betul bukit yang gua daki tu. Gua tak pernah terbayang kat Malaysia ada bukit secantik tu. Sekali dua gua pandang, macam hijau bentangan Steppes, tapi secara lojiknya Steppes mana ada bukit-bukau. Gua berhenti sekejap untuk menghirup udara segar dan menghargai alam ciptaan tuhan, dan kemudian kembali mendaki.


Tak lama selepas itu, gua dengar sorakan yang memang beriya-iya dari puncak bukit. Ada sekumpulan orang (yang pada masa itu gua tak nampak) sedang menyorak gua agar sampai ke puncak dengan jayanya. Gua dengar, siap ada bunyi clapper, siap ada yang pakai pembesar suara, siap ada cheering squad yang gua yakin berskirt pendek berpompom bagai.


Pelik.
Gua ingat gua macam sekadar panjat suka-suka. Apakah?


Gua toleh ke belakang. Ada sorang minah tengah beriya-iya panjat bukit tersebut, mengejar gua. "You'll never win!! You're not fit enough to climb that hill! You'll die of asthma if you do, so stop and let me win!" jeritnya.


Wah wah wah, dah la speaking english dengan gua, siap babitkan prestasi asthma gua pulak tu. Gua terus menjadi geram.


Gua jelir lidah kat dia.
"In your dreams, beruk!" dan gua sambung panjat bukit dengan iltizam dan azam membara. Fuhh memang membara sungguh.


Terbukti, kehebatan gua bukan calang-calang bila perempuan pendek tu berjaya gua tinggalkan pada jarak yang sangat memilukan hati dia. Gua semakin dekat dengan puncak. Makin kuat buyi sorakan, makin meriah suasana yang menanti gua. Dalam hati gua sempat lagi gua bisik "Gemuk-gemuk pun terer jugak aku ni."


Elok gua sampai je kat puncak bukit tu, keadaan jadi senyap sunyi.


Atas puncak bukit yang lapang, ada berbaris-baris manusia caca-marba beratur tersengih-sengih memandang gua. Semuanya bermuka excited, tapi sepatah haram pun tak keluar dari mulut diorang. Burung tak bersiul, apatah lagi speaker-speaker versi funfair kampung yang terpacak di sekitar kawasan tu. Semua diam terkaku bagai menanti sesuatu.


Di tengah lapang puncak tersebut, Alllan Wu berdiri menanti gua. Depannya ada karpet bentuk peta dunia.


Holy crap, gua menang Amazing Race ke?!


Dengan penuh yakin dan tanpa ragu gua pantas melangkah ke atas karpet dan menghadap Allan Wu yang makin lama gua tengok, makin kacak.


"Elle, you're the first to finish this race, and that means that you're the winner!"


Wohoo! Wohoo!
Gua dah terloncat-loncat macam beruk dah, siap menjerit-jerit. Mengikut tradisi Amazing Race, gua siap peluk Allan Wu (dan berharap dia peluk gua balik), lepas tu sambung balik jerit
"Whoot! I'm the Amazing Race champion! Yeah!"



Tetiba abang Allan Wu melempang muka gua. "Apa kau merepek ni? Bila masa kau jadi pemenang Amazing Race?"


Tu diaaaaa abang Allan Wu cakap Melayu siap cekak pinggang ala Kak Jenab Tahi Lalat lagi.


"Abes, I menang apa tadi?" Masih mencuba maintain ayu walaupun mulut dah senget.


Allan Wu menggeleng kepala. "Menang apa lagi, pertandingan Seminggu Ke Siberia Bersama Datin Seri Rosmah Mansor lah! You ni..."



Gua terus pitam.









Sebab sampingan kenapa gua naik lrt #2

Friday, February 05, 2010

Dua orang lelaki masuk dalam LRT sambil gelak besar.


Mat 1: Habis tu, girlfriend ko tak marah ke?

Mat 2: Mau dia tak marah. Dia tarik, lepas tu terus acu gunting. Sib baik dia tak gunting betul-betul. Mau tak berbini aku.

* Semua orang terus pandang crotch dia*

Mat 2 (dengan muka merah): Ye la, takde telinga, orang tak nak kan? Kan?


Meh I potong, meh. Sikittttt je. Meh la...
Picture is obviously taken from Fotolia.com