Pages

What's the big deal about rice, anyway?

Friday, January 08, 2010



Okay, ini adalah posting rage. Sedia untuk frustasi berganda.


Saya sekarang ni cuba untuk tidak makan nasi.


Nanti dulu, saya bukan 'berdiet'. Saya bukannya tak makan nasi sebab nak kurus, sebab dah gemuk (memang sedia gemuk pun kan), bukan sebab risau hodoh etc. Saya tidak makan nasi kerana saya nak kurangkan intake kanji.

Semenjak dua-menjak ni saya perasan bila terasa nak terkencing, kidneys saya macam berdenyut sikit. It could be the side effects of being on medication for my asthma sejak berumur 7 tahun. 20 tahun mengambil steroid dan salbutamol memang boleh buat macam-macam damage pada organ dalaman, jadi bila saya sudah mula rasa tidak selesa, maka saya perlu buat sesuatu.


Disebabkan jadual tugas saya memang tidak membenarkan saya berjimba di gym, dan bila hujung minggu saya dah penat nak mampus dan terus kong saja, saya perlu usahakan cara lain.


Diet?

Sebagai pencinta makanan, serius saya tak percaya diet. Saya pernah cuba tapi memang my love for food terus mengkantoi usaha berdiet ala2 vain kawan-kawan saya. Saya pernah cuba detox (menyiksakan sebab boleh makan sayur dan buah saja!), tapi lepas selesai seminggu itu, saya pulang ke rutin makan gembira saya. Lagipun detox untuk membersihkan saluran pemakanan, bukan untuk kurus ke hape.


Jadi saya decide untuk tidak sekang makan, cuma tak makan nasi sebab kanji = gula = jahanam kidneys aku dan menggalakkan diabetes lah pulak.


Tak makan nasi SAHAJA, benda lain semua saya belasah.
Masih makan keuy teow dan meehoon, walaupun dari beras, kanjinya kurang.
Faham tak, aku nak kurangkan kanji, bukan nak "Eeee I dah gemuk, I kena pakai hitam je sekarang!"

Jadi yang saya tak faham tu,
kenapa semua orang kat office rasa saya tak makan nasi ni macam big deal gila, macam saya ni vain gila macam mereka dan say tengah 'diet'?

"Eh Els, I dengar you dah tak makan nasi dah sekarang, ye ke?"

"Ely taknak join kita makan ke?"
"Takpe, dia tak nak makan nasi."
"Ely, diet? Wah, nak kurus ke?"


First day diorang tahu, saya just explain gitu-gitu je. Second day, ada yang tanya lagi.
Masuk hari keempat, tiba-tiba orang yang duduk jauh dari tempat saya pun dah tahu.


Masyaallah, ape masalahnya kalau saya tak makan nasi? Saya masih makan jugak. Saya bukan macam diorang yang bila menggelabah perut berlemak sikit terus mampus tak makan dan berlapar gila-gila.

Huh. Malas nak layan. Saya buat bodoh je la.


Hari ini:

So saya sampai office pagi ni, kengkawan tengah nak berkumpul dalam bilik belakang untuk sarapan pagi. Saya terus duduk je dan mula buat kerja sebab ada job urgent yang nak kena submit asap. So bila diorang panggil-panggil ajak makan, saya decline politely. "Takpe, takpe, I taknak. Thanks."


Dalam saya dok buat kerja, saya terdengar nama saya disebut. Automatis saya terus dengar kot-kot tengah memanggil saya. Tapi:

"Ely tak makan ke?"
"Dia taknak."

"Eh, Ely tu memang tak makan langsung dah ke?"
"Agaknya dia bla blab blabla bla bla" (saya tak dengar sangat pasal a few people cakap at the same time)

...dan disusuli dengan gelak besar berdekah-dekah beramai-ramai.



Apa masalah diorang ni sebenarnyaaa????!!!!!!
What is the big deal about me not eating nasi? What what what?!


Kalau saya tak makan langsung, kot la.
Even kalau tetiba saya makan bijirin je, atau makan sayur je, then mungkinlah jadi isu menarik. Tapi saya belasah je semua benda lain. Gua makan beb, bukannya gua starving. Tak langsung.


Sama macam sesetengah orang tak makan sayur, sesetengah orang tak makan daging, camtu la.
Saya tengah cuba tak makan nasi.
Tengok selama mana saya boleh bertahan.
Bukannya saya tak nak makan nasi sampai saya mati.


ARRRRRGGGHHHHH serius saya stress.


p/s: Yang terlibat dan baca ni gak, takyah la cerita kat orang yang tak baca. Ni luahan peribadi, no need to explain to diorang perasaan saya. Sekian. Muah muah.

4 comments:

roxychick said...

alalalaaa... jangan la merajuk babe.. hehehe.. aku tau kenapa ko taknak makan nasik tu.. faham..

sorry la if ko tersentap segala eh.. saja usik tuu.. heheh..

tapi aku tak tahan statement:

"Eeee I dah gemuk, I kena pakai hitam je sekarang!"

tettttttt!

azyze said...

roxy:
tak, tak merajuk. Cuma tadi terasa rage kejap.
gua kan susah nak rasa marah lama2. itu pasal semalam dah tahap buat bodoh je.
tapi kalau dah berulang-ulang jadi topik, maka gua pun terstress la balik.

huh. ni dah luahkan, so dah lega. lepas ni, lantaklah.

dex said...

Jadi kiranye cik ni akan avoid sushi la. Huhu. Semoga berjaya ye.

Ps: Saya lalu tepi Sakae tadi and teringat kamu.

azyze said...

dex:
itu lah satu-satunya siksaan aku sekarang. bila lalu tempat ada sushi je, muka aku sayu. gile ah nak melawan godaan sushi, sakit jiwa. nak pi sakae ke, saisaki ke semua tak boleh.

takpe takpe, kalau aku berjaya teruskan usaha aku ni, aku buat la exception macam sebulan sekali ke ehehe. kalau aku tak berjaya teruskan, well, paham2 je la ahahahah :)