Pages

Isnin yang indah: Menang!

Monday, January 11, 2010




Selamat pagi adik-adik. Berjumpa lagi dengan Kak Azyze dalam rancangan Apa Barang Hari Isnin!


Siapa kata hari Isnin tu membosankan dan memualkan orang dewasa? Hah, mak adik-adik? Ish, hari Isnin cuma bosan kepada manusia-manusia robot yang rutinnya pergi kerja, buat kerja, mengumpat, balik kerja, tidur dan begitulah setiap hari, bergilir-gilir sampai abang Jamil mampus.


Jangan jadi macam orang-orang itu, jadilah seperti orang. Orang-orang memang boring, siang malam duduk kat bendang kontrol macho tapi kalau burung hinggap pun takleh nak shooh.
Ahahhahahah!


Eh, melalut pulak. Ehem.


Anyway adik-adik,
Mari Kak Azyze beri tip pada adik-adik untuk menceriakan hari Isnin yang mendatang:


1. Cetuskan debaran pada hujung minggu.
Bila adik-adik cetuskan sesuatu yang mendebarkan, kebarangkalian untuk menanti hasilnya boleh membuat hari Isnin adik-adik lebih bermakna. Contohnya, jika adik menulis posting blog kontorversi pada hari Sabtu dan halang diri dari melayari internet pada hari Ahad, adik-adik tentu tertunggu-tunggu hari Isnin kerana nak menyemak komen yang berkepuk. Tapi pastikan kontroversi yang indah-indah sahaja seperti "Ya, Lady Gaga memang seorang lelaki!" dan bukan posting "Finally: me, naked!". Yang itu bukan Senin je, tiap-tiap hari kang jadi macam nurraka.


2. Minta orang lain cetuskan debaran.
Jika adik-adik memang sedikit loser, er, maksud Kakak, adik-adik dah bosan cetuskan debaran sendiri, minta orang lain tolong cetuskan. Tapi janganlah minta sebarangan. Adik ni bukannya superstar mahupun ADUN kawasan, orang boleh nak suka-suka bagi favours. Bila datang bab ini, adik-adik perlu bergantung kepada 1. Karisma, 2. budi bahasa, dan 3. bersifat mulia sedari awal lagi dengan orang sekeliling. Good behaviour = good energy & aura = people being good to you. Perangai macam setan? Jangan risau, yang itu kejutan lagi best! Siap ada polis lagi, macam Gerak Khas seh.


3. Mimpikan yang indah.
Ini dinamakan positive reinforcement. Bila keadaan tidak lagi di tangan kita, satu-satunya benda yang kita boleh buat adalah memikirkan benda yang indah-indah. Ini akan subconciously merangsang otak kita untuk mengeluarkan lebih adrenalin yang akan memastikan adik-adik terasa lebih bertenaga keesokan harinya. Lebih best lagi, mimpi yang indah boleh buat kamu bangun tersipu-sipu sekaligus terbawa-bawa sampai ke tempat kerja/sekolah.

Jadi, sebelum tidur tu cuba fikirkan perkara lucu yang adik-adik pernah lalui, apa yang adik-adik idamkan, mahupun awek kelas sebelah yang jual mahal tu akhirnya menjadi mahu menjadi 'adik angkat'. Sure menjadi. Tapi kalau sebelum tidur adik-adik tengok Paranormal Activity, tu menempah kubur namanya.


4. Pagi yang "La la La La La..."
Haaa.... ini maksudnya bila dah bangun pagi tu, mandilah dengan gembira. Nak nyanyi-nyanyi pun boleh (berhenti seketika waktu Azan berkumandang ye). Masa sarapan pun happy, nak ikat tali kasut pun senyum dan cubalah berjalan dengan ringan. (Boleh berangan agar efek lebih berkesan)

Kata orang putih, hapiness is contagious. Adik-adik happy, orang sekeliling adik-adik pun akan happy.


5. Debaran jadi kemuncak, dan hasilnya, Wohoo!
Bila sudah gembira, apa yang datang pun tak jadi hal. Tertinggal bas? Releks lah, kejap lagi sampai la bas lain. Orang potong queue beratur? Alah, dia nak tercirit agaknya.
Masanya sudah tiba untuk reap what you sow, atau bahasa mudahnya dah buat, dapat hasil lah beb. Dan percayalah, hasilnya pasti wohoo!


Mudah kan?



Tapi jika all else fails, adik-adik boleh cuba cara jangka panjang macam Kak Azyze buat:


1. Bila tak ada kerja, layan je online surveys yang terjumpa secara kebetulan.
2. Jangan berharap sangat pasal ada lapan juta orang lain lagi yang membuat survey tersebut. Chill lah.
3. Terima sms dari kawan yang berbunyi "Minah, ko menang blog survey tu. Aku tengok kat blog Emila"
4. Balas dengan ucapan "Huh?" dan buat mental note untuk check blog kak Emila pada pagi Isnin. Jangan berharap sangat pasal kalau takde dah rasa poyo pulak.
5. Check Blog Emila dan sengih-sengih sebab


Wohoo!


Alhamdulillah. Seems that my luck with online surveys agak ngam lah. Ini kali kedua memenangi sesuatu dari online survey, kali pertama dulu adalah iPod Nano dari Apple yang kini menjadi one of my most beloved treasures. You can read about it here.


So adik-adik, tunggu apa lagi? Make Monday the best day ever!
Sehingga berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama, byeeeeeeeeeeeeeeeee!







6 comments:

My name starts with M said...

pergh!!!!!!!!!!
congrats!!!

azyze said...

tengkyu, tengkyu :)

roxychick said...

hahahahaa.. patutla beriya soh aku baca.. harap maaf babe sbb aku tgh bengang nak surf pasal keja ofis yg.. you-know-what-i-mean.... (blog kak emil pon dah 2 hari tak baca..)

anyway.. congrats! hadiah ko lagi best dari yang pernah aku dapat... syabbas! :)

azyze said...

roxy:
mana hang tau lagi best... ehehe :)
anyways, thanks huhu

Merong Maha Wong Ser said...

Salam Ely, hang dpt info tak agak2 bila M.Nasir nak teruskan konsert dia tu? dah la aku beli 5 tiket. Hari tu aku jumpa En Rahmat kat Restoran Soto Sect 8...dah kurus sgt skrg.

azyze said...

Adi:
aku call bebaru ni, diorang kata still belum ada jawapan bila. kengkonon maybe march, tapi dulu pun kata maybe november. aku beli 2 ketul, tapi mau la RM500+ jugak kan. maka aku dah decide kalau sampai march tadek pape cerita, maka aku akan menjadi saddiq sigaraga lantas mengucapkan

"kasi balik duit aku lepas tu kau nak buat apa kau pergi buat!"