Pages

Sebab sampingan kenapa gua naik lrt

Saturday, January 30, 2010

Di dalam LRT, dua akak gomen separa abad berbual.


Akak 1: Chom, cantiknya beg ko. Beli mana?

Akak 2: Anak aku bagi. Dia kata macam Paris Hilton punya. Macam Paris Hilton tak?

Akak 1: Macam hotel Hilton KL tu ade la.


Terjumpa di atas talian

Tuesday, January 26, 2010


Adoi, tak tahan nak gelak lagi ni!

Agaknya sebab ini la bapak saya ala-ala suka Siti Nurhaliza. Sama macam clay soldiers dalam cerita-cerita Cina kegemaran dia!


Kontemplasi

Friday, January 22, 2010

"Dah lama dah..."

Oh, tidak ada aksi menangis, meracau mahupun heels patah terjadi dalam situasi saya.


( Maaf, budak-budak sekolah mungkin tidak faham ayat dan kejadian di atas.)




Hmm... siapa punya ni agaknya ya...



1. Follower widget.
Saya tak pernah letak sebarang widget ekstra di blog ini kerana asalnya saya menulis untuk diri sendiri. Masa itu pun, tak ada widget untuk ikuti blog orang, sebenarnya. Kalau kita suka, kita letak saja pautan di tepi atau kita hafal address blognya. Bila mahu baca, klik saja di history.


Lagipun, best sangat ke blog saya ni?
Ada kah orang yang mahu baca?
Ada kah yang sudi untuk baca secara tegar?


Disebabkan terbiasa dengan keadaan ini, saya tidak terfikir pun hendak mencari follower. Apatah lagi bila semua blog-blog baru (baru jika blog kamu baru berusia 2 tahun) semuanya bubuh follower. Pergi ke berpuluh-puluh blog dan tinggalkan komen, buat shameless promotion untuk baca dan follow blog. Kemudian bersaing siapa ada lebih ramai follower. Kebudak-budakan sangat.


In the quest of staying unique and anonymous, saya rasakan yang saya tak perlu mengikut arus deras followers trend yang kian melimpah di dunia siber.


Kemudian, saya menyekang diri dari mengikuti mana-mana blog walaupun setiap hari menyumbang pada kenaikan 'clicks' mereka. Mahu jadi penulis tanpa wajah kan...


Sehingga lah..... saya perasan di dashboard yang saya ada follower.


Mulanya hanya ada 2 orang. Mereka ini setia mengikuti perkembangan saya. Kemudian tiga. Tiba-tiba tadi saya lihat sudah 5. Woh, maksudnya ada yang setia baca Penulis Paling Tidak Konsisten Dalam Dunia?


Ajaib.

Walaupun tak bubuh widget, ada orang yang ikut. Jika bubuh widget?


Kemudian saya teringat emel yang saya dapat dari seorang pembaca. Asalnya dia mahu tinggal komen anonimus tentang review PGL yang saya buat awal tahun dulu, tapi ia berubah jadi perbualan emel yang agak berjela. Akhirnya dia kata

"I nak jadi follower you, tapi macamana nak add?"


Pada masa itu, saya betul-betul tidak tahu (kerana ignoran), jadi saya kata saya tak pasti dan asalkan dia baca saja pun saya dah gembira.


Looking back, maybe it is time for me to add the widget.


Bila ada widget, bolehlah saya tahu siapa pembaca-pembaca senyap blog ini. Tidaklah saya tertanya-tanya mengapa tak ramai yang meninggalkan komen tapi click terus naik setiap hari. (Tapi tak boleh chelen Amer lah, dia siap jadi featured blogger kat Nuffnang, kan?)


Mungkin bila sudah kenal kamu, saya boleh tulis sesuatu yang lebih cenderung kepada bahan bacaan kamu. Tidaklah sehingga merubah content blog ini kepada 100% komersil, tapi apa salahnya sekali sekala menulis untuk orang lain selain diri sendiri, kan?


Setelah berkontemplasi selama berminggu dan bermonolog dengan hati buat kesekian kalinya, says ambil keputusan untuk bubuh saja widget tersebut.


Jadi tuan-tuan dan puan-puan, adik-adik sekelian, widget tersebut kini berada di bawah bahagian arkib di panel kiri blog ini. Sudikan diri jadi follower jika anda rajin singgah ke sini ya.

Terima kasih sayang :)


p/s: Nantikan kontemplasi ke-2. Bakal menyusul once dah confirm nanti :)

Kesesakan lalulintas neuron

Wednesday, January 20, 2010


Ha ha ha ha.
Kamu lihat, inilah gaya seorang bos sejati di pejabat!


Duduk-duduk, letak kaki atas meja sambil menggoyang kepala mengikut irama lagu yang sedang berkumandang di komputer.


Suka hati mau buat apa.
Kejap lagi tengok cermin, betulkan rambut. Check kot-kot ada sayur atau cili celah gigi.
Gelakkan becacai yang sibuk buat kerja.

Kemudian buka internet, layan Facebook 2 jam.


Perghhhh, lifestyles of the rich and powerful bebeh.



Malangnya saya cuma becacai saja.
Letak kaki atas meja ni pun tengok-tengok kiri kanan. Snap-snap, kemudian cepat-cepat sambung kerja. Nanti bos nampak kang...

Jadi datang balik esok ya bila kerja tak menyumbat kapilari idea saya :)

Letting go

Wednesday, January 13, 2010

photo by Andrew Mitchell via Flickr.



It's not as easy as it seems.
But it is time.

I hope that one day you'll know how much I love you, and that I always will.


Reality

Isnin yang indah: Menang!

Monday, January 11, 2010




Selamat pagi adik-adik. Berjumpa lagi dengan Kak Azyze dalam rancangan Apa Barang Hari Isnin!


Siapa kata hari Isnin tu membosankan dan memualkan orang dewasa? Hah, mak adik-adik? Ish, hari Isnin cuma bosan kepada manusia-manusia robot yang rutinnya pergi kerja, buat kerja, mengumpat, balik kerja, tidur dan begitulah setiap hari, bergilir-gilir sampai abang Jamil mampus.


Jangan jadi macam orang-orang itu, jadilah seperti orang. Orang-orang memang boring, siang malam duduk kat bendang kontrol macho tapi kalau burung hinggap pun takleh nak shooh.
Ahahhahahah!


Eh, melalut pulak. Ehem.


Anyway adik-adik,
Mari Kak Azyze beri tip pada adik-adik untuk menceriakan hari Isnin yang mendatang:


1. Cetuskan debaran pada hujung minggu.
Bila adik-adik cetuskan sesuatu yang mendebarkan, kebarangkalian untuk menanti hasilnya boleh membuat hari Isnin adik-adik lebih bermakna. Contohnya, jika adik menulis posting blog kontorversi pada hari Sabtu dan halang diri dari melayari internet pada hari Ahad, adik-adik tentu tertunggu-tunggu hari Isnin kerana nak menyemak komen yang berkepuk. Tapi pastikan kontroversi yang indah-indah sahaja seperti "Ya, Lady Gaga memang seorang lelaki!" dan bukan posting "Finally: me, naked!". Yang itu bukan Senin je, tiap-tiap hari kang jadi macam nurraka.


2. Minta orang lain cetuskan debaran.
Jika adik-adik memang sedikit loser, er, maksud Kakak, adik-adik dah bosan cetuskan debaran sendiri, minta orang lain tolong cetuskan. Tapi janganlah minta sebarangan. Adik ni bukannya superstar mahupun ADUN kawasan, orang boleh nak suka-suka bagi favours. Bila datang bab ini, adik-adik perlu bergantung kepada 1. Karisma, 2. budi bahasa, dan 3. bersifat mulia sedari awal lagi dengan orang sekeliling. Good behaviour = good energy & aura = people being good to you. Perangai macam setan? Jangan risau, yang itu kejutan lagi best! Siap ada polis lagi, macam Gerak Khas seh.


3. Mimpikan yang indah.
Ini dinamakan positive reinforcement. Bila keadaan tidak lagi di tangan kita, satu-satunya benda yang kita boleh buat adalah memikirkan benda yang indah-indah. Ini akan subconciously merangsang otak kita untuk mengeluarkan lebih adrenalin yang akan memastikan adik-adik terasa lebih bertenaga keesokan harinya. Lebih best lagi, mimpi yang indah boleh buat kamu bangun tersipu-sipu sekaligus terbawa-bawa sampai ke tempat kerja/sekolah.

Jadi, sebelum tidur tu cuba fikirkan perkara lucu yang adik-adik pernah lalui, apa yang adik-adik idamkan, mahupun awek kelas sebelah yang jual mahal tu akhirnya menjadi mahu menjadi 'adik angkat'. Sure menjadi. Tapi kalau sebelum tidur adik-adik tengok Paranormal Activity, tu menempah kubur namanya.


4. Pagi yang "La la La La La..."
Haaa.... ini maksudnya bila dah bangun pagi tu, mandilah dengan gembira. Nak nyanyi-nyanyi pun boleh (berhenti seketika waktu Azan berkumandang ye). Masa sarapan pun happy, nak ikat tali kasut pun senyum dan cubalah berjalan dengan ringan. (Boleh berangan agar efek lebih berkesan)

Kata orang putih, hapiness is contagious. Adik-adik happy, orang sekeliling adik-adik pun akan happy.


5. Debaran jadi kemuncak, dan hasilnya, Wohoo!
Bila sudah gembira, apa yang datang pun tak jadi hal. Tertinggal bas? Releks lah, kejap lagi sampai la bas lain. Orang potong queue beratur? Alah, dia nak tercirit agaknya.
Masanya sudah tiba untuk reap what you sow, atau bahasa mudahnya dah buat, dapat hasil lah beb. Dan percayalah, hasilnya pasti wohoo!


Mudah kan?



Tapi jika all else fails, adik-adik boleh cuba cara jangka panjang macam Kak Azyze buat:


1. Bila tak ada kerja, layan je online surveys yang terjumpa secara kebetulan.
2. Jangan berharap sangat pasal ada lapan juta orang lain lagi yang membuat survey tersebut. Chill lah.
3. Terima sms dari kawan yang berbunyi "Minah, ko menang blog survey tu. Aku tengok kat blog Emila"
4. Balas dengan ucapan "Huh?" dan buat mental note untuk check blog kak Emila pada pagi Isnin. Jangan berharap sangat pasal kalau takde dah rasa poyo pulak.
5. Check Blog Emila dan sengih-sengih sebab


Wohoo!


Alhamdulillah. Seems that my luck with online surveys agak ngam lah. Ini kali kedua memenangi sesuatu dari online survey, kali pertama dulu adalah iPod Nano dari Apple yang kini menjadi one of my most beloved treasures. You can read about it here.


So adik-adik, tunggu apa lagi? Make Monday the best day ever!
Sehingga berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama, byeeeeeeeeeeeeeeeee!







What's the big deal about rice, anyway?

Friday, January 08, 2010



Okay, ini adalah posting rage. Sedia untuk frustasi berganda.


Saya sekarang ni cuba untuk tidak makan nasi.


Nanti dulu, saya bukan 'berdiet'. Saya bukannya tak makan nasi sebab nak kurus, sebab dah gemuk (memang sedia gemuk pun kan), bukan sebab risau hodoh etc. Saya tidak makan nasi kerana saya nak kurangkan intake kanji.

Semenjak dua-menjak ni saya perasan bila terasa nak terkencing, kidneys saya macam berdenyut sikit. It could be the side effects of being on medication for my asthma sejak berumur 7 tahun. 20 tahun mengambil steroid dan salbutamol memang boleh buat macam-macam damage pada organ dalaman, jadi bila saya sudah mula rasa tidak selesa, maka saya perlu buat sesuatu.


Disebabkan jadual tugas saya memang tidak membenarkan saya berjimba di gym, dan bila hujung minggu saya dah penat nak mampus dan terus kong saja, saya perlu usahakan cara lain.


Diet?

Sebagai pencinta makanan, serius saya tak percaya diet. Saya pernah cuba tapi memang my love for food terus mengkantoi usaha berdiet ala2 vain kawan-kawan saya. Saya pernah cuba detox (menyiksakan sebab boleh makan sayur dan buah saja!), tapi lepas selesai seminggu itu, saya pulang ke rutin makan gembira saya. Lagipun detox untuk membersihkan saluran pemakanan, bukan untuk kurus ke hape.


Jadi saya decide untuk tidak sekang makan, cuma tak makan nasi sebab kanji = gula = jahanam kidneys aku dan menggalakkan diabetes lah pulak.


Tak makan nasi SAHAJA, benda lain semua saya belasah.
Masih makan keuy teow dan meehoon, walaupun dari beras, kanjinya kurang.
Faham tak, aku nak kurangkan kanji, bukan nak "Eeee I dah gemuk, I kena pakai hitam je sekarang!"

Jadi yang saya tak faham tu,
kenapa semua orang kat office rasa saya tak makan nasi ni macam big deal gila, macam saya ni vain gila macam mereka dan say tengah 'diet'?

"Eh Els, I dengar you dah tak makan nasi dah sekarang, ye ke?"

"Ely taknak join kita makan ke?"
"Takpe, dia tak nak makan nasi."
"Ely, diet? Wah, nak kurus ke?"


First day diorang tahu, saya just explain gitu-gitu je. Second day, ada yang tanya lagi.
Masuk hari keempat, tiba-tiba orang yang duduk jauh dari tempat saya pun dah tahu.


Masyaallah, ape masalahnya kalau saya tak makan nasi? Saya masih makan jugak. Saya bukan macam diorang yang bila menggelabah perut berlemak sikit terus mampus tak makan dan berlapar gila-gila.

Huh. Malas nak layan. Saya buat bodoh je la.


Hari ini:

So saya sampai office pagi ni, kengkawan tengah nak berkumpul dalam bilik belakang untuk sarapan pagi. Saya terus duduk je dan mula buat kerja sebab ada job urgent yang nak kena submit asap. So bila diorang panggil-panggil ajak makan, saya decline politely. "Takpe, takpe, I taknak. Thanks."


Dalam saya dok buat kerja, saya terdengar nama saya disebut. Automatis saya terus dengar kot-kot tengah memanggil saya. Tapi:

"Ely tak makan ke?"
"Dia taknak."

"Eh, Ely tu memang tak makan langsung dah ke?"
"Agaknya dia bla blab blabla bla bla" (saya tak dengar sangat pasal a few people cakap at the same time)

...dan disusuli dengan gelak besar berdekah-dekah beramai-ramai.



Apa masalah diorang ni sebenarnyaaa????!!!!!!
What is the big deal about me not eating nasi? What what what?!


Kalau saya tak makan langsung, kot la.
Even kalau tetiba saya makan bijirin je, atau makan sayur je, then mungkinlah jadi isu menarik. Tapi saya belasah je semua benda lain. Gua makan beb, bukannya gua starving. Tak langsung.


Sama macam sesetengah orang tak makan sayur, sesetengah orang tak makan daging, camtu la.
Saya tengah cuba tak makan nasi.
Tengok selama mana saya boleh bertahan.
Bukannya saya tak nak makan nasi sampai saya mati.


ARRRRRGGGHHHHH serius saya stress.


p/s: Yang terlibat dan baca ni gak, takyah la cerita kat orang yang tak baca. Ni luahan peribadi, no need to explain to diorang perasaan saya. Sekian. Muah muah.

Tahun baru, wajah baru!

Tuesday, January 05, 2010

Selamat 2010 sayang-sayang sekelian!

(Okay, okay. Geli pula bersayang-sayang dengan kamu semua. Heh.)


2010 menjelma terlalu pantas dan saya sememangnya tak sempat hendak menyelesaikan banyak benda dalam 2009. Ada yang sudah terbawa-bawa ke dalam tahun baru ini, dan ada yang rasanya bakal berkubur sahaja. Sebab itulah, sesi recap 2009 pun tak sempat nak dibuat. Oh, bukannya banyak pun highlights tahun lepas, tapi ada lah dua-tiga yang menarik. Tengoklah, kalau sempat saya catatkan juga.


Tahun ini saya mulakan dengan... wajah baru azyze.blogspot.com!





Skin blog ini telah direka khas in gratis oleh seorang rakan low profile yang tak mahu dikenali. Kepada makhluk tersebut, a big thank you, brother. Nanti bila ada kelapangan akan saya usahakan sesi jimba untuk kamu. Er, tapi kalau kamu tak suka aktiviti-aktiviti indah saya, saya hadiahkan kamu CD Syakira pun boleh, kan?

*matila kena maki*


Walau bagaimanapun,
masih ada beberapa perkara minor yang masih belum berjaya diselesaikan. Contohnya saiz tajuk post yang cenonit tu, gambar yang secara automatik menjadi kecil... dah lapan juta kali saya godak html coding ni tapi haram tak berubah. Yang itu, man-man lah ye. Bila ada kudrat untuk saya selesaikan (pakar, bantuan!).

So amacam, okay?


Selamat tahun baru!