Pages

Surprise from Kak Emila!

Monday, December 14, 2009

Minggu lepas, Roxychicks panggil saya ke mejanya. Rupanya hadiah Roxy yang dimenanginya melalui quote contest anjuran kak Emila Yusof dah sampai. Di mejanya ada Kalendar 2010 Emila, sebuah cloth organizer yang sungguh cantik (serius cantik!) dan sebentuk rantai kunci eksklusif Emila. Chomelnya!

Pujian saya terhadap kalendar yang diterima Roxy terhenti bila dia menghulur satu bungkusan kecil kepada saya. Imagine my surprise (dan delight) bila ternampak nota di atas bungkusan tersebut.


"Untuk I ke, babe? Serious?"


Mau tak terbeliak mata saya bila Roxy mengangguk -- Kak Emila beri present untuk saya juga! Wohoo! Saya bukannya masuk apa-apa peraduan di blognya, saya memang tidak menanti apa-apa dari Kak Emila. Tergedik-gedik rasanya masa tu bila membuka bungkusan tersebut.




Saya bertukar menjadi beruang akibat terlalu seronok.




Sebuah mini-organizer buatan tangan dan key-chain beruang chomel!




Terima kasih Kak Emila!

Saya belum guna lagi mini-organizer tersebut... mungkin nak guna sebagai makeup brush organizer kot. Maklumlah, ada orang tu tak habis-habis suruh saya beli makeup brush set yang proper. Saya ni jenis belasah saja apa-apa brush. Tapi mau tiga tahun baru penuh kot organizer tu, hehe.

Thanks so much Kak Emila!





5 comments:

ouT oF My MinD said...

bestnye

roxychick said...

haha.. terus bertukar jadi beruang akibat terlalu seronok.. hahaha!

azyze gomez said...

OOMM & roxy:
yesssss uols!

school of thoughts said...

menarik la barang2 ni... ada jual tak>

azyze gomez said...

aida:
ada! visit kak emila's online shop at http://emilayusof.com/littleshop/