Pages

Selamat hari natal

Thursday, December 24, 2009

Setiap kali nak tulis/taip perkataan 'Natal', tangan akan dengan pantas tertekan huruf 'g'. Nasib baik hari natal datang setahun sekali aje. kalau tak mesti saya sudah dilabel pervert.


Sekarang ni, makin ramai budak-budak dah tak percaya pada Santa Claus dan ajaibnya Krismas. Kalau dulu, budak-budak terima saja apa yang muncul di dalam stokin mereka di pagi Krismas, sekarang ni jangan harap mereka akan berpuas hati dengan hadiah kecil yang boleh muat stokin. Well, unless they're ipods, iphones or some carats of bling-bling, if you know what i mean.


Diorang dah berani demand sebab diorang tahu mak bapak diorang yang beli benda-benda tu semua. Santa kini hanyalah bekas ikon yang menyedihkan, dengan perut buncit macam minum todi, janggut putih panjang yang berangan rival kambing dan well, kerabunan tahap ajaib (sebab santa pakai spek mata, kan?). Eww, like, contacts, maybe?


Santa is no longer the man everybody waits for. Rather, dia dah jadi ala pakcik nyanyuk yang duduk dekat retirement home dah. Kalau Santa wujud, entah-entah itu la watak dia. Lagipun, bolehkah elves-elves di kilang North Pole menandingi kehebatan mesin buat mainan kuasa kuda x1000 buatan Jepun yang super-efisyen? Itu belum kira hermit-like attitude Santa yang lebih suka duduk kat North Pole sepanjang tahun. Mesti dia tak tahu trend dan perkembangan dunia kanak-kanak. Fesyen? lagilah hazab... hijau dan merah sungguh 1900s.


Bila sudah besar, tua dan tahu segalanya, saya kadangkala rasa sedih kerana sudah tak mampu mempercayai 'mistik'nya benda-benda yang pernah suatu masa dulu membuat saya gembira. Dulu, tengok sarkas pun boleh kagum terbeliak biji mata tengok ahli akrobat dan silap mata, sekarang, peh, semua trick tu dah boleh buat sendiri thanks to Breaking The Magician's Code.


Dulu bila dengar cerita Santa, rasa jelous je kat kawan-kawan Christian sebab mereka dapat hadiahyang hebat-hebat, tapi masa raya kita dapat 2-3 ringgit je. Bila dah besar, peh, kebendenya Santa... gua boleh beli sendiri la hadiah-hadiah idaman hati - and I get to keep the cookies and milk for myself lagik.



Jadi adik-adik, jika anda semua masih di bawah umur dan masih ala-ala main cop tiang atau tindih2 pemadam kat sekolah di waktu rehat, just cherish these silly but fun 'idea' that your parents/elder ones encourages you to. Ianya tak bodoh, sayang. Jika pun kamu dah tahu ianya bohong sunat, kamu layankan aje la. Use your imagination. Ia menggalakkan minda untuk berkembang.

Nanti bila dah tua bangka macam saya, dah tak boleh dah nak buang tebiat gantung stokin, tinggal biskut ngan susu atas meja. Habis kena terrorize dengan kucing. Esok, rumah dah macam warzone dah.


Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya, and don't ever forget the magic it brings!




2 comments:

school of thoughts said...

i like this. u really made me feel - aku dah tua - heheh... tapi benar, all the spirits masa merayakan perayaan sudah tidak menyerlah. budak2 kini lebih gemar kepada facebook. sekian.

azyze gomez said...

betul tu, aida. apatah lagi bila realitinya facebook, myspace etc dicpta pada asalnya untuk menjadi jaringan antara pelajar-pelajar universiti, dan kemudian untuk orang dewasa (selalunya nak daftar mestilah bermur 18 tahun keatas).

bebudak zaman sekarang, hmmm...