Pages

Terfikir tak pasal-pasal

Monday, November 02, 2009

1. Perubahan siapa?

Saya kecewa. Mulut saya bagai mahu tembak kata:
"Sampai bila nak maju woi kalau korang masih fikir bahawa majoriti orang tempatan ni bodoh, the masses tak pandai bahasa inggeris dan hanya faham bahasa tahap budak sekolah rendah, tak boleh faham apa-apa yang tongue-in-cheek dan nak jugak kekal dengan cara penulisan berjela-jela?"

Saya boleh bet headlines macam ni sumpah kena reject.
Apatah lagi copy guna perkataan "glampers",
"slumming", "plebs". Tercampak ke Tokyo...

Saya jadi sentap sedikit bila ada yang berkata dengan yakin "Ape yang you tulis ni ye? I tak faham la. I tak rasa pelanggan lain faham ni." Adakah maksudnya a. tulisan kamu merepek dan tak boleh di faham (saya terima dan akan saya perbaiki), atau b. I yang tak faham bahasa inggeris, jadi I rasa orang lain pun tak faham juga (wtf?).

Lebih-lebih lagi jika ia datang daripada orang yang kata "Boho tu ape? Macam Soho ke?" diikuti dengan gelak sindir penuh sinis.


Tak ada kena-mengena dengan ppsmi
tapi konsepnya lebih kurang lah.


Hey, dah masa untuk buka minda dan tambahkan pengetahuan lah babe. What might work 10 years ago sekarang ni dah basi, there are new lingos, new trends, new approaches. Tahap pendidikan purata negara sudah meningkat, apatah lagi dengan globalisasi teknologi. Lagipun macamana nak berubah kalau kita dok ingat orang kita ni bongok sangat? Kalau cita-cita mahu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan market leaders, maka kenalah fikir seperti market leader juga. Time to change, babe!

Atau mungkin SAYA yang patut berubah angin?




2. Sendiri atau tidak?

Mana lebih baik, sendirian tak berteman dan tak mengecap cinta, atau mengecap cinta tapi meruntuhkan rumahtangga orang?

Tentunya ada argumen jodoh-ketentuan, mungkin memang dah meretak etc, tapi dari segi moral? Opsyen mana lebih selamat? To be loved even if it's a cheat, atau choose loneliness kerana lebih baik satu pihak terluka dan bukan 3?




3. Kenapa berkawan sebenarnya?

Milah, Senah, Joyah & Timah dan bertahun berkawan. Katanya teman sehati-sejiwa, kumpulan BFF. Tapi Milah Senah, Joyah & Timah sebenarnya selalu berlumba-lumba status, kedudukan dan wang sesama mereka. Suami dia pakai kereta apa, gaji berapa, pergi holiday di mana, pakaian berjenama apa... pendek kata semua pun boleh jadi saingan lah. Nampak macam geng Sex & The City, tapi sebenarnya mulut macam Gossip Girls.

Fashionistas in the houseeee!
BFF forever!



Lama-lama, Senah mula bengang. Orang lain ada kedai emas, dia cuma mampu pakai saja. Orang lain pergi holiday ke Greece dan Rom, dia cuma mampu berpesta di Bali. Suami orang CEO syarikat terkemuka, suami dia ahli politik cabuk. Anak orang lain pergi sekolah Montessori, anak dia pergi tadika Good Shepard saja.


Apatah lagi, Senah mula berkawan dengan Abu, Karim, Jainab, Eton dan Siti yang tak pernah sibuk tanya perihal harta dia. Bila Senah bercerita tentang cuti 'hu-ha'nya di Bali, yang lain semua seronok tanya pengalamannya. Aktiviti Senah dengan keluarga, kerja Senah, hujung mingu Senah, beg-beg berjenama Senah semuanya Senah cerita pada kawan barunya. Mereka tak pernah mahu berlumba-lumba dengan Senah, malah mereka berkongsi gembira atas limpahan rezekinya. Senah rasa berkawan dengan kumpulan low profile (LP) lebih baik dari BFF yang glamor tapi menunjuk.


Lepak je, takde brand conscious pun.
Siap pakai rumput buat baju lagi...


Satu hari, di rumah terbuka Aidilfitri sahabat sekampung Senah, Dolah bertanya perihal Senah dan geng lamanya. Kenapa Senah sudah tidak lama bersama mereka?

Maka Senah, dengan rasa sedih bercampur geram yang sudah dipendam lama, mulalah bercerita pada kawan-kawan lain mengapa dia sudah tidak begitu serasi dengan geng BFF. Dia bercerita supaya orang lain tahu yang akrabnya BFF itu hanya di luar sahaja, dan agar orang lain tidak tertipu dengan facade semata. Dia cerita bagaimana dia terasa hina bila bersama dengan BFF, terasa kecil dan dipersenda malah adakalanya terasa seperti dia tidak sestatus dengan mereka.

Sudah puas Senah menglipurlara kisah sedihnya, dia akhiri cerita dengan ayat bernada simpati sedih:

"Takpe lah uols, biarlah iols kawan dengan geng LP je. Lp pun LP lah. Tak sakit jiwa."


Semua LP terdiam. Abu, Karim, Jainab, Eton dan Siti tidak berkata apa-apa, kecuali pandang sesama mereka.

Kejap.

"LP pun LP lah"?

Apa, teruk sangat kah LP hingga Senah kata begitu? Selama ini, bila mereka mengiyakan sahaja cerita Senah, bila mereka kongsi gembira dengan Senah, bila mereka memuji-muji Senah kerana Senah ada itu ini dan pergi situ sini, adakah bermakna mereka menganggap Senah hebat, Senah besar, Senah bak idola?

Padahal mereka gembira melihat Senah gembira, mereka iyakan sahaja bila cerita-cerita Senah berbunyi riak dan menunjuk, layankan saja bila Senah tanya-tanya itu ini tentang kewangan mereka... kerana anggap itu salah satu dari sifat semulajadi Senah dan mereka menerima Senah seadanya. Tapi selama ini, Senah fikir mereka kawan 'tangkap muat' saja?

Siapa yang bangang dan siapa yang patut bengang?

6 comments:

roxychick said...

amboi2 gayah.. sekali update.. amik kau! kena sebijik kat muka...

yang last tu memang best... hahaha! lumrah donia camtu laa..

mizzyN said...

memuji dengan cara mengutuk?

azyze gomez said...

roxy:
alah, sekali sekala aku tulis macam ni. bukan selalu aku emo versi personal macam ni...

mizzy:
memuji? isu mana satu ni? pasal aku rasa mengutuk je semuanya ahahahhaha :)

mizzyN said...

yang no 3 tu.

no 1 tu, ko masakkan aje sup CLEO + fEMALE, pandai la kot.

kot?

school of thoughts said...

OMG! OMG!

My name starts with M said...

deep...