Pages

Selamat ulangtahun Sesame Street

Thursday, November 12, 2009



Jika anda dilahirkan dan membesar sekitar tahun 70an - awal 90an, anda tentu seorang Sesame Streeter. Dulu-dulu, Sesame Street merupakan satu-satunya (atau satu diantara dua tiga) rancangan kanak-kanak yang dapat menarik perhatian mak bapak untuk duduk bersama anak-sama-sama ank diorang dan actually layan muppets serta pembelajaran pra-tadika dengan gembira.

Ada ke orang yang tak suka Sesame Street? Macam mustahil.
Diorang ada monster berbulu warna-warni yang keloloh dan kelakar dan jiran-jiran dewasa yang pandai menyanyi! Lebih mantap lagi, diorang tampilkan superstar dan selebriti untuk ajar kita membaca dan mengira! Dari Johnny Cash (thank god no swearing!) ke Stevie Wonder ke Hootie & The Blowfish ke Michelle Obama, semuanya dengan selamba berborak dan bergelak ketawa dengan raksasa comel bawah umur. Perghh, cool gila okay! Kau ado tengok artis popular Malaysia main kucik-kucik ngan "A.L.O.N.G, Along!"? Nan hado!


Sesame Street terhasil around tahun '69 bila Jim Henson dan Joan Ganz Cooney terfikir untuk menggunakan patung untuk menarik minat kanak-kanak Amerika untuk belajar. Jadi diorang pun kumpul lah orang-orang yang berbakat dalam lakonan dan seni persembahan untuk melakonkan monster puppets yang dah direka oleh Jim (the cast are known as 'performers' as they not only do the voices, but also move the muppets).



All-time favourite: Cookie Monster.
Agaknya pasal tu lah kot saya pun tak boleh berhenti makan ehehehe



Satu lagi watak kegemaran saya selain Kermit: Guy Smiley!



Ni pulak antara skit kegemaran saya: Grover The Waiter :)



Kemudian mereka dapatkan pelakon-pelakon pula... saya masih ingat Bob yang multi-talented, Luis & Maria (pasangan favourite saya!) bermain gitar dan menyanyi kepada budak-budak di studio, Susan & Gordon mengajar the little ones tentang nilai-nilai murni dalam cara yang sungguh menghiburkan, dan oh, Big Bird bersedih bila dapat tahu tentang kematian Mr. Hooper (ya, saya menangis macam budak kena dera)...


Percaya atau tidak, kebanyakan benda yang saya tahu sebelum saya masuk tadika, saya belajar dari menonton Sesame Street. Huruf, nombor, mengeja, kiraan asas... kalau tak tengok show tu, tahap pemahaman dan pengunaan bahasa inggeris saya belum tentu lagi sebaik sekarang. (walaupun tak berapa nak baik la kan). Memang lah mak dan bapak berjimat gila untuk belikan saya komik Rupert The Bear untuk belajar english juga, tapi Sesame Street ajar saya cara untuk vocalize the words, artikulasi bahasa serta penggunaan ekspresi yang kerapnya berbeza dari bahasa melayu.


Sesame Street turut memperkenalkan saya dengan kaleidoskop budaya yang mengkagumkan serta memacu cinta saya pada muzik. Jazz, pop, malah soul & r&b, semuanya ada. Lebih best bila dengar liriknya yang kelakar dan menceriakan (sehingga sekarang pun masih best)!


Ya, saya memang ada soft spot for Sesame Street. Saya sedih betul bila dapat tahu yang kebanyakan anak saudara dan anak kawan-kawan saya tidak menonton Sesame Street. Paling-paling kaw pun diorang kenal Elmo. Itu sahaja. Ruginya!


Mereka lebih cenderung menonton Cartoon Network/ Nickalodeon/ Disney Channel, dan mungkin sebulan sekali kot tengok Playhouse Disney. How depressing is that? Apa yang budak-budak kecil pre-kindie boleh belajar dari rancangan macam Ben 10 atau Totally Spies?


Beb, lu nak ajar anak lu jadi materialistik dan gedik di umur 2-3 tahun? Atau ajar dia untuk membelasah orang kemudian keluarkan ayat-ayat sarkastik? Rancangan ni semua memang okay... kita pun tengok jugak Flash Men, Ultraman, Teenage Mutant Ninja Turtle. Tapi biarlah untuk budak-budak yang berumur 6 tahun keatas. Budak-budak kecik tu, let them be little kids as long as they can. Don't pull the rug from under their feets just yet, they'll discover reality soon enough without your interference.


Saya rasa dah tiba masanya kita ingat balik betapa gembiranya kita masa mak bapak kita lepak enjoy tv dengan kita, dan buat benda yang sama dengan anak-anak kita. Why deprive our children of what we had? Or why not give our children the time some of our parents couldn't give us?


I say, bring back Sesame Street on children's primetime slot and let them enjoy being a child. Who's with me?


Jealous lah, Big Bird sampai bila-bila pun berumur 6 tahun. Cheh.




8 comments:

roxychick said...

memang! susah betul nak tau time yg tepat nak tgk sesame street. kat tv3 adalah tunjuk kot lagi skrg ni, itupon early in the morning.

kat cable, i totally lost kat channel mana depa tunjuk skrg.. if i'm not mistaken, hallmark la kot skrg.. tgk! ada ka hallmark! bukan takleh tapi tula.. less road traveled la channel tu.. heh.

ek ek tak minat ben 10 tu sume.. dia suka wordworld, dibo, mickey, super sleuth anddd sesame street! yay!

mizzyN said...

aku suka sesame street nye alien yang skali setahun muncul tu. dialog mereka

"yibb yibb yibbb yibb yibb, ahak ahak"

satu hari tu die jumpa telefon pastu bila telefon tu bunyi dia pun sama

"brrring brriiing" berdering

"telephone!!!!!!!!"

haha, membesar bersama Sesame street, jalan bijan.

My name starts with M said...

aku antara orang yang tidak menonton SS (kerana tidak menyukai). ngeh2. apsal ntah. mcm irritating. tapi tu aku la. aku yg pelik. :P

azyze gomez said...

roxy:
yang gua perasan kat astro adalah elmo's world. sesame street maybe RTm la kot coz all this while pun mmg rtm yang show.

mizzyn:
tehy're known as the Yib-Yib Martians. pada aku ianya comel tapi kengkadang menyeramkan ehehe

m:
woh, even for the sole reason nak tengok celebs/singers buat appearance? kagum... ko mesti suka barney, kan? ehehe

My name starts with M said...

...aku suka carebears. hehe

school of thoughts said...

elle: ye, tepat. tanpa sesame street, aku mungkin kurang minat terhadap penguasaan bahasa Inggeris. I actually wsited for the show yang masa tu kat RTM. paling terkenang masa last siri: sesame street today is brought to you by the letter M, N and the number 6. hehehe... oh, my little Aryssa is ssoooo glued to it now. through CD la. i hope she can know her numbers and alphabets sooner. one of songs dlm CD tu (oh, kat astro, channel apa ek?): C is for Cookie, thats good enough for me... AND la-la-la-la lamp post (mengenal abjad C and L). and Luis membaca cerita... oh it was so fun and i ended up singing and repeating the dialogues now and then!! Maaf. comment over sbb ini siri ummi budak yang suke SS dan berpeluang menonton kembali. Sekian.

M.A.D said...

ya elly. aku sgt bersetuju.note to myself: pendedahan cartoon sesame street pada umur 1 tahun nanti untuk firas

azyze said...

baguih la madd :)