Pages

Remember, remember, the fifth of November!

Thursday, November 05, 2009

Bilik solek idaman.
Nota: itu bukan wig erra fazira.



Saya perlu akui, saya tidaklah kesah sangat pun pasal Guy Fawkes dan aktiviti letup-meletup yang dilakukannya beberapa ratus tahun yang lepas. Saya lebih cenderung meraikan 5 November kerana V, pejuang kebebasan sejati, wira dalam komik V For Vendetta yang memang ummphhh itu.


Nak jadi sehebat V memang perlukan pengorbanan total yang telus, dan dalam dunia pasca 9/11 ini, komplot anarki sebegitu memang hampir mustahil untuk dilakukan tanpa sekutu yang boleh dipercayai. Jadi tak payahlah bercita-cita meletupkan parlimen sebab usaha anda tu akan senang-senang di claim oleh mana-mana kumpulan terroris/ekstremis/ berangan best popular dunia. Tak percaya? Cuba letupkan parlimen Malaysia, dua-tiga minit selepas itu mesti ada kenyataan dari BENDERA.


(Opss, matilah. Mati ke?)



Kami yang letupin parlimen itu. Nah, jurus abugen separa bugil!




Adakah anda risau kerana tidak mampu beli TNT untuk letupkan orang-orang bahalol yang tak reti beratur kat stesen LRT? Tidak cukup stamina untuk lari dari pihak berkuasa selepas membakar ratusan mercun meriam buluh berserta konfetti ( bunga api versi Malaysiana) mahupun tak cukup enigma untuk menculik seorang remaja perempuan, menderanya, brainwash dan botakkan kepalanya tapi dia masih jatuh cinta dengan anda?


Usah berduka kerana tidak boleh merealisasi impian anda untuk menjadi V! Walaupun anda mungkin manusia bosan yang amat seperti seorang peniaga MLM, mamak di NZ mahupun akauntan (hina sungguh akauntan diletak setaraf dengan mamak NZ), anda masih boleh diselamatkan dari total submission.



Hanya lakukan cadangan-cadangan di bawah ini dan gelak dalam hati kerana anda boleh menjadi rebel kecil-kecilan. Bak moto hidup saya: "There's a Mini-V in all of us, and he gets to wear his maniacal grin every November!"


1. Klik gambar dibawah ini, print, gunting dan pakai untuk mengelakkan diri dari dikenali. Tak perlu beli kostum lengkap sebab anda bukannya kaya sangat pun.




2. Kalau wajah anda takde rupa macam selebriti popular, buka topeng agar kelihatan seperti orang kebanyakan. Lagi senang nak buat dajal sebab dah banyak kali pun orang silap cakap telo Indon dengan anda. Lagi totok, lagi bagus. Inilah yang dinamakan 'stealth mode'.



3. Lakukan mana-mana (atau semua aktiviti di bawah):

Pergi kedai mamak dan pesan telur rebus 10 biji. Makan kesemuanya, kemudian naik LRT di stesen paling sesak seperti KL Sentral, Wangsa Maju, Hentian Putra, Masjid Jamek atau Kelana Jaya. Tekan perut sikit supaya gas busuk lebih cepat turun. Selepas dua stesen, kentut dengan penuh berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Turun di stesen berikutnya dengan senyuman ala Guy Fawkes dan ucapkan "Remember, remember, the fifth of November!". Padan muka dengan orang skema makan gaji seperti mereka!



Pergi ke kedai makan urban (seperti Setarbak, Dom, Dilishes dll) atau restoren makanan segera (paling sesuai adalah Mekdonel yang ramai orang). Lihat menu, pesan makanan. Sementara menanti makanan tiba, keluarkan duit ngam-ngam dengan harga makanan seperti yang tertera pada menu. Pastikan anda hanya menggunakan 2 keping duit kertas. Selebihnya sila gunakan duit syiling 10 sen dan 5 sen. Susun duit syiling sehingga membentuk mini-stacks. Ambil makanan, suruh pelayan kira duit sendiri dan beredar. Jika pelayan sempat mengira sebelum anda beredar dan meminta wang cukai perkhidmatan, katakan yang anda tidak percaya pada cukai kerajaan dengan muka paling selamba dan poyo. Buka pembalut makanan, ambil makanan dan kata yang anda tak perlukan pembalut jadi potong saja kos tersebut untuk cukai. Beredar dan ucapkan "Remember, remember, the fifth of November!".



Dan, bagi anda yang memang langsung tak boleh diharap, penakut dan agak lembab, cuba cara mudah ini:

Tengok tv dengan keluarga anda. Bila bapa atau emak minta buatkan kopi, kamu buatkan teh. Bila mereka nak tengok drama melayu, kamu tukar ke channel E. Bila mereka nyup nyap kunyah muruku/kerepek ubi, kamu ngap ngap belasah je makan nasi dengan kari, ayam goreng dan satu jag air sirap minum sorang-sorang sambil tengok tv. Bila nak masuk tidur, ucapkan "Remember, remember, the fifth of November!"

Memang diorang remember punya lah, siap bawak tok bomoh datang rumah esok untuk tengokkan jin ape yang dah sampuk kamu.





Selamat merebel kawan-kawanku!



Apa, ingat Holloween je boleh pakai topeng ke?


12 comments:

roxychick said...
This comment has been removed by the author.
roxychick said...

ngahahaaaa.. apakah?

so, apa yg bakal ko buat jap lagi?

remember, remember, the twenty first of november.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

eh, bukan twenty first eh?

adyusof said...

the gunpowder, treason, and plot. i know of no reason why the gunpowder treason should ever be forgot...

azyze gomez said...

roxy:
twenty first tu tarikh tak rasmi kamu. hanya perlu separa mengingati. tak percaya tanya subhikarim.com. tarikh separa camtu, belum tentu lagi akan mendapat servis.........maksud saya, servis bulu tangkis lah woi.

adyusof:
we should always know our history and take heed from victories/mistakes. saya setuju.
terima kasih kerana sudi singgah di sini :)

mizzyN said...

hari apa tu? (ignorant)

10/11 ialah bday bapa ku. hepi bday deddi!

Cik Puan Muda Stress said...

remember, remember, the fifth of november.

aku bagitau mak bapak aku, aku taknak kawen, sebab malas nak planning2. pening. hari2 nak gaduh.

rebel enough? enough for them apparently.

roxychick said...

cpms,
tu bukan rebel. tu mengundang nestapa. sure pecah kepala dorang pikir.

els,
er. i tak paham. i tak main badminton la kat rumah.

azyze gomez said...

mizzy:
sila lihat pautan ini http://en.wikipedia.org/wiki/Guy_Fawkes

cik pms:
syabas kerana merebel. tapi gua harap lu dah timbangtara betul2 beb. insyaallah, after the haze clears, lu akan nampak jalan ke arah pembinaan semula jalan hidup lu. take it easy. kalau sesak sangat, gua syorkan lu masuk balik dunia realiti dan datang lepak sechawan dua ngan gua kat kokopelli. pah mesti okay punya.

pah:
ping pong main tak? yang tu pun ade servis gak.

roxychick said...

aku dah bosan.. balik balik ajak lepak. dah naik lemau tunggu.. heh.

ping pong?
ko penah kena pang pang tak?

tu namanya servis bertukar tangan.

ms dex said...

i will. i will. kakak saya bersalin hari itu

azyze gomez said...

oh, ye ke babe?
tahniah kerana menjadi makcik orang sebelum aku. eheheh :)

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片